Hidup ibarat sebiji kek???
Kehidupan di zaman kanak-kanak saya dilalui dengan serba serbi kekurangan. Saya bukan berasal dari keluarga yang senang. Keadaan bertambah teruk bila ayah saya meninggal dunia. Satu-satunya tempat saya dan keluarga bergantung harapan pergi tanpa meninggalkan harta selain dari hutang. Walaupun hutang itu tidak banyak tapi bagi ibu, hutang itu harus dilangsaikan terlebih dahulu untuk menjamin kesejahteraan roh ayah. Jadi terpaksalah kami sekeluarga berjimat cermat dalam berbelanja
Sebagai seorang kanak-kanak, saya merasakan keinginan saya semuanya terbatas dan tidak dipenuhi oleh ibu. Bila tengok kawan-kawan beli basikal baru, pakai baju baru, pakai kasut baru, makan ayam dan daging setiap hari...saya pun ada keinginan untuk mempunyai semua itu, tapi setiap kali keinginan itu diajukan kepada ibu, hati saya merasa hampa. Semua keinginan saya tidak dipenuhi oleh ibu dengan alasan tidak mampu. Pada satu hari dengan perasaan tidak puas hati, saya berkata pada ibu.
"Kenapa ayah mesti meninggal? Kenapa ibu mesti ke sawah dan bekerja menggantikan tempat ayah? Saya paling tidak suka ketika saya pulang dari sekolah, ibu tiada di rumah. Kenapa hidup kita mesti susah dan miskin begini? Kenapa kita tak kaya macam orang lain? Sekurang-kurangnya kawan-kawan saya ada basikal baru untuk ke sekolah sedangkan saya terpaksa menunggang basikal buruk peninggalan arwah ayah"
Ibu cuma tersenyum mendengar keluhan saya. Kemudian ibu bertanya.
"Sayang nak makan kek?" Mimpi apakah ibu bertanya begitu. Saya memandang wajah ibu dengan seribu kehairanan. Ibu jarang membuat atau membeli kek. Jika ada pun setahun sekali ketika hari raya puasa tapi ketika itu bukan hari raya. Puasa pun belum.
"Nak makan kek tak?" tanya ibu lagi sambil tersenyum. Saya cuma mengangguk.
"Jom ikut ibu ke dapur" kata ibu lagi. Saya akur dengan ajakan ibu.
"Ah..mungkin ada kawan ibu yang bagi kek. Rezeki aku lah nampaknya" hati saya berkata.
"Nah, ambil mentega ini!" Saya memandang ibu untuk mencari kepastian. Hairan saya melihat telatah ibu. Di manakah kek yang ibu katakan tadi.
"Ini dia telur dan tepung. Tolong ambil serbuk penaik dan gula dari dalam almari itu"
"Ibu, untuk apa semua bahan-bahan ini?" saya bertanya akhirnya.
"Kata tadi nak makan kek" kata ibu yang senyumannya masih menguntum di bibir.
"Tapi ini bukan kek. Bahan-bahan ini tidak boleh dimakan begitu saja..rasanya pasti teruk" kata saya sambil mengerutkan muka.
"Betul, bahan-bahan itu tidak boleh dimakan begitu saja tapi jika dicampurkan dan dimasak, ia akan menjadi kek yang sedap untuk dimakan" Saya merenung ke wajah ibu yang tenang. Tidak ada riak-riak gelisah di wajah tua itu.
"Begitu juga dengan kehidupan kita yang telah ditetapkan oleh Allah. Kita selalu mengeluh dan gelisah dengan kesusahan yang menimpa kita tapi sebenarnya setiap kesukaran dan kepahitan yang terpaksa kita lalui itu akan memberi seribu kebaikan dan rahmat pada kita di akhirnya. Cuma kita kena bersabar dan yakin dengan Allah"
Begitulah kata-kata ibu dan kata-kata itu tetap bersemadi dalam ingatan saya biarpun puluhan tahun telah berlalu. Mudah-mudahan Allah merahmati hidup ibu saya yang telah banyak berkorban untuk kesemua anak-anaknya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
21 Comments
terasa cam iklan petronas..
ReplyDeleteTirana,
ReplyDeleteHanya orang yang pernah susah saja tahu bagaimana rasa seronoknya jadi senang..
salam kak.. cedeynya cerita akak ni...
ReplyDeleteermm terima kasih kak atas posting ni.. ia ckup bagi kesan buat ochie.
Setiap kemanisan bermula dgn keperitan dlu.. brulah kehidupan itu bererti buat kita...
puan : sedihnya baca kisah ni.kita kongsikan cerita saya - ayah aktivis politik di kedah - diringkaskan bermukim di kemunting 2 tahun dan kami sekeluarga akhirnya menyudahkan hidup disebuah kampung yg jauh dari semua kemudahan yg pernah kami rasai masa di kedah...ayah kakitangan kerajaan.memang selesa.akhirnya ke - kg sungai jejawi teluk intan.
ReplyDeletedengan hidup baru : semuanya kena mula dari O...azabnya membesar.jangankan nak makan kek - nak makan nasi pun susah...diawalnya begitu.
tapi itulah : motivasi dalam yg mak ( terutamanya ) tanam dalam diri kuat sangat....
diringkaskan : saya percaya kepada cerita ulat beluncas yang bertarung keluar dari kepompong.....
Salam semua...terimakasih kerana sudi singgah dan menitip komen di sini. Kisah benar yang bukan sengaja saya paparkan tetapi untuk diambil pengajaran dan iktibar.
ReplyDeleteJinggo...
Alhamdulillah kita mendapat seorang ibu yang bijak mengendalikan situasi..bijak menggunakan segala peluang yang ada untuk mendidik anak-anak agar anak-anak memahami erti kehidupan yang sebenar. Jika tidak kerana kebijaksanaan ibu-ibu kita, mungkin kita tidak menjadi seperti kita yang ada pada hari ini. Ibu saya telah memimpin tangan saya melalui detik-detik kesukaran dalam meniti kehidupan di zaman kanak-kanak dengan tidak menunjukkan sedikit pun keluh kesah dan rasa payah. Itulah dia imej kendiri yang positif yang sentiasa ditunjukkan oleh ibu saya yang bergelar ibu tunggal di usia yang agak muda. Dan imej kendiri yang positif serta kata-kata semangat itulah yang menjadi contoh dan memberi kekuatan pada saya untuk berjaya di akhirnya.
salam kak...saya pun merasai hidup susah masa kecik2 dulu. Kdg2 rasa cemburu bila lihat kwn2 yg mampu. Sedih bila tengok abah saya termenung setiap kali nak raya. Dan sekarang ni tiba masa untuk saya balas jasa ke dua ibu bapa saya pula. Saya selalu mengingatkan anak2 saya untuk berjaya kita mesti berusaha dari sifar barulah kita akan merasa kepuasan sebenarnya nanti.
ReplyDeletetirana cipta sendiri ke al kisah ni?
ReplyDeletesatu entri yg bagus..mendalam sgt mksudnyer..sbnrnyer ape yg parents kite buat..insyallah itu yg t'baek..
ReplyDeletefalsafah hidup sy..... BUKAN SENANG NAK JADI SENANG"... hanya yang melalui akan memahami.....
ReplyDeleteorang yang pernah susah akan menghargai kesenangan yang susah dapat...
ReplyDeletebegitulah kehidupan..ada yang bermula dr susah kesudahannya jd senang..ada yang bermula dr senang tp akhirnya jd susah..
ReplyDeletekehidupanku..beginilah seadanya..
org yang tak pernah rasa susah adalah org yang paling rugi..kerana mereka tak pandai nak menghargai kesenangan yang mereka rasai..bila kita merasa senang selepas kita bersusah2..itulah nikmat yang paling tinggi yang akan kita rasai...
ReplyDeletelorr..si idalara tu dkt sini pun ada jugak ke..menyampahnya akuuu...ish..ish..
ReplyDeleteTirana,samalah kita..kamezaim pun berasal dari keluarga yg susah.. pernah mkn ikan masin je tiap2 hari..tp alhamdulillah, wlu pun kami susah namun arwah mak tetap cuba yg terbaik untuk suami dan anak2nya.. itulah satu pengorbanan arwah yg tak dapat kamezaim lupakan.. yg susah itulah mengajar kita erti kehidupan..
oh sungguh tersentuh saya membacanya.. satu kisah yang penuh bermakna buat saya.. seperti kisah sebuah lombong emas.. untuk mendapatkan sesuatu kesenangan pasti akan merasai susahnya dahulu, barulah kesenangan itu lebih bermakna dan dihargai..
ReplyDeletebtul kata2 tirana....bila ayah takde...ibu jadi pengganti....susah senang, anak2 kena tempuh bersama....
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletetersentuh rasa hati membaca entry nie...hanya org yg pernah melaluinya shj tahu..
ekceli yan pun lebih kurang camtu jugak..tapi alhamdulillah berkat usaha dan doa ibu kita berjaya sehingga kini
Tanpa ibu siapalah kita..now kita dh jadi ibu sedikit sebanyak mengajar kita erti kepayahan ibu kita pada masa dahulu..Kita begitu bertuah, tidak seperti ibu2 kita dahulu..sangat jerih dan payah kehidupan mereka..kita kena berterima kasih dan bersyukur kepada mereka..tanpa mereka siapalah kita dan x bermaknalah hidup kita di dunia ini..
Salam, tersentuh hati membaca n3 tirana, memang susah zaman persekolahan tu..
ReplyDeletewalaupun aruah bapa saya ada, seorang guru sekolah, tetapi dengan adekberadek 10 orang, terpaksa belajar berjimat.. sesuai dizaman skrg, nanti nak tulis pesal jimat cermat, terutama utk ibu2 yg mengurus rumahtangga..
patutlah kak Tirana mmbesar jadi seorang yg berkarisma... aura kak Tirana dapat dirasai semua yg mengenali walaupun hanya di alam maya ini... sejarah lampau & didikan dr seorang ibu telah mmbntuk peribadi Kak Tirana & kini dapat menghargai setiap nikmat yg dikecapi...
ReplyDeletep/s:setiap kejadian ada hikmahnya... sungguh berinspirasi kisah kali ni...
sis tirana, boleh buat iklan utk pedoman anak2 di sekolah jgk ni. serius. +.+
ReplyDeleteSalam Sha...
ReplyDeleteAduhhhhhh...berkarisma???? Kenapa kak tirana tak rasa begitu pulak..hehehe..
Dan aura??? Hmmm..hebat ye pancaran aura kak tirana..hehehe
Kak tirana cuma ingin berkongsi apa yang kak tirana ada dengan seikhlas hati..that's all..dan perkongsian ini tentunya dalam bentuk penulisan kerana itu minat kak tirana..
Tirana, mungkin boleh disajakkan cerita ini, sedap susun bunyinya.
ReplyDelete