Buku kisah benar terbitan tahun 2015.


Tressa menjadi seorang ibu pada usia yang belum menjangkau 12 tahun. Penderaan seksual yang dilakukan oleh abangnya sendiri bermula ketika usia Tressa 7 atau 8 tahun dan berlarutan sehingga Tressa pregnant pada usia 11+ tahun.  Abang kandung yang melakukan penderaan tersebut juga berusia belasan tahun. 


Semuanya berlaku kesan daripada  'broken  family'. Ayah Tressa seorang yang cepat naik darah dan ibunya pula menjadi mangsa deraan fizikal. Selepas ibu bapa Tressa berpisah, ibunya menjadi seorang kaki botol, perokok tegar dan akhir sekali penagih dadah. Tressa, abang dan adiknya tidak mendapat didikan yang baik sama ada dari segi akademik mahupun didikan moral.  Hidup mereka kucar kacir dan hilang pedoman serta tidak dapat membezakan yang mana satu baik dan buruk.


Dalam usia yang masih muda, Tressa mula merokok dan menjadi ketagih, kemudian menjadi peminum. Dia diletakkan bawah jagaan foster family tapi selalu saja melarikan diri pulang ke rumah ibunya.


Selepas melahirkan anak, Tressa dihantar hidup jauh di kampung. Tujuan utama adalah untuk menjauhkan dia dari sumber-sumber boleh mempengaruhiinya .  Keadaan menjadi baik sekejap. Asal dia berjumpa saja ibu dan kawan-kawannnya, keadaan berbalik kepada asal...merokok dan minum.


Walaupun Tressa menjadi ibu yang muda tapi naluri seorang ibu itu tetap ada. Dia sangat sayang kepada anaknya. Mula2 dia ingin menjaga sendiri anaknya tapi keadaan menjadi sukar sehinggalah dia dinasihati supaya bagi anaknya kepada keluarga angkat. Berat hati untuk melepaskan anaknya tapi dia tiada pilihan..untuk kebaikan anaknya, dia terpaksa.


Setelah ibunya meninggal dunia disebabkan pneumonia, timbul kesedaran dan semangat untuk menjadi lebih baik. Pada ketika itu Tressa bukan setakat merokok dan minum malah dia juga menagih dadah jenis heroine. Dia dan teman lelakinya mencuri bagi mendapatkan duit untuk membeli dadah. Dia mengajak teman lelakinya berhenti menagih. Mereka mendapatkan pertolongan dari support system. Mereka dirawat dan akhirnya mereka keluar dari dunia ketagihan dadah. 


Bila baca buku ni..baru saya tahu bahawa susah juga untuk keluar dari dunia ketagihan lebih2 lagi jika di kelilingi oleh orang-orang yang sama ketagih. Hati mudah lentur dan tidak kuat untuk bertahan apabila diajak dan dipujuk. Sebab itulah kita lihat ramai kaki dadah yang dipulihkan kemudian balik menjadi penagih. Untuk keluar, hati kena kental, semangat kena kuat dan kena ada support system yang membantu. Bekas penagih kena buang terus keluarga dan kawan-kawan yang  menagih sehinggalah mereka cukup kuat untuk tahan godaan.