Alhamdulillah selesai baca buku kedua dari siri Legasi Anak Felda Keratong. Buku kedua ini menceritakan kehidupan Ahmad ketika di tahun pertama Universiti Waikato.


Dari pembacaan buku pertama dan kedua, saya dapat simpulkan bahawa Ahmad adalah seorang yang energetic..tak tau duduk diam..otak ligat berfikir untuk mencari dan mencipta pengalaman demi pengalaman semasa tinggal di New Zealand. Pengalaman yang luar dari bilik kuliah. Pantang ada masa terluang, ada saja benda yang nak dibuat. Peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru tidak dilepaskan begitu saja. 


Banyak cerita-cerita adventure yang menarik dalam buku ini. Yang paling menggelikan hati saya adalah ketika Ahmad buat pertama kalinya belajar meluncur atas salji (ski). Dan lagi satu waktu Ahmad jadi wali hakim yang menikahkan kawannya...hehehe. Bukan pengantin yang tersasul tapi juru nikah yang tersasul..hahaha.


Ahmad "lelaki gemini" ramai peminat di kalangan pelajar perempuan. Tapi yang berjaya menambat hatinya cuma dua orang. Serba salah juga nak pilih yang mana satu..di kanan gadis Melayu, di kiri gadis Maori. Setakat ini pilihannya lebih kepada gadis Melayu walaubagaimana pun jodoh itu di tangan Tuhan. Kita tengok lah nanti dengan siapa Ahmad akan kawin...hahaha


Satu ciri yang saya suka adalah Ahmad tidak meringankan solat. Di mana nak solat, itu tidak menjadi masalah. Di bawah tangga pun boleh solat asalkan tempatnya bersih. Sewaktu kerja part time di bank di NZ pun Ahmad akan berusaha solat on time. Yang bagusnya boss tempat kerja sangat memahami so Ahmad dibenarkan solat asalkan tidak mengganggu tugasnya.


Buku ini diakhiri dengan persediaan Ahmad untuk pulang bercuti di Malaysia pada hujung tahun 1984.


Buku kedua ini sama hebat macam buku pertama. Saya baca slow and steady untuk menghayati watak Ahmad kononnya. Cuma kalau berpeluang berjumpa, saya ingin bertanya beberapa soalan kepada penulisnya...hehehe..