Shilpa Raj merupakan wanita India pertama dari kalangan kasta yang paling rendah  yang jadi penulis. Writing skill beliau memang bagus. Saya tak jemu baca buku ini. Ini kisah hidup beliau sendiri sejak dari kecil hingga beliau masuk kolej.


Tinggal di perkampungan yang jauh dari pembangunan. Rumah pun dibina guna cow dung. Serba serbi kurang. Kadang-kadang makan pun tak cukup. Ayahnya kerja kampung dan jual todi secara illegal. Pernah kena tangkap tapi dilepaskan selepas bagi sogokan kepada polis. Akhir sekali ayah Shilpa dapat kerja dengan kerajaan sebagai elephant chaser. Tapi mereka masih berada dalam kemiskinan yang tegar.


Segalanya berubah ketika berusia 4 tahun, Shilpa terpilih untuk masuk ke Shanti Bhavan, iaitu sebuah sekolah yang diasas oleh Dr George (DG, seorang philanthropist). Buat permulaan sekolah itu mengambil 12 kanak-kanak perempuan dan 12 kanak-kanak lelaki dari kalangan keluarga yang miskin. Cuma seorang anak saja dari sebuah keluarga yang akan dipilih. Maksudnya kalau anak sulong terpilih, anak kedua dan ketiga tidak akan diambil. Matlamat DG cuma satu, semoga anak yang terpilih ini akan membawa perubahan kepada keluarganya apabila tamat persekolahan. Pembiayaan anak-anak yang belajar di Shanti Bhavan semuanya ditanggung oleh DG sendiri. 


Bagi Shilpa sendiri, perubahan berlaku ketika masih di Shanti Bhavan. Sikap, cara berfikir dan perangai semua berubah. Sekolah itu bukan saja mengajar akademik bahkan membentuk peribadi dan keyakinan diri. Perubahan ini sudah tentu dipandang serong oleh penduduk kampungnya namun Shilpa gembira dan bertekad untuk keluar dari kepompong budaya masyarakat di situ. Beliau bertuah kerana ayah dan ibunya dapat menerima perubahan itu dan sentiasa menyokong walaupun kadang-kadang mereka termakan juga hasutan dari  jiran tetangga.


Shilpa berjaya menyambung pelajarannya dalam bidang psychology walaupun pada mulanya beliau bercita-cita untuk jadi journalist. Untuk mengetahui lebih banyak tentang Shilpa, boleh google..ada video tentang beliau. Cantik juga orangnya..:) Tentang Shanti Bhavan, Netflix ada buat siri dokumentari bawah tajuk Daughters of Destiny.