A Long Way Home - mengisahkan seorang kanak-kanak India yang tersesat. Setelah didapati merayau-rayau, pihak berkuasa telah memasukkannya ke rumah anak-anak yatim. Daripada situ, beliau telah diambil oleh sepasang suami isteri dari Tasmania sebagai anak angkat. Beliau tiba di Melbourne pada tahun 1987 (waktu itu saya masih berada di Adelaide tapi tak tau cerita..:) ). Sepanjang masa, beliau tidak pernah lupa kepada ibu dan adik beradik kandungnya di India. Setelah tamat belajar dan bekerja, beliau berusaha untuk pulang ke India bagi mencari ibu dan adik beradiknya. Buku ini menceritakan bagaimana beliau tersesat di waktu berusia 5 tahun dan usaha beliau menjejaki kampung tempat tinggalnya dengan menggunakan google earth. Usaha itu bukanlah mudah kerana beliau tidak ingat nama tempat. Yang ada cuma ingatan yang sedikit tentang keadaan kampung halamannya dan beberapa petunjuk lain yang terhad. Namun keazaman untuk berjumpa dengan ibu dan adik beradiknya yang lain tidak mematahkan semangat beliau walaupun harapan untuk berjumpa amat tipis. Akhirnya pada Februari 11, 2012, beliau berjaya juga bertemu dengan ibu kandung dan dua orang adik beradiknya.. Tengok pada peta, memang jauh sungguh dia tersesat daripada kampung halamannya dalam usia sekecil itu. 


Buku yang saya baca ini diterbitkan dalam bulan June 2013. Dalam bulan November 2016, kisah ini difilemkan. Boleh encourage anak-anak baca buku ini ataupun tengok filemnya. Kemiskinan memaksa anak sekecil 5 tahun keluar mencari makanan untuk mengisi perut yang kelaparan. Sangat menginsafkan.