Monday, June 22, 2020

Unbroken


Tajuk buku ni unbroken..tapi bila baca hati kita jadi broken...😂 ini kisah penulis yang jadi mangsa rogol ketika berusia 13 tahun. Trauma yang dialami selepas tragedi itu adalah teruk. Jadi lagi parah apabila dia tak dapat ceritakan tragedi itu kepada sesiapa walaupun kepada kedua ibu bapanya sendiri. Walaupun ibubapanya nampak perubahan dan bertanya tapi mulutnya terkunci untuk menceritakan kejadian sebenar kerana dia diugut dengan "bunuh" sekiranya dia membocorkan rahsia. Budak 13 tahun masih belum matang untuk berfikir. Ketakutan yang menyelubungi menjadikan hidupnya tidak tentu arah. Bertahun2 dia hidup dengan trauma sehingga ada ketikanya dia cuba membunuh diri tapi tidak berjaya. Dia dewasa bersama trauma tersebut sehingga ada seorang lelaki yang baik hati sudi berkawan dan menerimanya sebagai isteri. Selepas kawin, dia cuba mengikuti beberapa jenis terapi...physical terapi, breathing terapi, hypnotic dan sebagainya sehinggalah dia berjaya keluar dari trauma tersebut. Dia bertuah kerana suaminya penyayang, penyabar dan sentiasa memberi sokongan. Mereka suami isteri dikurniakan tiga orang anak perempuan. Sekarang Medeleine Black adalah seorang counsellor yang membantu wanita-wanita mangsa rogol.


At the end of the day, she forgave the person who raped her. The forgiveness was not for that person but for her to move on and to live in peace...






Share:

Friday, June 19, 2020

Who Will Love Me Now?


Berkali-kali saya mengesar air mata ketika membaca buku ini. Membaca kisah Kristy, seorang budak perempuan yang berusia 10 tahun menjadikan saya insaf. Ibu bapa wajar baca buku ini dan mengambil pengajaran daripadanya. Didikan yang kita berikan kepada anak ketika mereka masih kecil sedikit sebanyak menentukan perangai dan perwatakan apabila mereka remaja dan dewasa.


Maggie Hartley (penulis buku ini) adalah seorang foster carer. Ramai anak yang ditempatkan di bawah jagaan beliau sebelum mereka diambil sebagai anak angkat. Dan Kristy adalah salah seorang daripadanya. Kristy datang kepada Maggie tanpa dirancang. Pihak kebajikan anak-anak terdesak untuk mencari tempat tinggal sementara untuk Kristy kerana ibu angkat yang memeliharanya selama ini mendapat serangan jantung dan terpaksa dimasukkan ke wad.


Maggie ketika itu memelihara seorang bayi lelaki bernama Ryan. Apabila social worker memberitahu bahawa Kristy akan tinggal bersamanya untuk seminggu dua, Maggie sanggup menerima walaupun beliau belum pernah memelihara kanak-kanak remaja sebelum ini.


Sehari dua ketika tinggal bersama Maggie, Kristy sudah menunjukkan beberapa sikap yang agak negatif. Sikap ini kadang-kadang boleh menyebabkan kita hilang sabar. Jarang ada anak yang berusia 10 tahun melepaskan tantrum di tempat awam tapi itulah yang dilakukan oleh Kristy apabila Maggie enggan membeli mainan yang dimintanya. She wanted to be in control. Apa kata dia, semua orang kena ikut dan patuh. Itulah yang saya dapat gambarkan mengenai perangai Kristy.


Sepanjang seminggu dua Kristy tinggal bersama Maggie, tidak pernah sekali pun ayah angkat atau kakak-kakak angkatnya menghubungi untuk bertanya khabar. Kristy juga tidak dibenarkan melawat emak angkatnya di hospital. Walaupun ketika emak angkatnya telah keluar dari wad, Kristy masih tidak dibenarkan pulang. Alasan yang diberi adalah emak angkatnya masih memerlukan masa untuk pulih dan bapa angkatnya pula sibuk menjaga isterinya itu.


Mesyuarat diadakan beberapa minggu kemudian. Waktu ini barulah Maggie mengetahui bahawa keluarga angkat Kristy tidak mahu menjaganya semula. Ketiga-tiga orang kakak angkat Kristy tidak mahu Kristy datang tinggal bersama mereka lagi kerana mereka menganggap Kristy yang menjadi penyebab emak mereka mendapat serangan jantung. Mereka juga tidak mahu berjumpa dengan Kristy buat kali terakhir.


Sejak dari itu, perangai Kristy semakin menjadi-jadi. Moodnya boleh berubah secara tiba-tiba tanpa sebab atau dia sengaja mencari sebab untuk buat orang jadi panas hati. Perangai ini bukan saja berlaku di rumah malah di sekolah juga. Pihak sekolah telah memberi amaran, jika dia tidak betulkan kelakuannya, dia akan dibuang sekolah. Maggie memohon kepada pihak social servis untuk membawa Kristy berjumpa dengan psychologist.


Satu hari, Kristy jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Dia perlu tinggal di hospital selama beberapa hari. Waktu inilah psychologist yang merawat Kristy memberitahu Maggie satu perkara yang mengejutkan. Kristy memberitahu psychologist tersebut bahawa apabila pulang dari hospital, dia akan membunuh Ryan. Walaupun ugutan tersebut datang dari budak yang berusia 10 tahun, tapi pihak social worker mengambil serius. Mereka segera mencari foster parents yang sanggup mengambil Kristy tapi tidak berjaya. Tak ramai foster parents yang ingin mengambil anak yang sudah besar. Hanya satu solution yang ada iaitu mencari foster parents yang sanggup mengambil Ryan. Sebelum Kristy pulang dari hospital, Ryan telah diambil oleh satu keluarga. Walaupun Maggie rasa sedih tapi beliau tiada pilihan.


Apabila pulang dari hospital, Kristy mendapati Ryan tiada. Maggie memberitahunya apa yang berlaku. Waktu ini Kristy memberitahu bahawa ugutan untuk membunuh Ryan hanya satu gurauan.


Kini seratus peratus fokus Maggie hanya untuk Kristy. Maggie mengajar Kristy untuk menangani sikap panas barannya. Beliau cuba sedaya upaya walaupun tidak mudah. Pihak sekolah pula mengambil keputusan untuk membuang Kristy dari sekolah tersebut. Pihak social worker berusaha mencari sekolah lain dan akhirnya mereka berjaya untuk memasukkan Kristy ke sebuah sekolah khas untuk anak-anak yang bermasalah.


Saya suka pendekatan yang digunakan oleh Maggie untuk menangani perangai Kristy yang negatif. Beliau tegas dan tidak mudah mengalah dengan Kristy dan dalam masa yang sama beliau tidak berkeras dan tidak menengking. Semua disiplin dijalankan bersama kelembutan dan kasih sayang sehingga akhirnya Kristy mengalah.


Kelembutan Maggie ini menyebabkan Kristy mudah untuk meluahkan perasaannya dengan cara yang betul. Kristy memberitahu ketika dia masih bayi, dia telah dibuang oleh ibunya sendiri. Ibunya sendiri tidak mahukannya dan apabila keluarga angkat membuangnya pula, dia merasakan tiada siapa yang sayang dan mahukannya. Rasa sedih dan kecewa serta rasa tidak disayangi ini diterjemahkan melalui kelakuan dan perangai yang negatif.


Kristy memberitahu, emak angkatnya yang menceritakan bahawa Kristy ditinggalkan dipusat hiburan oleh ibunya, kemudian orang jumpa dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa. Ibunya seorang pemabuk. Oleh kerana rasa kesian, dari kecil lagi Kristy telah dimanjakan oleh emak angkatnya. Apa saja kemahuannya dituruti dan tidak hairanlah sampai ke usia 10 tahun pun Kristy masih melepaskan tantrumnya seperti budak kecil.


Kristy rasa gembira bersekolah di sekolah khas dengan guru-guru yang terlatih. Satu hari salah seorang dari gurunya menyatakan hasrat untuk mengambil Kristy sebagai anak angkat. Beberapa procedure perlu dibuat dan akhirnya permohonan guru tersebut berjaya tetapi Kristy pula menolak. Dia ingin terus tinggal bersama Maggie. Sejak mula Kristy datang tinggal bersama Maggie, beliau telah menerangkan bahawa Kristy tidak akan selamanya tinggal di rumah itu. Maggie hanya menjaganya buat sementara sehingga ada keluarga yang sanggup mengambilnya sebagai anak angkat. Setelah dipujuk, akhirnya Kristy bersetuju untuk menjadi anak angkat kepada guru tersebut. Walaupun Maggie sedih kerana Kristy akan keluar dari rumah itu, tapi dalam masa yang sama, beliau gembira kerana masih ada orang yang sanggup mengambil Kristy sebagai anak angkat. Beliau percaya bahawa guru tersebut mampu mengubah sikap dan mendidik Kristy dengan sebaiknya.




Share:

Sunday, May 31, 2020

Daging Masak Kicap Lengkuas



Daging Kicap Lengkuas. Resepi ni cikgu Maskiah Othman bagi. Cikgu Maskiah ialah cikgu yang ajar saya subjek Bahasa Melayu masa tingkatan 1 sampai tingkatan 3. Cikgu kata resepi turun temurun dari tahun 1960an. Sudah 5 generasi makan lauk dari resepi yang asalnya dari seorang ustazah yang kalau masih hidup, berusia 90an. Semoga pahala akan terus mengalir kepada beliau, Insya-Allah.


Nak masak pun mudah aje. Guna bahan-bahan biasa yang sedia ada di dapur. Nak guna daging boleh, ayam pun boleh.


Sekilo daging diperap selama sejam dengan sesenduk kicap manis, sesenduk kicap masin dan sesenduk cuka. Lepas sejam, rebus sampai daging/ayam empuk. Masa nak rebus tu tambah sedikit air. Saya guna pressure cooker untuk rebus daging. Lepas tu stir fry untuk keringkan air. Yang penting kena rebus sampai kering air tapi jangan kering sangat. Kalau guna ayam, letak air sikit aje sebab ayam senang empuk.


Bahan-bahan lain.. 2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, seinci halia, dua inci lengkuas, cili kering ( ikut rasa masing2). Yang suka pedas, boleh boh banyak cili. Semua ni blend sekali.


Panaskan minyak lebih kurang dua senduk dalam kuali. Tumis bahan2 yang dikisar tadi. Masak sampai pecah minyak dan naik bau. Lepas tu masukkan daging/ayam yang direbus tadi. Masak sampai mendidih. Masukkan sedikit gula jika suka dan tambah kicap jika kurang masin. Siap.


Sudah dua kali saya masak masakan ini. Semua ahli keluarga suka. Resepi asal boleh semak di sini












Share:

My Name is Tani


Buku ni cerita tentang Tani dan keluarganya. Diterbitkan dalam bulan April 2020. Kalau Google "Tani Adewumi", akan keluar cerita tentang budak berusia 10 tahun yang jadi champion dalam pertandingan chess tahun lepas. Waktu dia jadi champion, usia dia baru 8 or 9 tahun. Tani lahir tahun 2010.


Saya suggest mak ayah baca buku ni dengan anak-anak. Banyak pengajaran yang boleh dikutip dari kisah keluarga Tani. Mereka berasal dari Nigeria. Waktu di Nigeria, ayah Tani ada kedai printing dan mak dia pula kerja dengan bank kalau tak silap saya. Tani ada seorang abang.


Satu hari Boko Haram datang berjumpa dengan ayah Tani. Boko Haram meminta ayah Tani berkerja sama dengan mereka. Oh ya..Boko Haram ni lebih kurang macam pertubuhan ISIS tapi di Nigeria dipanggil Boko Haram. Saya pernah baca satu buku pasal Boko Haram yang menculik beberapa orang pelajar perempuan di sebuah asrama. Tajuk buku tu ialah "Beneath the Tamarind Tree".


Berbalik kepada kisah ayah Tani. Beliau enggan berkerja sama dengan Boko Haram. Tapi Boko Haram tetap memaksa sampai ke tahap mengugut. Mulanya ayah Tani membawa keluarganya berpindah ke daerah lain di Nigeria tapi Boko Haram dapat menjejaki mereka. Jadi ayah Tani mengambil keputusan untuk migrate ke US.


Satu keluarga berpindah ke US. Mulanya mereka tinggal di rumah bapa saudara sebelah ibu Tani. Tak lama lepas itu, dengan bantuan seorang rakan dan paderi, mereka dapat shelter untuk pelarian. Keluarga Tani bernasib baik sebab shelter mereka adalah bilik hotel. Mereka dapat dua bilik..satu bilik untuk ayah dan ibu dan satu lagi untuk Tani dan abangnya. Mereka diberi makan 3 kali sehari. Mereka terima saja keadaan tersebut cuma dua kali dalam seminggu, mak Tani akan ke tempat paderi untuk memasak Nigerian Food untuk keluarga mereka sebab di bilik hotel itu, mereka tidak dibenarkan memasak.


Setelah dapat dokumen sebagai refugee, ayah Tani mula bekerja. Mula-mula jadi cleaner di sebuah restoren, lepas tu jadi cleaner rumah orang dan akhir sekali jadi pemandu Uber.


Sementara Tani dan abangnya masuk sekolah yang berhampiran dengan shelter tersebut. Sejak dari Nigeria lagi, Tani menunjukkan minat dalam permainan catur. Bila masuk sekolah, Tani join kelab catur sekolah tersebut. Dua orang coach nampak potensi yang dimiliki oleh Tani. Mereka memberi galakan, sokongan dan bantuan. Setahun lepas itu, Tani jadi champion.


Selepas jadi champion, coach yang membimbing Tani bermain catur buat tabung "Go Fund" untuk keluarga Tani. Ramai yang menderma bila mereka dapat tahu Tani dan keluarganya tinggal dalam shelter. Duit yang terkumpul itu digunakan untuk beli apartment. Yang bagusnya, keluarga Tani tidak tamak. Duit lebih beli apartment, mereka serahkan semula untuk tolong orang-orang susah yang lain. "Tani Foundation" ditubuhkan.


Saya tertarik dengan cara ayah dan ibu Tani mendidik Tani dan abangnya. Mereka sentiasa percaya kepada Tuhan. Setiap kali lepas mendapat sesuatu yang baik, Tani diajar supaya bersyukur kepada Tuhan. Walaupun kehidupan mereka di US (waktu mula-mula sampai) susah dan menumpang di shelter, kasih sayang sesama keluarga mereka tidak berkurang. Ikatan kasih sayang yang kuat serta dorongan/sokongan dari ayah dan ibu itu sebenarnya yang menjadi asas kepada kejayaan Tani.



















Share: