Di mana janjimu...
Siang tadi, saya dikejutkan dengan berita kematian seorang daripada teman baik saya, teman sekampung, teman sepermainan dan teman satu sekolah. Dia meninggal disebabkan "breast cancer". Menurut sepupunya yang juga merupakan teman baik, teman sekampung dan teman satu sekolah dengan saya, dia menyedari kanser itu ketika penyakit tersebut di peringkat ketiga (agak teruk) dua tahun lalu. Dalam masa dua tahun itu, dia menjalani pembedahan membuang payudara yang terkena kanser dan rawatan kemo serta melalui saat-saat genting di mana akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir semalam. Innalillahi wainna ilahi raaji'uun.
Sebenarnya lama juga saya tidak berjumpa dengan teman saya itu. Bila masing-masing berumahtangga dan mengikut suami masing-masing, peluang untuk bertemu dirasakan semakin sukar. Kali terakhir berbual dengan dia di talipon ialah ketika kami sama-sama tinggal di Melaka. Agak lama dulu. Kemudian, bila dia berpindah ke Kedah, saya langsung terputus hubungan dengannya.
Lama saya berbual dengan sepupunya di talian talipon. Dari sepupunya itu, saya mendengar banyak cerita tentang teman saya itu ketika hayatnya. Tersentuh hati saya..terasa hiba menyelinap jiwa saya. Teman yang saya kenali sebagai seorang yang ceria satu ketika dulu rupanya menghadapi saat-saat yang sukar dalam hidupnya. Itulah yang dinamakan takdir agaknya.
Secara amnya, hidup dalam kemiskinan bukanlah sesuatu yang sukar dihadapi oleh seorang isteri yang baik andainya suami bertanggungjawab. Namun hidup yang di kelilingi kemewahan dirasakan tidak memberi kebahagiaan andainya suami tidak setia. Kata-kata manis di zaman percintaan..janji susah senang hidup bersama ketika baru memasuki alam perkahwinan hilang entah ke mana. Cinta dan kasih sayang pudar ditelan waktu bersama pudarnya kecantikan seorang isteri di mata suami. Pengorbanan isteri melahirkan beberapa orang zuriat sudah dilupakan.
Ketika isteri bertarung nyawa melawan penyakit, mengharapkan sokongan padu dari orang yang terdekat dalam hidupnya, di mana suami yang tersayang? Di depan mata isteri, suami memadu kasih dengan cinta baru. Isteri belum pun mati, suami sibuk mencari ganti. Tidak cukup dengan penderitaan penyakit yang bukan diminta dan diharap, ditambah lagi dengan penderitaan emosi dan mental. Isteri terabai, anak-anak terbiar. Walau perasaan cinta dan kasih sayang telah tiada dan hilang bersama hilangnya "mahkota" seorang isteri, namun di mana letaknya sikap perikemanusiaan dan belas kasihan serta empati sesama insan.
Perjalanan hidupnya di dunia ini telah tamat. Mungkin itu yang terbaik baginya. Dengan segala penderitaan dan keperitan, mudah-mudahan Allah ampuni dosa-dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Yang ditinggalkan harus meneruskan kehidupan. Mencari pengganti tentu tidak sesukar mana kerana telah ada yang menanti. Yang dirisaukan ialah anak-anak yang kehilangan kasih ibu. Mengharapkan kasih ayah, entah di mana letaknya bila ayah sibuk diserang badai cinta baru. Lupa diri..lupa di mana bumi tempat berpijak...lupa di mana langit yang dijunjung. Mungkinkah boleh kita kategorikan ini sebagai satu penderaan terhadap kanak-kanak yang belum berapa mengerti tentang erti kehidupan? Mari kita sama-sama ambil pengajaran.

26 Comments
salam k.tirana..
ReplyDeletesaya tumpang simpati dengan penderitaan sahabat puan..takziah diucapkan..
marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau semoga ditempatkan bersama-sama orang beriman serta mendapat lindungan Allah SWT.Amin..
Salam Tirana,
ReplyDeleteInnalillahi wainna ilahi raaji'uun. Begitu janji dengan Penciptanya.
Suami yg kematian isteri mungkin berbeza situasinya dengan isteri yg kehilangan suami. Banyak yg kita lihat sekarang ini ibu tunggal yg sanggup berkorban demi anak-anak berbanding dengan ayah tunggal...
Semoga kita sama-sama mengambil peringatan...
Kak Lin..sedih bila dapat tahu nasib kawan baik saya tu..Dah la dari segi zahir tak cukup, dari segi batin pun tak cukup juga...Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya berkat kesabarannya itu.
ReplyDeleteSalam Kak Tirana,
ReplyDeleteKesian sungguh kat arwah diperlakukan sebegitu. Moga-moga Allah kasihani arwah dunia & akhirat.
Al-Fatihah
Semoga rohnya tenang dan ditempat bersama2 orang2 yang beriman.
ReplyDeletesalam..membaca kisah ini mengingatkan saya terhadap arwah aunty yg menghadap Illahi kerna breast cancer. Sedikit terkilan kerna arwah agak lambat berjumpa pakar..bila jumpa dah tahap serius..so wanita kena harus peka dan buat la pemeriksaan berkala. Takdir perjalanan sesorang anak Adam itu sudah tertulis di loh mahfuz lagi, moga2 kita dipermudahkan menghadapinya. Al -Fatihah buat arwah
ReplyDeleteinalillah....... simpati teramat sangat saya pada nasib arwah teman kak tirana. Sampai hati suami dia... diapun dah pergi mengadap Illahi, anak-anaklah yang nak menumpang kasih pada siapa.
ReplyDeleteKadang-kadang sayapun tertanya2...pada diri sendiri, masih wujud ker suami yang sanggup susah senang bersama... Masa kita kuat lagi...memanglah nampak segala-galanya ok tapi kalau sebaliknya..
Puan Tirana : dari cerita diatas macam ada sesuatu yg puan sembunyikan ( tak cerita habis dari bahasa yg ditulis. ) : walau bagaimana pun kita bersangka baik dengan semua keadaan.baik yg dah pergi dan yang belum pergi ( tapi akan pergi )
ReplyDeletekepada suami : betul kata Puan penderaan mental itu lebih teruk dari lain2 penderaan.Saya berdoa agar tidak terkelompok dalam golongan yang ditafsirkan begitu.....
Salam Kak Tirana...
ReplyDeleteYa Allah sebak rasanya baca cerita Kak Tirana ni. Innalillahiwainnailaihiroji'unn.
Terus teringatkan mak saya.. dia pun disahkan mengidap kanser payudara dua tahun lalu. Alhamdulillah, masih di peringkat awal, tapi terpaksa buang sebelah payudaranya untuk langkah keselamatan. Ayah memang kasi sepenuh sokongan pada mak dan kami sekeluarga untuk tabah hadapi ujian Allah ini.
Sekarang mak sihat, walaupun sekali sekala terpaksa membuat rawatan susulan.
(ampun akak, tercerita kisah famili sy pulak)
Ya Allah, tempatkan lah teman kak tirana ini di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
salam kak..
ReplyDeletesaya rasa hati baca n3 nie..apa pun semoga rohnya di cucuri rahmat..
salam tirana... Al-Fathihah...kesiannya kat kawan tirana tu...pahitnya pengalaman hidup yg dilaluinya...
ReplyDeletesoal masa depan tak siapa yg tahu...doalah byk2 pada Allah moga kita tak perlu lalui pengalaman sepahit itu...
moga rohnya dicucuri rahmat....amin
Allah dah tetapkan perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik... dan kalau di takdirkan bertemu jodoh antara sifat berlawanan tu, nescaya lmabat laun jodoh tersebut akan terputus juga... tak kiralah terputus secara cerai atau kematian...
ReplyDeletesetiap perbuatan jahat akan mendapat balasan yg setimpal juga (begitu juga dgn yg baik) - semoga sang suami akan segera insaf dari kesalahan.
Takziah kepada keluarga Arwah... semoga beliau ditempatkan dikalangan org2 yg dikasihi Allah...
Oh ya... bukankan penyakit itu pembersih dosa... beerti sahabat puan Tirana yg 'pergi' itu telah 'pergi' dengan dosa yang telah disersihkan... Mudah mudahan begitu .
takziah Tirana....kisah penderitaan isteri yang bertarung dengan maut dan emosi memang banyak berlaku namun bila ianya berlaku pada sahabat sendiri, sedara sendiri ataupun diri sendiri...kesedihan dan kehampaan lebih dirasakan. rata2 suami mencari pengganti isteri...bukan pengganti ibu kepada anak2 :(
ReplyDeleteSalam semua..terimakasih atas do'a..mudah-mudahan rohnya tenang bersemadi..
ReplyDeleteJinggo..cuba bayangkan apalagi kecantikan yang tinggal bila "mahkota" seorang wanita dibedah dan dibuang, rambut yang ikal mayang gugur dek rawatan kemo. Kalau sebelum ini, "mahkota" itu yang menarik perhatian si suami, sekarang tiada lagi.. Saya cuma tidak "quote" kan satu demi satu perkataan yang keluar dari mulut suami (seolah menghina kecacatan isteri)kerana fokus entry saya bukan untuk mereka berdua, kawan saya itu telah pergi dan sudah tentu dia tidak dapat membaca entry ini, si suami pun tentu tidak akan masuk ke sini. Fokus saya untuk kita mengambil pengajaran bahawa perkahwinan ialah satu perkongsian hidup. Perkongsian yang bukan hanya di waktu segalanya sempurna dan cantik tetapi juga di waktu susah dan payah. Entry ini bukan ditujukan pada suami sahaja tetapi pada isteri juga kerana ada cerita yang isteri juga pernah meninggalkan suami ketika suami jatuh miskin tidak berharta. Kalau kita baca sejarah Nabi Ayob, isteri baginda meninggalkan baginda di waktu seluruh tubuh Nabi Ayob dijangkiti penyakit kulit yang amat jijik. Mudah-mudahan hari ini kita mendapat sedikit keinsafan dari cerita yang dipaparkan.
takziah buat sahabat anda.
ReplyDeleteperkhwinan adalah perkongsian hidup antara suka & duka, klu suka sama2 ketawa bila ngangis sorang2 perkongsian itu tiada makna.
ya Allah, tak mengenang budi betul la lelaki tu. buat isteri dia tu merana ketika dia mmerlukan sokongan =(
ReplyDeletetakziah ..
ReplyDeletekesian betol..ape jenis lelaki tue..
kejammm.:(
takziah..
ReplyDeletekawan kita gak tu..
harap famili kawan kita tu bersabar..
yang tinggal, ambik pengajaran, ambik kiasan, mudahan diberkati Allah..Amin.
cintai ruh yang baka, bukan jasad yg fana.
ReplyDeletetakziah, semoga menjadi iktibar utk semua.
salam.
Assalamualaikum kak..
ReplyDeleteSemoga rohnya ditempatkan dalam golongan para syuhada' dan anbia'..aminn
salam kak tirana.sedih..jue cuba mendalamai perasaan beliau.walaupon beliau sudah tiada,akan tetapi terlalu banyak pengajaran yg boleh diambil..lelaki..bukan bersikap berat sebelah..tapi nafsunyer hanya satu..tapi ada juga yg mampu mengawalnyer..kecantikan adalah keutamaan..akan tetapi ada juga yg tidak buta hanya kecantikan..bersusah payah bersama,ada juga yg tak mampu bersusah bersama..sama gak ngan pompuan..entahler tak tau nak komen sebenarnya...semuanyer telah ditakdirkan..akan tetapi kalau jue berada ditempatnya,tak tau ler apa yg dirasakan..terlalu kecewa...sedih..mungkin kembali kepadaNYA adalah yg terbaik dari menanggung kesengsaraan dunia...wallahua'lam..
ReplyDeletekepada teman yg meninggal itu ana katakan "innalillah wainnailahirajiunn"
ReplyDelete"Setiap sesuatu pasti akan dikembalikan kepada Allah jua".
bab yg lain, baik dari segi tuduhan curang thdp isteri mahupun ketidak setiaan itu ana rezab tidak mahu komen!
Pendekataan ana adalah bersangka baik2 belaka!
Baik suami yg ditinggalkan mahupun si isteri yg sudah pergi itu!
Pengajarannya, kalau kita buat baik pda org, waema sebesar zarah Allah jua yg layak membalasnya..
begitu juga sebaliknya...
pendek kata kalau kita baik, Allah SWT tidak akan sia2 kan hidup kita.. tetapi ujian dan cabaran akan sentiasa ada selagi ia dinamakan hidup!
Ujian tersebut istimewa buat sang isteri juga buat sang suami! Kalau kita ditimpa mushibah atau ujian atau bala' itu, ana rasa kita belum tahu betul2 berada dilandasan yg betul! Silap2 haribulan dari dahsyat..
akhir kalam, bersyukurlah dgn apa yg kita ada, dan berusahalah utk menjadi manusia yg soleh dan solehah, tanpa menyakat atau prejudice..
salam dari ana..
signature by : maza
Miss Jazz - taniah kerana hujah anda menampakkan kematangan!
ReplyDeletelove it!
Takziah dan Al Fatihah
ReplyDeleteTakziah diucapkan..harta memang tk menjamin kebahagiaan..tapi jgn susah sgt nanti susah hati plak nk makn pn tk ckup..biarlah seadanya dan penuh pengertian.
ReplyDeleteinalillahiwainna ilaihirojiun...
ReplyDeletesemoga Allah mengasihinya..semoga Allah memelihara anak2nya..semoga Allah merahmati kita semua..
sedihnya....