Minggu lepas saya mencuba tiga resepi iaitu karipap, mee rebus dan apam cantik manis.


Karipap, bukan resepi baru tapi so far saya hanya pandai buat "karipap pusing" saja. Karipap pusing memerlukan banyak masa di dapur kerana proses membuatnya memang remeh sedangkan saya tidak punya masa yang panjang di dapur. Lagi pula karipap pusing guna banyak mentega dan sudah tentu tidak berapa bagus untuk kesihatan. Sebelum ini saya pernah cuba buat karipap biasa tapi tidak menjadi. Maksud saya tidak menjadi ialah kulitnya jadi liat dan tidak rangup (lol). Saya ikut resepi dari sebuah majalah (tak boleh percaya sangat resepi dari majalah ni..!). Satu hari Bil bagi saya resepi kulit karipap dan saya mencubanya minggu lepas. Alhamdulillah kulitnya jadi rangup dan sedap. Terimakasih pada Bil. Resepinya akan menyusul nanti. Mungkin pada setengah orang daripada teruk-teruk buat karipap, baik beli saja, mudah dan tidak penat. Tapi anak-anak saya tidak suka makan karipap yang dimasak oleh orang lain. Pernah saya tempah karipap dari seorang teman tapi anak-anak saya tidak makan. Mahu tidak mahu, saya terpaksa masak sendiri.


Resepi kedua yang saya cuba ialah "mee rebus" (resepi dari sebuah majalah masakan). Yang ini pun biasa saja tapi saya tidak pernah mencubanya kerana saya fikirkan proses membuatnya rumit. Kebetulan ada dua orang kawan yang istimewa datang ke rumah hari Sabtu lalu jadi saya mengambil kesempatan untuk cuba memasak mee rebus. Tapi kesian jugak pada diorang berdua...terpaksa merasa mee rebus yang tidak berapa sedap (lol). Minta maaf banyak-banyak pada Siti Nor dan Hafizah. Susah payah datang dari jauh tapi terpaksa makan kerana tiada juadah lain (lol). Saya tidak sempat masak juadah lain kerana sibuk pada hari Sabtu itu. Oleh kerana tidak sedap, saya tidak akan meletakkan resepinya di sini. Nanti saya akan cuba masak mee rebus ikut resepi yang lain pulak. Resepi-resepi yang dimasukkan ke blog ini hanya yang sedap-sedap saja (sedap pada lidah saya dan keluarga saya, of course!)


Resepi yang ketiga ialah "apam cantik manis". Resepi ini saya ambil dari blog Mar. Mar telah mencuba resepi ini. Jadi semalam iaitu hari Ahad, giliran saya pulak mencubanya. Memang mudah dan hasilnya memang memberangsangkan (lol). Untuk percubaan, saya buat satu adunan saja. Dapat lebih kurang 12 biji apam. Habis dalam sekelip mata. Nampaknya anak-anak saya suka apam cantik manis ini. Lepas ni boleh masak lagi. Untuk resepi sila ke blog Mar.

Itulah tiga jenis resepi yang saya cuba sepanjang minggu lalu. Minggu lalu, anak-anak saya ada di rumah kerana cuti sekolah. Hari ini sekolah mula dibuka semula.