Prinsip lori sampah...
Di satu persimpangan, sebuah kereta keluar secara tiba-tiba membuat saya menekan pedal brek secara mengejut. Anak-anak saya yang berada di dalam tersengguk. Nasib baik mereka memakai tali pinggang keledar dan nasib baik juga saya memandu kereta dengan perlahan.
Pemandu kereta tersebut juga menekan brek keretanya kemudian membunyikan hon. Saya terus mengisyaratkan kepadanya supaya jalan sambil melemparkan senyuman. Namun muka pemandu itu kelihatan masam mencuka.
"Teruknya sikap pemandu tu.. Sepatutnya ini laluan kita. Dah la tu marah pulak.... bukannya nak berterimakasih dah orang bagi jalan. Kenapa mama tak hon aje panjang-panjang. Dia ingat kereta dia Mercedes, kita kena bagi keutamaan ke? Nasib baik tak accident tadi" kata anak kedua saya.
"Alhamdulillah, Allah lindungi kita. Jadi nak buat apa marah-marah." kata saya.
"Kena ajar sikit pemandu tu mama supaya dia ubah sikap dia tu" kata anak saya yang ketiga pula.
"Mama amalkan Prinsip Lori Sampah" kata saya sambil tersenyum.
"Prinsip apa tu, mama? Tak pernah dengar pun sebelum ini" tanya anak saya yang pertama.
"The Law of Garbage Truck tapi mama terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu menjadi Prinsip Lori Sampah. Mama pernah terbaca tentangnya dalam satu cerita motivasi" kata saya.
Anak-anak saya ketawa. Marah anak-anak saya pada pemandu berkenaan telah hilang. Fokus mereka sekarang ialah pada prinsip yang saya sebut tadi.
"Ala mama..tak payah terjemah ke BM..Bunyinya macam teruk aje" kata anak pertama saya.
Saya tersenyum. Memang anak-anak saya ini lebih cekap berBahasa Inggeris daripada berBahasa Melayu tapi sengaja saya menggunakan Bahasa Melayu dengan mereka supaya mereka tidak lupa bahasa ibunda mereka sendiri.
"Cepat mama.. cerita tentang The Law of Garbage Truck (TLGT)." gesa anak saya yang kedua.
"Ramai orang yang menjadi lori sampah (garbage truck). Hari-hari mereka dipenuhi dengan sampah sarap seperti kekecewaan, kemarahan, putus asa dan lain-lain rasa yang tidak enak dan negatif. Bila sampah sarap ini mula menimbun di dalam diri, mereka perlu menghumbankan sampah sarap tersebut. Sekiranya kita benarkan, mereka akan humbankan ke atas kita. Apabila seseorang humbankan sampah sarapnya ke atas kita, jangan ambil hati. Berikan senyuman, ucapkan salam dan tunjukkan sikap positif kepada mereka."
"Cuba ingat semula, pernah tak ada orang yang menghumbankan sampah sarapnya kepada kita macam pemandu tadi sebelum ini? Dan kita pulak, ambil sampah sarap tersebut dan menghumbankannya kepada orang lain samada di rumah, di sekolah atau di mana-mana saja?"
Anak-anak saya terdiam. Agaknya mereka sedang menghitung sampah sarap yang mereka terima dan sampah sarap yang mereka telah humbankan pada seseorang sebelum ini. Saya tersenyum.
"Selepas ini, amalkan TLGT. Kita tak ada kuasa menghalang orang lain dari mencampakkan sampahnya kepada kita tapi kita ada kuasa untuk mengawal diri kita daripada mencampakkan sampah tersebut kepada orang lain pula. Bila orang lain mencampakkan sampah sarapnya kepada kita, berikan senyuman, ucapkan perkataan yang baik-baik kepadanya dan teruskan kehidupan kita seperti biasa. InsyaAllah kita akan berasa lega dengan apa yang kita lakukan" kata saya.
"Wah..mama ni boleh jadi pakar motivasi la..." kata anak-anak saya.
Saya tersenyum. Sememangnya saya gemar membaca buku motivasi dan self improvement. Sedikit sebanyak melalui pembacaan itu, saya boleh motivate dan memperbaiki diri sendiri dan juga berkongsi dengan keluarga saya secara praktikal.

19 Comments
Salam pagi kak tirana. Memang kenalah teori TLGT ni dengan gaya masyarakat kita.
ReplyDeleteHarap-harap takdelah chik dok kutip sampah orang lepas tu buang kat orang lain pula.
Tak seronok la macam tu...
Terima kasih kak kongsi motivasi pagi. Nanti bila memandu ke pejabat harapnya takde la sampah yg chik bawa, hehehe & tak mahulah kutip sampah pagi-pagi ni.
Chik..
ReplyDeletehehehe..jika diberi pilihan, tiada siapa yang suka sampah tapi samaada kita sedar atau tidak, sampah itulah yang kita bawa ke hulu ke hilir setiap hari..lepas tu bila dah menimbun dalam diri...humbankan pada orang lain..bunyinya macam tak patut aje..hehehe
kerana kita zahirnya berbagai - satu senang dengan cerita ni - sebab sedikit tidak kita kena akui PENDIDIKAN menyumbang kepada pembentukan SIKAP ( walaupun bukan semua ).
ReplyDeleteratanya begitu - mungkin KETERLALUAN kalau kita katakan - DAHLAH BODOH SOMBONG PULAK TU.....
si pemandu lori bekerja dengan tekanan...
si pemandu kedua memandu dengan tekanan.....
kerana hidup ini umpamana bermain boomerang - kita berbaik sangka dengan semua keadaan.....kerana mungkin sekejap lagi ada orang yang akan membaling sampah kepada kita...
kita kutip,asingkan.recycle....he....
sampah tu busuk..tanak la bawak sepanjang hari..
ReplyDeleteRupa-rupanya diri kita penuh dgn sampah sarap. Jom kita kempen amalkan prinsip TLGT!
hhhmmmm... pelik kan dgn sifat ramah dan mesra rakyat kita... tak dinafikan memang ramai org2 kita ni bersifat mesra, membantu, memberi tempat duduk kepada org tua atau perempaun mengandung, membantu dan ringan tulang.... tapi... peliknya, sifat tu terus hilang bila berada di jalanraya... habis segala sifat sabar boleh hilang... hahah... agaknya sebab stress baru balik kerja atau apa kan... hehe...
ReplyDeletesaya suka dgn nama prinsip lori sampah tu. kadang-kadang kita lah yg membuang sampah pd org, dan kadang-kadang kitalah pula tempat org membuang sampah...
kenapa pulak kita nak campah pd org lain ya... sedangkan org lain pun punya byk sampah mcm kita... hmmm, sepaptutnya carilah jln trbaik utk kita lupuskan sampah2 tu... kitar semula pun ok jugak... heheheh
selalu juga saya buang sampah sarap ni kat anak2. alahai siannya dia orang.
ReplyDeletetq kak Tirana, sungguh bermakna cerita ni.:)
ReplyDeletewah..
ReplyDeletebestnya citer..
memotivasikan diri saya sendiri..
"Selepas ini, amalkan TLGT. Kita tak ada kuasa menghalang orang lain dari mencampakkan sampahnya kepada kita tapi kita ada kuasa untuk mengawal diri kita daripada mencampakkan sampah tersebut kepada orang lain pula."
best!
tajuk buku tu apa sis?
menarik...
ReplyDelete(tgh baca proposl hasilkn tenaga elktrk dr sampah, siapa kata smpah tak berguna?)
sampah ghitewww..
ReplyDeleteKak Tirana,
ReplyDeleteKadang-kadang ada juga saya 'terlepas' buang sampah tu pada orang lain. Bila saya sedar yang itu salah, saya minta maaf dan 'ambil' semula sampah tu..
Rasanya, makin banyak yang saya simpan sekarang..
betul tu kak. mcm2 sampah ada. muka pun hilang seri kan. senyum2 selalu :)
ReplyDeletememaafkan orang buatkan hati kita rasa tenang daripada kita menyimpan dendam atau sebgainya...krn manusia xsempurna.. hari ni org buat salah pada kita.. ntah esok lusa kita pula buat salah pada org... xda guna kita nk marah org klau kita sendiri akan melakukan kesalahan yg sama :)
ReplyDeleteu juz like my mom...
ReplyDeleteshe's always bg kata2 smgt utk sy...
btw...
post kali ni mmg ada kaitan dgn hubungan rkn2 yg kian dingin...
=.="
thx..! :)
Betul la, kak tirana bole jadi pakar motivasi ni;)
ReplyDeleteBetul la, kak tirana bole jadi pakar motivasi ni;)
ReplyDeleteSatu prinsip yang baik untuk diikuti...untuk kebaikan diri bersama
ReplyDeleteermm..
ReplyDeleteteringat peristiwa semasa memandu..sama kes mcm kak tirana juga tapi pemandu tu siap tunjukkan jari hantu (satu isyarat kesat)dan yang saya kesalkan pemandu tu berkopiah..
Mujur ada arwah bapak tika itu sebagai pengawal kemarahan saya..
salam...
ReplyDeletelama benor saya tak ke sini...rasa macam fikirkan satu benda sampai lupa nak buat benda lain..apapun, menarik kisahnya..anak-anak kak insya'Allah boleh jadi bijak dan soleh solehah nanti:)