Alhamdulillah buku pertama genre "non fiction" untuk tahun ini selesai dibaca. Saya baca sekali lalu untuk dapat gambaran tentang isi buku ini. Insya-Allah, buku ini akan dijadikan rujukan dan akan diulang baca dari masa ke semasa. Sesuai dengan tajuk buku, penulis-penulis buku ini memang menulis dari hati. Saya yakin sesebuah buku yang ditulis dari hati yang ikhlas, akan masuk menyelinap ke sanubari para pembaca.
.
Sebelum ini, saya ada juga baca beberapa buah buku dan artikel tentang "creative writing" yang ditulis oleh penulis dari luar Malaysia. Ya, mungkin saya dapat beberapa petua dan tips daripada buku-buku tersebut namun buku "MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI membuka tapak untuk saya letakkan tips dan petua itu di tempat yang betul. Gabungan tiga penulis
hebat
telah menghasilkan sebuah buku yang
mantap
dengan prinsip dan teknik. Mungkin selama ini yang hilang dari saya adalah prinsip. Ibarat nak bina sebuah rumah, walaupun kita ada rangka binaan dari bahan-bahan yang bermutu tapi kalau asas atau "foundation" tidak ada, ke mana kita akan letakkan rangka binaan tersebut?
.
Teknik-teknik menulis yang disebut dalam buku ini adalah sesuatu yang sangat mudah untuk difahami apabila penulis memberi contoh. Walaupun contoh tak banyak tapi saya rasa cukup untuk saya faham dan guna pakai teknik tersebut. Jalan di hadapan semakin bercahaya dan saya menjadi berani untuk melangkah.
.
Terima kasih kepada penulis-penulis buku ini. Sebuah buku yang bagus dan menarik. Saya mengambil masa empat hari untuk habiskan bacaan. Insya-Allah buku ini akan sentiasa berada di atas meja saya sebagai rujukan dan memberi semangat untuk membaca dan menulis. Saya bagi 5/5 bintang untuk buku ini. Tahniah!!!