Saya mempunyai ramai anak saudara. Salah seorang dari yang ramai-ramai tu, ada seorang yang pandai makan dan minat sekali memasak walaupun dia lelaki. Alkisahnya akhir tahun lepas dia sekeluarga datang ke rumah saya. Mereka satu rombongan datang ke Kuala Lumpur untuk menghantar ayah dia iaitu abang saya yang nak ke Mekah. Mereka singgah di rumah saya. Saya masak roti jala dan bamia daging sebagai juadah untuk dihidangkan pada tetamu.

"Sedapnya roti jala dan bamia yang mak su masak ni.. Mak su tolong ajar Lan macam mana nak buat", pinta anak saudara saya tu.. Memang mereka satu keluarga memuji kelazatan roti jala dan bamia yang saya masak. Kembang hati saya sekejap..hehehehe.. Saya pun bagi address blog resepi ni pada dia. Saya suruh dia cari sendiri dalam blog saya ni..

Tidak lama selepas dia balik ke kampung, dia pun cuba memasak roti jala dan bamia. Pagi-pagi lagi dia sudah ke kedai untuk mencari bahan-bahan yang bakal digunakan.

"Mak su, kat mana nak cari garam masalla ni? Kat supermarket ada ke?", dia bertanya melalui talipon.

" Garam masalla tu Lan kena cari kat kedai mamak", saya memberitahu dia.

Dia pun segera pergi ke kedai mamak.

"Mamak, bagi saya garam masalla." Mamak tu pun mengambil dan mencampur beberapa jenis rempah ratus yang telah dikisar halus untuk dijadikan garam masalla.

"Mamak, saya minta garam masalla"

"Ini la garam masalla", kata mamak.

"Betul ke ini garam masalla? Nanti saya talipon saya punya mak saudara dulu"

"Mak su, macam mana rupa garam masalla?"

Saya pun beritahu pada anak saudara saya tu macam mana rupa garam masalla.

"Betul la yang mamak tu bagi tadi. Lan ingat rupa garam masalla ni macam garam biasa"

Saya dan dia ketawa. Bila dapat semua bahan, dia pun mulalah memasak.

"Mak su, roti jala dan bamia yang Lan masak jadi sedap la...sama rasa macam yang mak su masak"

"Alhamdulillah"

Anak saudara saya yang sorang ni ikut ayah dia (abang saya), minat memasak. Sebenarnya dalam keluarga, abang-abang semua boleh memasak walaupun tidak mahir. Arwah ayah saya pun pandai memasak. Ketika arwah ayah saya masih hidup, dia yang jadi ketua chef bila ada kenduri kendara. Orang kampung biasanya bergotong royong memasak, ayah saya lah yang jadi kepala. Masakan dia memang dipuji ramai. Tapi sayang, dia tak sempat menurunkan resepi pada anak-anak dia. Abang saya yang kelima pandai masak Laksa Pulau Pinang. Kami sekeluarga memang suka Laksa Pulau Pinang. Ketika dia belajar di UK dulu, selalu jugak dia masak Laksa Pulau Pinang. Di sana mana ada gerai macam di sini. Jadi bila teringin nak makan, kena masak sendiri lah. Sekarang pun dia akan masak sekali sekala. Kalau beli, tak puas makan, katanya. Kata kakak ipar, Laksa Pulau Pinang yang abang buat, memang sedap, lebih sedap dari yang dijual digerai.

The moral of the story...jangan pandang rendah pada kebolehan lelaki dalam bidang masak memasak. Ramai chef yang terkenal di Malaysia ni dari kalangan lelaki. Asahlah bakat sekiranya ada di kalangan anak-anak lelaki kita yang minat memasak. Kalau tak jadi chef yang terkenal pun, sekurang-kurangnya boleh memasak untuk keluarga sendiri ketika isteri sakit atau dalam pantang.