Heartbreaking true story published in July 2016.

Farida Khalaf ialah seorang gadis Yazidi (sekarang berusia 20 tahun). Waktu peristiwa beliau ditangkap oleh ISIS berlaku, beliau berusia 18 tahun. Buku ini mengisahkan kehidupan beliau semasa berada dalam cengkaman ISIS. Menurut Farida ISIS berlaku kejam terhadap non muslim.

Farida berasal dari KONCO (sebuah perkampungan yang terletak di utara Iraq). ISIS menceroboh masuk ke perkampungan tersebut lalu membunuh semua lelaki dewasa termasuk ayah dan abang sulong Farida. Seorang abangnya terselemat dengan berpura-pura mati sebelum beliau melarikan diri ke pergunungan yang berdekatan. Semua wanita dewasa dan kanak-kanak ditawan dan dipenjarakan manakala gadis yang belum berkahwin dijual dan dijadikan hamba sahaya di kalangan tentara ISIS

Farida dan beberapa orang kawannya di bawa ke Raqqa untuk dijual sebagai hamba abdi. Beliau telah dibeli oleh beberapa orang tentera ISIS yang kebanyakannya kejam belaka. Tersayat hati apabila membaca beliau didera, dipukul, ditampar sehingga pengsan apabila beliau enggan menyerah diri untuk diperkosa. Beliau dijadikan seperti barang dagangan yang boleh dijual beli..dibeli oleh A dan dijual semula kepada B dan begitulah seterusnya. Beliau juga dipaksa untuk bertukar ke agama Islam, dipaksa baca Quran dan solat. Jika tidak dibuat seperti yang disuruh, dia akan dipukul.

Beberapa kali beliau cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Beberapa kali juga beliau cuba membunuh diri  kerana tidak tahan dengan seksaan tetapi tidak berjaya juga. Farida dan Evin (kawan baiknya yang juga ditawan oleh ISIS) membuat pelan untuk melarikan diri pada suatu malam. Waktu itu tentera ISIS keluar berperang. Yang tinggal hanya beberapa orang penjaga kem sahaja. Pada malam itu akhirnya mereka berjaya ( 6 orang semuanya) melarikan diri. Mereka sampai di sebuah perkampungan dan memohon pertolongan daripada penghuni sebuah rumah di situ. Dengan pertolongan smuggler, akhirnya mereka dihantar ke kem pelarian Yazidi. Di situ Farida bertemu semula dengan pakcik, makcik, sepupu dan abangnya yang selamat. Ibu dan dua orang adik lelakinya masih tidak dapat dikesan. Tidak lama selepas itu, beliau mendapat berita bahawa ibunya ada di hospital yang berdekatan dengan kem tersebut. Dua orang adik lelakinya juga berada bersama ibu mereka. Happy ending, keluarga mereka bersatu semula walaupun kurang dua orang (ayah dan abang sulong telah dibunuh oleh tentera ISIS)

Awal March 2015, delegasi dari German menawarkan peluang kepada beberapa orang Yazidi untuk dibawa tinggal di German sebagai permulaan. Ibu dan abang Farida menggalakkan beliau menyertai program tersebut. Farida berangkat ke German. Di sana beliau meneruskan persekolahan dengan harapan untuk menjadi seorang guru matematik satu hari nanti. Tidak lama selepas itu, seluruh keluarganya dipindahkan ke German dan mereka tinggal di sana sehingga ke hari ini.

Banyak info mengenai Yazidis yang saya perolehi daripada buku ini. Rupanya kaum Yazidi ada agama mereka sendiri. Mereka bukan Christian, bukan Yahudi dan bukan Islam. Mereka menyembah satu Tuhan dan mereka ada 7 angels. The greatest among the angels is Melek Taus. Waktu yang afdhal untuk mereka berdoa dan sembahyang adalah ketika matahari naik. Mereka menjadikan matahari sebagai pengantaraan mereka dengan Tuhan kerana menurut mereka tanpa matahari, kita semua tidak bertenaga. Kisah Allah memerintah semua malaikat tunduk dan sujud kepada Adam kebanyakannya diketahui oleh puak Yazidi tetapi mereka ada versi tersendiri. Kita mempercayai bahawa semua malaikat patuh kepada suruhan Allah untuk sujud kepada Nabi Adam kecuali iblis. Tapi bagi puak Yazidi, yang tidak sujud itu ialah Melek Taus (the greatest angel). Kenapa tidak sujud? Kerana Melek Taus sayang kepada Tuhan melebihi sayangnya kepada yang lain. Jadi tidak sepatutnya sujud kepada yang lain kecuali kepada Tuhan. Melek Taus ini juga dikenali sebagai Peacock Angel.

Waktu dalam tahanan, Farida berhujjah dengan Imam yang memaksanya solat dan baca Quran. This part is interesting. Kena baca sendiri buku ini untuk lebih details.