Kekasih gelap
Bunyi talipon berdering mengejutkan saya yang hampir terlelap tengahari semalam.
"Cepat buka TV3, ada issue menarik." Terdengar suara kawan baik saya di hujung talian.
"Okay." Saya yang masih termangu-mangu menjawab lantas meletakkan gagang talipon seraya berlari masuk ke bilik untuk menonton rancangan yang dimaksudkan oleh kawan baik saya itu.
Rancangan yang dimaksudkan ialah "WANITA HARI INI" dan issue yang dibincangkan ialah "KEKASIH GELAP". Ahli penal yang dijemput ialah seorang artis wanita (maaf saya terlupa namanya) dan Dato' Dr Fazilah Kamsah. Pengacaranya seperti biasa dua orang wanita. Ketika kawan saya memberitahu, rancangan itu telah 15 minit berlalu.
Kekasih gelap berkait rapat dengan kecurangan samada kecurangan seorang suami kepada isterinya atau kecurangan isteri kepada suaminya dengan memiliki orang ketiga yang dipanggil kekasih gelap di luar rumah.
Suami yang curang telah biasa kita dengar. Menurut Dato' Dr Fazilah Kamsah, miang lelaki di tiga peringkat umur iaitu 20an, 40an dan 60an. Kadang-kadang tiada sebab lain bagi seorang lelaki untuk berlaku curang. Walaupun rumahtangga dirasakan cukup sempurna, memiliki seorang isteri yang tip top dalam semua segi, tetapi seorang lelaki masih menyimpan niat untuk kawin lebih dari seorang. Memang semulajadinya lelaki begitu. Saya teringat seorang ustaz (maaf saya terlupa namanya) pernah berkata, lelaki normal memang memasang niat untuk memiliki lebih dari seorang isteri cuma seorang lelaki yang baik dan bertanggung jawab, akan berfikir dan menimbangkan sebaik mungkin sebelum melaksanakan niatnya. Dia tidak membuat keputusan mengikut nafsu dan perasaan. Sebagai wanita dan isteri, kita patut menerima hakikat yang lelaki memang dijadikan Allah seperti itu, walaupun sesungguhnya sangat pahit bila mengetahui suami mempunyai wanita lain yang dicintai dan disayanginya selain dari kita. Seorang lelaki yang baik menurut Dato' Dr Fazilah Kamsah ialah berlaku jujur kepada isterinya. Sekiranya dia ingin berkahwin lagi, seeloknya dari awal lagi dia memberitahu isteri tentang niatnya itu, berbincang sebaik mungkin walaupun dia sudah maklum isteri mana yang sanggup dimadukan. Seorang lelaki yang baik juga tidak memburuk-burukkan isteri dan rumahtangganya di depan kekasih gelapnya. Segala perancangan untuk berkahwin lagi dibuat menurut islam bukan dengan berkahwin secara senyap-senyap di sempadan negara jiran dan isteri hanya dapat tahu dari mulut orang lain setelah suami mempunyai anak tiga dengan isteri kedua. Itu akan menghancur luluhkan lagi hati seorang isteri dan semakin sukar untuk isteri menerima kenyataan dan hakikat.
Dalam rancangan semalam, saya sempat mendengar panggilan dari dua orang pendengar. Kedua-duanya isteri dan kedua-duanya mengaku mereka mempunyai kekasih gelap malah seorang dari mereka telah terlanjur dengan kekasih gelapnya dan kini mengandung empat bulan. Dalam hal ini, menurut Dato Dr Fazilah Kamsah, biasanya terdapat kepincangan dalam rumahtangga yang menyebabkan isteri mencari kekasih gelap selain dari suami. Kadang-kadang seorang isteri tidak berniat untuk mencari cinta lain selain dari cinta suami tapi disebabkan sikap suami yang tidak prihatin dan kurang memberi belaian menyebabkan isteri mengalami kesunyian dan kekosongan jiwa. Di zaman sekarang yang serba canggih dengan teknologi komputer, seorang isteri tidak perlu keluar rumah untuk mencari kawan. Semuanya boleh dilakukan secara online. Dari kawan biasa jadi luar biasa dan akhirnya isteri akan terperangkap dengan perasaannya sendiri apabila ada lelaki lain yang dirasakan lebih memahami dan lebih prihatin dari suaminya. Keadaan menjadi semakin buruk apabila lelaki tersebut melayan perasaan isteri orang itu lebih dari seorang kawan biasa. Di sinilah bermulanya kecurangan seorang isteri.
Untuk mengelak keadaan ini dari berlaku, suami perlu mengubah sikap dengan menjadi lebih prihatin. Seorang isteri bukan hanya memerlukan pakaian dan perhiasan tapi juga belaian dan kasih sayang serta sentuhan dari seorang suami. Bila keperluan isteri dari segi zahir dan batin dipenuhi, saya rasa seorang isteri yang baik tidak akan memandang kepada lelaki lain. Memiliki kekasih gelap sebenarnya di luar fitrah seorang isteri dan wanita. Kedua-dua pemanggil semalam mengaku mereka berasa sangat bersalah dan berdosa serta sedang berusaha untuk membaiki keadaan. Apa yang disarankan oleh Dato' Dr Fazilah Kamsah ialah supaya menghentikan perlakuan curang mereka serta merta dan bertaubat. Kesunyian itu boleh diganti dengan sesuatu yang lebih bermanfaat seperti melakukan hobi. Cari sesuatu yang diminati dan boleh dibuat untuk memenuhi masa dan fikiran. Kekosongan jiwa pula boleh diganti dengan memperbanyakkan zikir dan membaca Qur'an. Jangan sekali-kali meluahkan masalah rumahtangga dan suami kepada lelaki lain. Kalau perlu diluahkan, cari kawan perempuan yang boleh dipercayai. Isteri yang curang tidak akan mencium bau syurga apalagi untuk memasukinya.

12 Comments
Confuse ngan tajuk ni memula... ingat kekasih warga Afrika (hehe..). Adat la bila di tanya semua kan jawab; x cukup kasih sayang la, suami sikap dingin la, boring la & mcm2 alasan lagi. Rasa mcm rendah jer iman org yg mcm ni..
ReplyDeletesalam tirana..
ReplyDeletedulu masa kat m'sia selalu tengok WHI ni..menarik topik ni...thanx berkongsi kat sini.
...'Isteri yang curang tidak akan mencium bau syurga apalagi untuk memasukinya.'
semoga kita tak tergolong dlm golongan ini...amin...
saya gelap takde cerah pun takde...mak kata budak2 takleh ada kekasih hehehehe
ReplyDeleteSalam Tirana...
ReplyDeleteHurmm menarik topik nie, tanpa kita sedari atau tidak memang perkara nie berlaku disekeliling kita & mungkin dikalangan org2 yg terdekat, sahabat maupun saudara...
Sebenarnya utk menjadikan rumahtangga berkekalan bahagia, adalah tanggungjawab kedua2 suami & isteri...
salam tirana,
ReplyDeleteini salah satu fenomena yang harus ditangani dengan bijak oleh suami & isteri. Pentingnya keprihatinan terhadap pasangan masing-masing. Moga rasa takut padaNya akan menjadi penghalang dari melakukan perbuatan mungkar ini ...
kak tir,
ReplyDeleteKes ni memang rasanya banyak diluar sana. Kawan2 saya sendiri berdepan dengan isu sebegini. Cuma apa yang mampu saya nasihatkan...memang sungguh cinta itu datang buat kali kedua...tapi saya menyarankan dia jangan melayan perasaan itu. Satu benda yang sangat salah di sisi agama...Kalau terlanjur, pihak ketiga perlu meminta ampun pada suaminya. Mampu ke berdepan? kalau tidak dosa tu akan dikandung badan. Nauzubillah.. memohon kepada Allah agar tidak diperturunkan dugaan sebegitu... Kesian pada anak2 kerana masalah ibubapa. Biarlah hati kita memandang pada yang satu, walaupun tidak semegah orang lain.
Salam..
ReplyDelete"Kekasih gelap" akan menjadi cerah jika bijak menanganinya..akan terus menjadi gelap gelita sehingga ke hari kiamat kelak jika tidak diatasi sebaik mungkin..
Terlanjur ketika sudah bersuami@beristeri merupakan salah kesalahan besar di dalam Islam. Penzina sudah berkahwin hukumannya ialah direjam sehingga mati dengan batu..kerana golongan ini tidak berhak lagi hidup didunia melainkan diampun ALLAH SWT..nauzubillahhi minzalik..jika terlepas hukuman dunia, hukuman akhirat menanti lebih dasyat lagi..gerun rasa!jauhkan kami dari melakukan perkara terkutuk Ya Allah!
Salam K.Tirana. Betul kata Dr.Fadzillah Kamsah tu. Dua - dua pihak kena lihat dan nilai diri sendiri. Muhasabah diri. Cuba perbaiki kekurangan diri masing2 dan fahami kehendak atau keperluan pasangan masing2. Cubalah jadi seperti seorang yang diharapkan oleh isteri atau suami masing2.
ReplyDeletekak...
ReplyDeletengeri kak...realitinya mmg ada kes ni..minta dijauhkan la..dan sapa2 yg nak terkena sindrom kekasih lain selain pasangan suami/isteri tu..harap2 bertaubat dan berfikir dgn masak jika pasangan adalah seorang insan yg baik dan mempunyai 90% itu..jgn dicari yg 10% itu..
Salam..
ReplyDeleteTerimakasih kepada semua yang bagi komen. Mudah-mudahan Allah melindungi kita semua dari sesuatu yang kurang baik. Jadikan paparan ini sabagai pengajaran dan peringatan dalam meniti kehidupan kita sehari-hari..
Zamz..kita ni dah berada di penghujung zaman. Macam2 perkara yang pelik2 berlaku.
ReplyDeletetopik nie sangat menarik
ReplyDeletedan ia sering menjadi ujian dalam perkahwinan..
bagaimana untuk mengatasi??
suami dan isteri yang diuji dengan rasa2 tersebut harus kembali ingat pada kedudukan diri..
lalu bagaimana kira ia telah terjadi??
seperti yang disarankan oleh Dr Fadzilah kamsah..
Muhasabah diri.. perbaiki diri dan bertaubat
koreksi apa kekurangan diri hingga jadi sedemikian..
jangan mudah menghukum..
Namun, adakala kita mudah untuk jatuh pada konklusi.. hingga menutup punca sebenar..
Apa pun.. yang terjadi ada lah dugaan.. Moga kita dapat hadapi tiap dugaan dengan cara yang terbaik dan mengatasi nya dengan cara yang terbaik di sisi ALLAH..