Jika kita tengok dan telek kebanyakan buah-buahan mempunyai biji yang banyak. Dalam sebiji durian kadang-kadang ada lebih dari sepuluh biji benih. Daripada biji-biji benih inilah akan tumbuh pokok-pokok baru. Kenapa agaknya Allah jadikan dalam sebiji buah durian itu mempunyai biji benih yang banyak? Ya, tidak semua biji benih itu akan tumbuh dan berkembang.


Dalam kehidupan kita, tidak semua biji benih akan tumbuh menjadi pokok. Ada yang tidak tumbuh langsung. Justeru, untuk merealisasikan sesuatu perkara, kita harus mencuba lebih dari sekali. Contohnya:
  • Kita mungkin terpaksa menghadiri dua puluh temuduga untuk mendapatkan satu pekerjaan.
  • Kita mungkin terpaksa menemuduga dua puluh peserta untuk mendapatkan seorang pekerja yang baik.
  • Kita mungkin terpaksa berjumpa dengan lima puluh orang pelanggan untuk menjual sebuah rumah, satu polisi insuran, sebuah kereta dan sebagainya.
  • Dan kita mungkin akan bertemu dengan seratus orang kawan sebelum kita berjumpa dengan seorang sahabat sejati.


Jika kita memahami prinsip biji benih ini, insyaAllah kita tidak akan berasa kecewa. Kita tidak akan merasakan bahawa kita ini menjadi mangsa keadaan dan sebagainya sebaliknya kita akan belajar menangani sesuatu perkara yang berlaku kepada kita dengan sabar dan tabah. Laws of nature are not things to take personally. We just need to understand them and work with them.


Orang-orang yang berjaya sebenarnya lebih banyak menghadapi kegagalan tetapi mereka menanam banyak biji benih.


Bila sesuatu situasi itu di luar kawalan kita, ada perkara yang tidak wajar kita lakukan supaya kita tidak menggelabah. We must not decide how we think the world SHOULD be. We must not make the rules for how everyone SHOULD behave. All these thoughts can only bring us spiralling down into more unhappiness.


Kita mengharapkan:
  • Kawan akan membalas budi baik kita.
  • Orang-orang di sekeliling akan menghargai kita.
  • Bas akan sampai di perhentian tepat pada waktunya.
  • Semua orang akan berlaku jujur.
  • Suami atau isteri atau sahabat baik akan mengingati tarikh harijadi kita.


Walaupun harapan-harapan di atas itu bukanlah merupakan sesuatu yang berat untuk ditunaikan tapi ada kalanya harapan kita itu hanya tinggal harapan dan kita akan merasa kecewa bila apa yang diharapkan tidak menjadi.


Di sini ada satu strategi. "Demand less and instead, have preferences". Wajar kita memberitahu diri sendiri bahawa untuk perkara-perkara yang berada di luar kawalan kita:
  • Saya suka A tapi kalau terjadi B, itu tidak menjadi masalah bagi saya.
  • Saya suka orang-orang yang bersopan tapi jika mereka tidak sopan, itu tidak akan menjejaskan hari saya.
  • Saya suka cuaca yang baik, tapi kalau hujan turun pun, itu tidak mengapa pada saya.


Untuk merasa gembira dalam kehidupan, kita perlu:
  • mengubah dunia atau
  • mengubah cara kita berfikir


Nampaknya lagi mudah untuk kita mengubah diri kita sendiri jika dibandingkan untuk mengubah dunia.



Saya teringat satu kisah yang pernah saya baca tentang seorang Raja yang memerintah sebuah negeri pada zaman dahulu. Pada suatu hari Raja tersebut melawat beberapa daerah yang berada di dalam jajahannya buat pertama kali. Apabila pulang ke istana, baginda merungut bahawa tapak kaki baginda sakit. Menurut baginda jalan-jalan yang dilalui kasar dan berbatu-batan. Baginda memerintah supaya jalan-jalan tersebut diletak satu lapisan kulit yang lembut agar tidak menyakitkan. Sudah tentu untuk melaksanakan perintah Raja tersebut memakan belanja yang besar.


Kemudian seorang pekerja baginda yang bijak memberi cadangan. "Kenapa kita perlu belanjakan banyak wang untuk menutupi semua jalanraya itu dengan kulit yang lembut? Kenapa kita tidak menutupi tapak kaki kita sendiri dengan kulit lembut itu? Itu lebih praktikal dan lebih menjimatkan"


Raja tersebut agak terperanjat dengan cadangan itu tetapi akhirnya baginda bersetuju untuk membuat dan memakai kasut yang diperbuat daripada kulit yang lembut.


Cerita ini membawa pengajaran pada kita bahawa untuk menjadikan dunia ini satu tempat yang menggembirakan, lebih baik kita mengubah diri sendiri..hati sendiri.. daripada mengubah dunia yang agak payah untuk kita lakukan.


*** Happy Birthday to Fuad Nurhadi, my first son. May Allah bless and guide him throughout his life in this world...


Don't be afraid to fail because only through failure you do learn to succeed