Adalah penting untuk memulakan hari dengan bersyukur, berfikiran positif dan ceria. Itu akan menentukan tahap emosi kita untuk sepanjang hari itu. Sekiranya kita bangun tidur dengan perasaan malas, maka sepanjang hari tersebut, kita akan buat sesuatu kerja dengan separuh hati. Dalam hati, perasaan dan minda sudah tertanam sejak dari mula lagi bahawa kita MALAS, maka jadilah kita orang yang PEMALAS. We are what we think. Menurut Law of Attraction (LOA), kita akan menarik lebih banyak cas-cas kemalasan datang kepada kita. Mula-mula kemalasan kita mungkin 40% kemudian ia akan meningkat dan meningkat sehingga menjadi malas tahap gaban (istilah orang sekarang).


Mulakan setiap hari kita dengan soalan:
"Apa yang akan saya buat hari ini bagi menjamin masa dan tenaga saya digunakan dengan sebaiknya untuk mencapai matlamat saya?"


Sepanjang hari itu, jika kita berhadapan dengan situasi di mana kita perlu membuat suatu keputusan (decision), kita tanya diri kita dengan soalan ini:
"Adakah tindakan yang akan saya ambil ini membantu saya dalam proses untuk mencapai matlamat saya?"


Sebelum masuk tidur, buat senarai kerja atau perkara yang perlu kita lakukan untuk esok hari mengikut kepentingan. Ada kerja yang perlu kita buat segera, ada perkara yang kurang sikit kepentingannya. Mungkin kita boleh bahagikan kerja kita mengikut kategori:
  • A -  kerja yang perlu perhatian segera
  • B -  kerja yang perlu disiapkan sebelum matahari terbenam
  • C -  kerja yang boleh ditangguhkan sehingga esok


Berwaspada dengan gangguan-gangguan yang menghalang kita dari mengikut plan kerja untuk hari itu. Di antaranya mungkin:
  • Bergayut di talipon.
  • Menggunakan terlalu banyak masa untuk membaca dan menjawab email. Kadang-kadang junk mail pun nak baca secara detail (hehehe..)
  • Bersembang-sembang kosong dengan kawan-kawan
  • Tempat kerja yang berselerak dan tidak tersusun.


Bagi saya (walaupun kerja saya sebagai surirumah), jadual kerja itu penting. Ia membantu kita menjadi seorang yang 'efficient'. Setuju atau tidak jika saya katakan "work planning" membantu kita untuk menjadi lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan kita untuk hari-hari tertentu. Bangun pagi, dalam minda kita telah ada rancangan kerja yang teratur untuk hari tersebut. Ini mengelakkan kita dari mengalami syndrom 'otak berserabut' yang mana sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi dan semangat kita.