Lisbeth dilahirkan pada tahun 1837 oleh parents yang dalam kumpulan kayangan. Mak dan ayah Lisbeth berkulit putih, punya ladang yang luas dan hamba abdi yang ramai. Tenaga hamba abdi yang berkulit hitam digunakan untuk bekerja di ladang kapas. Ramai di antara hamba abdi tersebut berkeluarga. Untuk mereka, Tuan Wainwright (ayah Lisbeth) menyediakan kuarters sebagai tempat tinggal. Hamba abdi ini diberi makan dan lain-lain keperluan tapi tidak diberi upah atau gaji. Gaji mereka diberi dalam bentuk tempat tinggal dan makanan saja. 
.
Sebaik saja Lisbeth dilahirkan, dia sudah ada nanny. Nanny Lisbeth adalah isteri kepada salah seorang hamba abdi yang bekerja untuk ayahnya. Nanny tersebut bernama Mattie. Untuk menjadi nanny, Mattie perlu tinggal di rumah besar sepanjang masa. Dia tidak dibenarkan balik ke kuartersnya kecuali hanya beberapa jam di hari minggu. Berat rasa hatinya untuk menerima arahan itu kerana Mattie sendiri ada anak yang masih kecil bernama Samuel. Samuel masih memerlukan ibunya tapi apakan daya..arahan dari tuan Wainwright tidak boleh dibantah. Maka berpindahlah Mattie ke rumah besar itu dengan hati yang pilu. Samuel ditinggalkan bersama Emmanuelle (suami Mattie) dan datoknya. 
.
Walaupun ada sedikit rasa marah dan geram kerana dipisahkan dengan Samuel yang masih kecil, Mattie tetap menjaga Lisbeth dengan baik. Hari demi hari, Lisbeth semakin besar. Hubungan Lisbeth dan Mattie semakin rapat..lebih rapat dari hubungannya dengan Mrs Wainwright (ibunya sendiri). Mattie mendidik Lisbeth tentang agama, ajar Lisbeth berdoa kepada Tuhan. Selain itu Mattie banyak bercerita tentang budaya orang-orang kulit hitam. Mattie bercerita tentang bunga yellow crocus yang berkembang ketika musim bunga. Mattie dan keluarganya akan keluar memetik yellow crocus di musim tersebut . Lisbeth tertarik dan sangat ingin melihat yellow crocus. Mattie berjanji akan membawanya bersama pada musim bunga yang akan datang. 

15 Jul 2021 at 9:33 AM 

Lisbeth menjadi anak kesayangan keluarga Wainwright. Dia dibenarkan bermain dengan anak-anak hamba abdi yang sebaya dengannya termasuk Samuel. Kalau ikut rules, anak-anak golongan kulit putih tidak boleh berkawan dengan anak-anak golongan hamba abdi. Ketika tiba musim bunga, Mattie membawa Lisbeth, Samuel dan beberapa orang anak-anak yang lain melihat yellow crocus. Lisbeth terpegun melihat keindahan padang yang menguning dengan yellow crocus. Waktu itu dia mengetahui bahawa Samuel tidak boleh membaca. Waktu itu tidak ada sekolah khas untuk anak-anak hamba abdi malah mereka dilarang sama sekali belajar membaca dan menulis. Lisbeth pula belajar membaca dan menulis dengan seorang guru yang datang ke rumah. Lisbeth menawarkan dirinya untuk mengajar Samuel membaca dan menulis. Dia sebenarnya tidak tahu bahawa ada rules yang tidak membenarkan hamba abdi belajar dan menjadi pandai. Selang beberapa lama, Samuel pandai membaca dan menulis. Mattie berpesan kepada Samuel dan Lisbeth supaya merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan orang lain.
.
Satu hari, terdengar khabar bahawa Samuel akan dijual kepada tuan yang lain. Begitulah nasib anak-anak hamba abdi. Apabila cukup umur, mereka akan dijual. Walaupun Mattie merayu supaya Samuel tidak dijual tapi tuan Wainwright kata sudah ada orang yang mahu membeli. Kononnya dia tidak dapat berbuat apa-apa. Akhirnya Samuel telah diserahkan kepada tuan baru. Samuel melarikan diri. Mattie dipanggil untuk disoal siasat. Mattie memang tidak tahu ke mana anaknya menghilangkan diri. Dalam pada itu, Mattie mengandung anak kedua. Dia terus bekerja di rumah tuan Wainwright sambil berdoa akan keselamatan anaknya Samuel yang hilang.
.
Satu hari, heboh pula tentang Emmanuelle ( suami Mattie) yang melarikan diri. Walaupun sedih, tetapi Mattie berharap agar Emmanuelle dan Samuel selamat. Tuan Wainwright mengarahkan orang-orangnya mencari Emmanuelle tetapi tidak bertemu. Mattie sendiri tidak tahu ke mana Emmanuelle pergi. 
.
Apabila tiba saat untuk bersalin, Mattie diberi cuti selama beberapa hari. Lisbeth yang ketika itu sudah pun meningkat remaja tidak perlu kepada full time nanny. Emily dilantik sebagai pengganti Mattie buat sementara waktu. Mattie melahirkan seorang anak perempuan diberi nama Jordan. Lisbeth meminta kebenaran dari ibunya untuk melawat Mattie dan baby baru di kuarters Mattie. Emily menemani Lisbeth ke sana. Dia menghadiahkan sehelai selimut bayi yang dibuat sendiri. 
.
Setelah cukup tempoh, Mattie kembali bekerja di rumah besar itu. Jordan ditinggalkan bersama datoknya. Pada setiap hari minggu Mattie akan membawa Lisbeth balik ke kuarters untuk melawat Jordan. 
.
Satu hari Jordan menerima surat dari Emmanuelle. Surat itu memberitahu bahawa Emmanuelle dan Samuel berada di Ohio. (Mattie berada di Virginia). Mereka selamat dan bebas dari jadi hamba abdi di Ohio. Emmanuelle meminta Mattie membawa Jordan lari ke Ohio. Walaupun Mattie sedih untuk meninggalkan Lisbeth tapi dia harus memikirkan masa depan dia dan keluarganya. Akhirnya pada hari yang dirancangkan, Mattie melarikan diri bersama Jordan. Orang-orang tuan Wainwright cuba mencari tetapi tidak bertemu. Lisbeth sedih dengan kehilangan Mattie dan baby Jordan. 
.
16 Jul 2021 at 7:48 AM 

Lisbeth meningkat remaja. Seperti kebanyakan remaja yang lain, dia jatuh cinta cuma yang menjadi masalahnya pemuda yang menambat hatinya itu seorang berkulit hitam. Sudah tentu keluarga Wainwright tidak bersetuju. Mereka mendesak Lisbeth memutuskan hubungan dengan pemuda tersebut. Sebagai ganti mereka pasangkan Lisbeth dengan seorang pemuda berkulit putih bernama Edward. Lisbeth akur dengan kehendak ibu dan bapanya. Dia cuba untuk jatuh hati dengan Edward. Mereka sering bertemu. Pada satu hari ketika Lisbeth sedang dalam perjalanan untuk bertemu dengan Edward, dia terdengar bunyi orang mengerang seolah-olah berada dalam kesakitan. Dia mengintai. Alangkah terperanjatnya Lisbeth apabila mendapati Edward sedang merogol seorang wanita hamba abdi berkulit hitam. Wanita itu tidak melawan dan hanya pasrah diperlakukan begitu tapi Lisbeth dapat melihat dari air muka wanita itu bahawa wanita itu dalam kesakitan dan kesedihan. Keesokan harinya Lisbeth menemui Edward dan meminta supaya pertunangan mereka diputuskan. Dia tidak dapat menerima perbuatan Edward tersebut. Edward hanya ketawa. Dia kata itu hanya kebiasaan..mungkin ayah Lisbeth sendiri pun pernah buat begitu. Lisbeth pulang ke rumah dan menceritakan segalanya kepada ibunya. Dia beritahu ibunya bahawa dia tidak akan kawin dengan Edward. Mrs Wainwright memujuk dan berkata memang itu kebiasaan bagi seorang tuan yang mempunyai hamba abdi. Apabila ditanya adakah ayahnya pernah buat demikian, ibunya terdiam dan mukanya merah padam tanda marah. 
.
Sebelum itu pun, Lisbeth memang tidak berapa setuju layanan yang diberikan kepada hamba abdi. Baginya sesama manusia tidak perlu ada double standard. Tapi kes rogol yang berlaku depan matanya merupakan kemuncak kepada rasa ketidakadilan itu. Keluarga Wainwright menyesal kerana membiarkan Lisbeth rapat dengan Mattie. Mungkin Mattie mempengaruhi cara Lisbeth berfikir.
.
Lisbeth tidak akan berkahwin dengan Edward biarpun dipaksa. Dia harus berbuat sesuatu. Sehari sebelum majlis perkahwinan, dia telah pergi ke rumah Matthew (pemuda kulit hitam yang dicintainya). Dia meminta kepada ibu bapa Matthew supaya mengahwinkan mereka pada malam itu juga. Kepada ibu bapa Matthew, Lisbeth menceritakan segalanya. Lisbeth dan Matthew pun berkahwin dan pada malam itu juga mereka melarikan diri keluar dari Virginia menuju ke Ohio. 
.
Keluarga Wainwright tidak dapat berbuat apa-apa lagi walaupun mereka tersangat marah. Mereka memutuskan hubungan dengan Lisbeth yang dianggap derhaka.
. 
Tidak lama selepas itu berlaku peperangan. Keluarga Wainwright telah kehilangan ladang mereka yang luas. Dari Fair Oaks Plantation, Virginia, mereka berpindah ke Richmond, Virginia. Kedua ibu bapa Lisbeth tinggal bersama keluarga Jack (adik lelaki Lisbeth). Jack masih menyalahkan Lisbeth kerana lari meninggalkan keluarga mereka.
.
Sementara Lisbeth hidup bahagia bersama Matthew dan dua orang anak mereka, Sammy dan Sadie di Oberlin, Ohio. Di Ohio, tidak ada sistem hamba abdi. Lisbeth dan Matthew mengerjakan ladang mereka sendiri. Jika perlukan bantuan, mereka akan mengupah orang lain. Lisbeth yakin tindakannya melarikan diri adalah tindakan yang betul dan dia tidak pernah menyesal. 
.
Kisah seterusnya akan bersambung di buku kedua.. Mustard Seeds
.
17 Jul 2021 at 7:18 AM