Seorang suami yang panas baran merasakan jijik dengan isterinya. Mana tidaknya, kelihatan isterinya yang pertama serebeh serabai sahaja. tidak lalu tengok sang isteri yang tidak terurus dan tidak cantik macam perempuan di luar sana.
“Tu la salah satu sebab saya cari lain, sebab tak tahan dengan bau awak ni laa. Awak tak jaga pakaian awak. Awak ni isteri yang macam mana hah???” bentak si suami.
Berkata si suami dalam hati, "kenapa isteri aku tidak cantik di mataku''. Isterinya tidak cantik di mata suami apabila ada hati lain yang telah singgah di hati seorang lelaki. Hal itu menyebabkan suami tidak merasakan lagi ada cinta yang hadir daripada seorang isteri.
Sebenarnya, si suami ini telah bernikah dengan perempuan lain dengan alasan isterinya yang pertama tidak mencantikkan diri di hadapannya dan asyik berbaur hanyir kerana terlalu kerap duduk di dapur dan melayan anak-anak berbanding melayan dirinya. Setiap kali suami pergi ke rumah isteri keduanya, isteri keduanya sentiasa menghasut agar suaminya menceraikan isteri pertamanya tetapi si suami tidak tergamak untuk menceraikan isteri pertama kerana dia teringat kisah awal ketika mereka susah, isteri pertama lah yang ada, jatuh bangun dan sakit sewaktu dia bersusah payah membangunkan perniagaan bersama.
Ada beberapa alasan lain yang membuatkan si suami tidak tergamak menceraikan isterinya yang pertama. Si isteri pertama ini bila saat suami balik, dia akan memberikan senyuman manis kepada si suami, walaupun kurang cantik berbanding isteri keduanya tetapi keikhlasan itu terpancar daripada wajah jujur seorang isteri. Kemudian, si isteri ini akan menyiapkan segala makan dan minum untuk si suami yang baru balik. Selepas daripada itu, si isteri ini menyediakan tempat istirahat untuk si suami dan akan melayannya jika diminta. Itulah alasan yang menyebabkan mengapa si suami tidak tergamak untuk menceraikannya.
Selain itu, ada alasan yang begitu berat dan hebat di mata si suami terhadap isterinya.
Pada saat, suami balik dengan keadaan marah-marah, kelihatan si isteri akan membaca al- quran dengan khusyuk di dalam bilik dan kadang-kadang si isteri pertama akan solat sunat pada siang atau malamnya dan akan teruskan berzikir sehinggalah dia melihat kemarahan si suami itu reda. Saat itulah, si isteri akan mengambil air sejuk dan memberikan si suami minum agar tenang amarah seorang suami. Allahu, sungguh mulia kelakuan isteri tersebut.
Dua bulan selepas itu, baliknya si suami ke rumah isteri pertama dengan senyum dan berkata kepada isteri pertama.
"Sayang, abang telah ceraikan isteri kedua abang, dan sekarang abang nak jaga rumah tangga kita yang satu ini agar tidak roboh seperti yang terdahulu".
Isteri tersebut sujud syukur dan mengalir air mata kerana dua sebab. Pertama, suaminya telah berubah, tidak baran lagi dan kedua, dia berasa kesian kepada isteri kedua kerana telah menjadi janda tetapi dia berharap agar si isteri kedua berjumpa jodoh yang lebih baik. Allahu, sungguh mulia insan ini.
Wahai suami di luar sana, cuba kita fikir sekejap. wanita yang dulunya kita nikahi yang telah menjaga kehormatannya sebelum menyerahkan dirinya kepada kita. Selepas berkahwin,
wanita itu teruk kita kerjakan kerana nafsu kita yang baru kahwin. Perut yang dulu tegang sudah menjadi seperti kulit limau kerana di situlah tempat mereka mengandungkan anak-anak dari benih kita sendiri. Bila sudah tidak cantik, pandai pula kita cari yang tegang dan ketat. Kalau itulah konsepnya, nanti yang tegang dan ketat itu juga akan kendur. Kalau perangai macam inilah kita, maka perangai kita tidak ubah seperti binatang yang merumput di padang.
Teringat kata Saiful Nang, kalau isteri itu kerjanya melayan nafsu sahaja, apabila mahu, boleh dapat dan tidak perlu beranak, tidak perlu menyusu anak, tidak perlu memasak, tidak perlu mengemas rumah, tidak perlu menjaga makan minum suami dan keluarga, tidak payah menjaga suami, tidak perlu bekerja tolong cari rezeki, barulah boleh isteri kita itu ketat dan anjal sepanjang masa. Lelaki yang asyik complain isteri sudah tidak tiptop itu, cuba tengok juga diri sendiri, adakah masih tiptop atau sudah masuk level second hand high mileage.
Adakah kita ingin beristeri hanya untuk pemuas nafsu sahaja. Kalau beristeri hanya untuk pemuas nafsu semata, tujuan ibadat kerana Allah dalam konsep perkahwinan kita, telah tersasar jauh, seolah kita menganggap isteri umpama pelacur dan kita umpama regular customer. langgan bila perlu, buang ketika tidak mahu. Allahu, semoga kita dijauhkan daripada sikap begini.
Hasil tulisan… @ Mohamad SafwanYusoff (https://www.facebook.com/profile.ph...)