Dua tiga minggu lepas, setelah selesai memasak, saya joined Amani (anak perempuan saya) yang duduk di sofa sambil menonton tv astro di ruang tamu. Rancangan yang tertera di muka tv ketika itu ialah "Bachelorette".


"Bachelorette ni cerita tentang apa?" saya bertanya pada Amani.


"You see for yourself.." mudah aje Amani menjawab.


Saya pun menumpukan perhatian kepada rancangan yang dipanggil 'Bachelorette' itu. Rupanya ia sebuah rancangan realiti tv bukan movie atau drama. Kemudian saya teringat, di Malaysia pun pernah ada rancangan realiti tv mirip-mirip 'Bachelorette' ini. Saya dah lupa apa nama rancangan itu, Rancangan itu cuma diadakan sekali aje (bukan Malaysian Idol) sebab ia mendapat kecaman dari pelbagai pihak yang tidak bersetuju.


Secara ringkasnya, seorang peserta Bachelorette (gadis muda yang belum berkahwin) akan diberi peluang berkenalan dengan beberapa peserta Bachelor. Bachelorette itu akan interview bertanya beberapa soalan, dating dan sebagainya untuk mencari pasangan yang ideal dari kalangan Bachelor yang menyertai rancangan tersebut.


Menurut history rancangan Bachelorette, kebanyakan pasangan yang bertemu di situ akan berkahwin dan live happily ever after. Tapi pada hari yang saya menonton itu, pasangan tersebut berkahwin juga tapi hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja kemudian timbul masalah. Rancangan tersebut membuat follow up, memanggil semula pasangan tersebut untuk korek rahsia kenapa hubungan perkahwinan mereka tidak menjadi.


Host rancangan tersebut mula membuat soal siasat, bertanya kepada keduanya pelbagai soalan.


"Wah… menarik ni!" kata saya kepada Amani


Amani diam. Mungkin kecewa sebab dia tak dapat menonton rancangan yang dia suka. Tapi bila tengok keadaan yang mula tegang Amani mula buka mata..hehehe..


"Mummy, I'm supporting that lady. How come that guy do such things to her" kata Amani. Biasalah kan…perempuan mesti nak sokong perempuan.


"Kita tengok dulu..kita dengar apa hujah lelaki tu kemudian baru kita boleh judge" kata saya.


Very interesting. Saya dah baca buku "the truth about cheating". Tapi dalam kes 'Bachelorette' ini bukan disebabkan kecurangan cuma wanita itu agak  suaminya berlaku curang kerana suaminya bersikap dingin terhadapnya.


Host rancangan berlaku adil. Kedua-duanya diberi peluang untuk bercakap. Bachelorette itu mendakwa suaminya tidak melayannya dengan baik, selalu ditinggal kesepian, tidak romantik dan sebagainya. Dia mendakwa suaminya berubah tidak seperti masa mereka berdating dulu. Dia bercakap tidak berhenti-henti..laju macam kereta api letrik..bla..bla…bla…bla..semuanya yang negatif tentang suaminya.


Ketika turn suaminya membela diri, suaminya baru bercakap dua tiga patah, belum lengkap satu ayat, dia dah mencelah..bla…bla…bla… Host rancangan terpaksa stop her. Bila suaminya mula buka mulut, dia mula bla..bla…bla.. Asal suaminya buka aje mulut untuk bercakap..dia bla..bla..bla..


"Kalaulah sikap perempuan ini berterusan begini… lambat laun suaminya akan cari perempuan lain" itu kata hati saya.


Menurut suaminya macam itulah keadaan di rumah. Setiap kali ada perbincangan tentang sesuatu, isterinya tidak pernah mahu mendengar dan tidak pernah memberi peluang untuk dia menyatakan pendapatnya sehingga selesai. Akhirnya suami dia bosan dan selalu mengelakkan diri dari perbincangan.


Ingat wahai isteri..this kind of attitude will drive your husband away from you. Sekali dua, suami mungkin boleh tahan, tapi kalau setiap masa macam tu... Saya rasa itulah sebabnya kenapa suami 'Bachelorette' tersebut berubah menjadi pendiam dan tidak romantik sebagaimana yang didakwanya. She's lucky her husband didn't put his hands on her. Ada lelaki yang jenis tidak sabar akan menampar  supaya isterinya diam.


"So Amani, whose side are you now, man or woman?" saya bertanya kepada Amani, saja nak menduga dia..


She didn't answer my question. Is she too young to understand what is going on?!


Saya juga tidak berpihak ke mana-mana..tidak menuding jari kepada 'Bachelorette' tersebut untuk menyalahkan dia. Both of them are lack of skill and knowledge about marriage and relationship. There are so many things they have to learn. Maybe they need to get some advice from marriage counsellor, attend the seminar and workshop on marriage, read books on relationship and so on. But most importantly is to change their negative attitude.