Pagi 2 Ogos 2022, badan terasa sangat lemah. Bergerak sikit, jadi semput. Dua tiga hari sebelum tu pun, pernafasan memang tidak berapa lancar tapi masih boleh bertahan. Pagi 2 Ogos tu jugak saya minta dibawa ke hospital. Sampai di hospital, jumpa pulmonologist. Alhamdulillah seorang yang berpengalaman. Beliau tengok keadaan saya, terus beliau kata kena admit ke ICU. Lepas tu beliau arahkan saya ke emergency untuk dapatkan rawatan segera sementara nak masukkan saya ke ICU.


Sampai di emergency, rawatan segera diberikan. Oksigen dalam badan saya pada masa tu berada di bawah paras normal (memang bahaya). Cepat-cepat depa pakaikan oxygen mask. Depa bagi full blow oxygen sementara nak uruskan kemasukan saya ke ICU. Di situ lah juga darah saya diambil untuk ujian dan juga paru-paru di Xray. Pagi datang, lewat petang baru dapat masuk ICU. 


Di ICU, saya diberi steroids, nebulizer dan antibiotics dan macam-macam ubat lagi. Saya dipantau 24 jam. Seorang nurse memang tunggu depan katil. Sepanjang masa tu, saya sedar dan tidak pengsan. Saya tidak dibenarkan turun langsung dari katil. Doktor datang buat pemantauan 2 kali sehari. 


Pada hari kedua, keadaan saya stabil sikit. Saya ditukar ke HDU. Dari mask oksigen, ditukar kepada tube oksijen. Bekalan oksigen diturunkan perlahan-lahan mengikut kemampuan saya untuk bernafas sendiri. Hari kedua di HDU, keadaan saya semakin baik dan saya tidak perlu lagi kepada bekalan oksigen. Pernafasan saya menjadi semakin baik. Dapat bernafas sendiri, Alhamdulillah.


Apabila keadaan saya stabil, saya dimasukkan ke wad biasa. Sehari saja di wad biasa, doktor benarkan saya balik ke rumah. Semuanya berlaku dalam sekelip mata...macam mimpi..  Begitulah keadaan saya ketika mendapat infeksi paru-paru. Syukur keadaan saya tidak begitu teruk dan cepat dapat rawatan. 


Allah nak bagi saya rasa pengalaman yang kalau saya kenang balik, memang gerun. Tapi masa jadi tu, saya tak tau nak rasa apa. 


Kepada kawan-kawan yang mendo'akan saya, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Ini merupakan pengalaman pertama saya menghadapi detik-detik kecemasan, masuk ICU, masuk HDU. Bila ingat balik, rasa phobia pun ada. Lepas ni kena jaga kesihatan elok-elok. Allah bagi peringatan..atas tubuh badan kita pun, kita ada tanggung jawab iaitu menjaga kesihatan sebaik mungkin. Mudah-mudahan kejadian ini menjadi pengajaran buat saya.


Tirana Mutiara

9 August 2022