Semalam, sewaktu membaca beberapa artikel yang sampai ke 'inbox', saya mempelajari dua istilah baru iaitu SUMO dan Hippo Time. Apakah itu SUMO dan Hippo Time?


Bila nampak perkataan SUMO, minda saya dibayangi oleh permainan orang-orang Jepun atau dengan lebih tepat lagi lelaki Jepun yang berbadan besar (gemuk) dan pakai cawat sedang berlawan (wrestling orang Jepun). Setakat ini saya tidak pernah lagi terlihat di kaca tv, SUMO ini disertai oleh lelaki yang kurus kering. Mungkin juga syarat untuk masuk SUMO ialah mesti gemuk (hehehe..). SUMO yang dimaksudkan dalam artikel yang saya baca lain sikit. Ia adalah singkatan daripada Shut Up, Move On.


Hippo Time, adakah bersangkut paut dengan Hippo atau dalam bahasa kita dipanggil badak air? Badak air mempunyai kesukaan yang sama seperti kerbau iaitu suka berendam/berkubang di dalam lumpur. Hippo akan menghabiskan beberapa waktu berguling-guling dalam lumpur sebelum ia naik semula ke daratan untuk mencari  makanan (hippo ialah sejenis binatang herbivor)


Bagaimanakah dua istilah ini, SUMO dan Hippo Time diguna pakai dalam kehidupan kita?


Kepada seseorang yang baru dilanda kesedihan, adalah menunjukkan kita tidak prihatin atau tidak sensitif atau tidak empati apabila kita kata SUMO kepadanya.


Sometimes, it isn't easy to SUMO. We are not ready to move on. We need some extra time to grieve for what we have lost. This extra time is called Hippo Time. Before we can SUMO, we may need to wallow - just like Hippo wallowing in mud (hehehe..)


Situasi-situasi yang membuatkan kita perlu kepada Hippo Time ialah situasi yang menyedihkan (biasanya) seperti:
kematian orang yang disayangi
penceraian
putus cinta
gagal dalam peperiksaan atau temuduga
tidak jadi naik pangkat setelah dapat promotion
kalah dalam sesuatu pertandingan
hilang sesuatu yang berharga atau sesuatu yang ada sentimental value
dan sebagainya

"Ala apa nak sedih-sedih, shut up and move on!" kata orang yang tidak mengalami situasi di atas.


Sebagai manusia biasa, kita dibekalkan dengan pelbagai perasaan (emosi) untuk menjadikan hidup kita di dunia ini indah. A life without experiencing emotional highs and lows would be boring and dull, right? Having Hippo Time can be extremely helpful. But be careful…it can also be unproductive.


Untuk mendapatkan yang terbaik daripada Hippo Time, ada beberapa rules atau tips yang patut kita ambil kira. Di antaranya ialah:

1. berhati-hati dengan siapa kita berkongsi Hippo Time

"A trouble shared is a trouble halved" is a nice principle but it's not always true and appropriate. Ia bergantung dengan siapa kita meluahkan kesedihan/masalah kita. Ada orang yang semakin memburukkan lagi keadaan. Dalam keadaan yang tertekan, kita memerlukan seseorang yang boleh mendengar dengan baik dan memberi kesempatan kepada kita untuk meluahkan yang terbuku di dalam hati dan perasaan tanpa memberi sebarang nasihat yang tidak diperlukan (unnecessary advice) dan hukuman (judgement). Namun tidak semua orang boleh menjadi pendengar yang ikhlas dan baik. Justeru, kita harus berhati-hati untuk memilih dengan siapa kita berkongsi masalah/kesedihan kita.


2. berhati-hati dengan berapa ramai kita berkongsi Hippo Time

"How are you?" adalah soalan yang biasa ditanya ketika Hippo Time. Semua orang akan bertanya begitu. Perlukah kita jawab? Perlukah kita meluahkan pada semua yang bertanya? Adapun orang-orang yang bertanya ada dua niat; samada mereka ikhlas untuk membantu dengan menjadi pendengar yang baik atau sekadar bermulut manis (making polite conversation). Terpulang kepada kita sendiri untuk menilai orang yang bertanya. Kepada orang yang bertanya sekadar untuk manis mulut, kita boleh beri jawapan yang pendek seperti "I'm okay". Kepada orang yang kita pasti dia ikhlas, kita boleh meluahkan cerita sekiranya kita mahu.

The fact is around 80% of the people who ask "How are you?", are not really interested in the answer. Silap haribulan kita pula yang dilabelkan sebagai orang yang membosankan kerana asyik ulang tayang cerita yang sama. So, berhati-hati dengan berapa ramai kita berkongsi cerita sedih kita.


3. berhati-hati dengan jangka masa untuk Hippo Time

Kita mungkin jadi selesa berendam dalam kesedihan apabila kita mendapat perhatian dari ramai orang. Tapi terlalu lama berendam tidak akan membantu menyelesaikan masalah. Hippo pun akan naik ke darat selepas beberapa waktu untuk mencari makanan. Jika berendam terlalu lama di dalam lumpur, ia mungkin akan mati kelaparan. Begitu juga kita, boleh jadi "hidup segan, mati tak mahu" bila tidak segera bertindak untuk memulihkan keadaan.

Berapa lama jangka masa untuk Hippo Time sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor:
samada serius atau tidak sesuatu isu
sokongan moral yang diterima daripada orang sekeliling
perhatian/kemanjaan/belaian yang diterima
keinginan kita mencari jalan bagi meneruskan kehidupan.

Hippo Time bukan tempat berendam/berkubang yang kekal. Ia hanya untuk sementara. SUMO itu yang lebih perlu kita beri perhatian.

"Berapa harga yang perlu kita bayar dari segi tenaga dan peluang andainya kita terlalu lama dalam Hippo Time?"

Jawapan kepada soalan di atas mungkin boleh membantu kita dalam membuat keputusan untuk berapa lama kita perlu berendam/berkubang di dalam lumpur.


Andainya kita sebagai kawan yang sedang menghadapi seseorang yang sedang dalam Hippo Time, apa yang boleh kita buat untuk membantu?
menjadi pendengar yang betul-betul ikhlas dan baik bukan yang berpura-pura mendengar sedangkan hati dan fikiran kita entah ke mana. Beri tumpuan kepada apa yang diluahkannya.
tidak mencemar Hippo Time seseorang dengan cerita kita. Kadang-kadang kita pulak yang terlebih bercerita kisah sedih kita sendiri. Bagi peluang pada kawan kita untuk bercerita kerana dia yang empunya Hippo Time, bukan kita.
elakkan dari menggunakan ekspresi seperti 'teruknya!', 'dahsyatnya!' dan yang sewaktu dengannya secara berlebihan.
validate his/her feeling by saying "it's okay to be sad", "it's okay to cry" and so on.
give him/her space. Ada orang yang suka bersendirian ketika Hippo Time.
jika ada ketika yang sesuai, kita boleh buat lawak atau bergurau untuk meredakan keadaan tapi perlu berhati-hati kerana bimbang ia disalah erti oleh kawan kita.


In a nutshell

Hippo Time boleh membantu seseorang sebelum SUMO. Adalah tidak sihat jika kita asyik menafikan kesedihan dan kekecewaan yang kita alami dan hadapi. Walaubagaimana pun Hippo Time yang terlalu panjang tidak akan dapat mengubati hati yang terluka dan menyelesaikan masalah.