Terkedu bila terbaca kisah benar yang Limau paparkan di Bicara Karya (BMC). Ini saya quote kan cerita yang dimaksudkan


ahad lepas kawan perempuan ni bawa anak perempuan umur 4 thn gi kerja ngan dia.. so banyak masa dia borak ngan anak. on the way balik kerja tu, dia bergurau senda ngan anak.. lepas tu anak dia ni gurau cakap anak laki babysitter dia (umur 13 tahun) suruh dia hisap anu budak tu dan pegang anak dia punya... budak-budak ingat benda ni main-main, kawan saya tu terkejut sangat bila tahu.



dia cakap balik rumah tu dia kata kat anak dia, pergi cerita kat abahnya what happened. lepas tu suami dia tanya kat anak dia, buat tak seperti anak babysitter tu suruh buat? anak dia angguk.



terus suami dia meraung dan sebut 'anak aku anak aku' sambil dia peluk-peluk anak perempuan dia tu. yg kawan saya ni dah menangis-nangis, dia cakap tak sampai hati dalam kereta tadi nak tanya anak dia buat tak seperti yang disuruh budak laki itu.



lepas tu dia tanya, masa budak tu ajak masuk bilik, maknya (babysitter buat apa?).. anak dia cakap tengah masak.



dia cakap mujur hari ahad tu dia spend masa ngan anak dia borak-borak. dia dengan suami menangis-nangis cerita kat babysitter & husband babysitter tu. yg babysitter dia ni malu terpalit kat muka, tak sangka anak laki dia buat camtu. budak tu mula-mula tak mengaku, tapi kawan saya cakap takkan anak dia yg umur 4 tahun nak tipu.



terus dia tukarkan anak dia masuk nurseri.. kami yang dok baca ni pun menangis-nangis bila tau.. cabaran betul jadi ibu bekerja di zaman sekarang ni. bila nak berhenti, tuntutan kos hidup tu pula kena fikir.


Semacam tidak percaya bahawa itu kisah yang benar-benar berlaku. Betul seperti kata Limau, cabaran betul bagi ibu-ibu yang bekerja di zaman sekarang ini. Tetapi pilihan apa yang mereka ada. Kerja luar merupakan satu tuntutan disebabkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meruncing terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Hendak diharapkan gaji suami untuk menanggung semua keperluan rumahtangga, tentulah tidak mencukupi. Mahu tidak mahu ibu-ibu terpaksa keluar bekerja mencari rezeki untuk menampung keperluan. Anak-anak pula terpaksa diletakkan di rumah pengasuh atau nursery. Rupanya masalah lain pulak yang timbul. Tidak hairan jika ibu-ibu yang bekerja sentiasa dalam dilema. Selepas mendengar cerita seperti di atas, tentu para ibu semakin tidak senang duduk ketika di ofis. Fikiran tentu melayang memikirkan keselamatan anak-anak di rumah pengasuh atau nursery.

Bila terpampang cerita-cerita begini di depan mata kita, barulah kita mengetahu bahawa anak-anak di zaman sekarang sudah terlalu advance dalam hal-hal yang berkaitan dengan "seks". Saya buatkan perbandingan dengan diri saya sewaktu berusia 13 tahun, tidak banyak yang saya ketahui tentang perkara-perkara seperti itu. Di satu segi, memang bagus anak-anak didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan termasuk pengetahuan tentang seks. Saya rasa di peringkat tadika dan sekolah rendah lagi, murid-murid telah didedahkan kepada perkara-perkara seumpama itu. Ketika zaman saya dulu, perkara-perkara sebegini hanya dibincang ketika belajar mata pelajaran agama islam. Itu pun ustaz dan ustazah tidak bincangkan secara detail. Selain dari perbincangan di sekolah, kanak-kanak sekarang banyak terdedah kepada media yang pelbagai. Mereka dengan mudah boleh mendapat maklumat melalui internet umpamanya. Yang menjadi masalahnya, maklumat-maklumat yang disebarkan melalui internet bukan semuanya sesuai untuk anak-anak kita yang di bawah umur. Maklumat tanpa penerangan yang terperinci atau guidance dari guru dan ibubapa boleh mengundang padah seperti yang terjadi dalam kisah yang Limau paparkan itu.

Jadi apa yang perlu kita lakukan ialah meningkatkan usaha untuk mendidik kanak-kanak sejajar dengan kepesatan dan kepantasan maklumat yang disebarkan melalui internet. Penerangan-penerangan tentang seks yang dibolehkan menurut Islam hendaklah dilakukan sekerap mungkin di sekolah, bukan hanya ketika belajar tentang mata pelajaran agama atau moral sahaja. Ia boleh dilakukan dengan ceramah-ceramah khas, kem-kem ilmiah dan sebagainya. Itu peranan yang boleh dimainkan oleh pihak sekolah dan PIBG.

Pendidikan seks yang didapati dari sekolah, dikukuhkan pula oleh ibubapa di rumah. Ibubapa samada secara langsung atau tidak sentiasa mengingatkan anak-anak tentang perkara-perkara yang berkait rapat dengan masalah seks. Bermakna ibubapa tidak boleh berlepas tangan dengan mengharapkan pihak sekolah semata. Pemantauan harus dibuat ketika anak-anak melayari internet. Sesekali adakan perbincangan terbuka tentang bab-bab yang berkaitan dengan seks untuk memastikan informasi-informasi yang sampai kepada anak-anak kita selari dengan tuntutan agama.

Bila sesekali kita didedahkan dengan cerita-cerita yang menggerunkan seperti ini, tanyalah kepada diri sendiri...apakah telah cukup didikan yang kita berikan kepada anak-anak kita. Jangan bersenang hati dengan mengatakan bahawa "anak saya tidak akan melakukan perkara-perkara yang seumpama itu". Adakah kita pasti mereka tidak akan melakukannya? Don't take them for granted. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukanlah maksud saya kita tidak trust kepada anak sendiri..tapi hendaklah sentiasa berwaspada...perhatikan sama gerak laku mereka. Jangan kita tutup mata terus..biarkan mereka tanpa pengawasan atas alasan kita trust anak-anak kita.. Meletakkan kepercayaan kepada anak-anak memang bagus tapi hendaklah disertai dengan didikan dan pengawasan yang sewajarnya.