Story of My Life
Originally published: 1903


Kisah hidup the famous lady Hellen Keller. Buku ini ditulis oleh beliau sendiri. Hellen dilahirkan sempurna tetapi ketika berusia 19 bulan, beliau diserang penyakit yang menyebabkan beliau hilang penglihatan dan pendengaran. 


Walaupun kekurangan dari segi penglihatan dan pendengaran tetapi beliau tidak putus asa untuk menjadi seorang yang berilmu dari awal belajar membaca dan menulis sehinggalah beliau berjaya masuk kolej dan akhirnya berjaya graduate. Info lanjut tentang Helen Keller, boleh baca di wikipedia. 


Buku ini menceritakan susah payah dan bagaimana beliau belajar membaca dan menulis. Beliau sangat beruntung kerana mendapat seorang personal tutor yang bukan saja membantu beliau untuk mengenal huruf dan perkataan malah menjadi peneman ke mana saja beliau pergi. Guru tersebut ialah Anne Sullivan yang akhirnya menjadi kawan rapat kepada Helen Keller.