RM86,400, kredit percuma???
Jika anda sebagai pemegang akaun di bank tersebut, apakah yang anda akan lakukan terhadap duit itu? Jika saya berhadapan dengan situasi begitu, tentu saya akan mengeluar dan menggunakan kesemua wang saya sebelum menjelang subuh. Jika tidak digunakan, sudah tentu kita akan terasa rugi bila bank mengambil semula wang tersebut. Kita boleh gunakan wang tersebut mengikut kemahuan kita. Orang yang bijak tentu akan menggunakan wang tersebut untuk perkara-perkara yang memberi faedah seperti melabur, membeli tanah, membeli rumah untuk dijadikan rumah sewa dan sebagainya. Bagi yang kurang bijak, bila dapat duit sebanyak itu, tentu yang terbayang di mata mereka ialah kelab-kelab malam, pusat hiburan, gedung-gedung membeli belah dan sebagainya. Ada lagi yang lebih teruk dari itu. Mungkin disebabkan terlampau terkejut dapat wang sebanyak itu, mulut ternganga hingga tidak tahu bagaimana harus digunakan wang tersebut dan akhirnya wang yang tidak digunakan itu diambil semula oleh pihak bank.
Sebenarnya di dalam kehidupan di dunia ini, setiap orang mempunyai akaun di dalam bank tersebut. Bank itu kita namakan BANK MASA. Setiap pagi kredit percuma yang kita dapat ialah 86,400 saat. Kita bebas menggunakan jumlah masa tersebut mengikut kemahuan kita. Masa hari ini yang dibiarkan berlalu begitu saja tanpa berbuat apa-apa tidak akan dibawa ke hari esok atau lusa. Andainya kita gagal menggunakan masa yang diberi percuma pada kita, maka kerugian itu kita yang akan tanggung sendiri. Begitu juga, jika kita menggunakan masa tersebut ke arah yang tidak mendatangkan faedah, siapa yang akan rugi? Adakah BANK MASA yang akan rugi? Tidak, ia tidak akan rugi apa-apa sebaliknya kita yang akan rugi.
Jadi gunakanlah 86,400 saat yang diberi kepada kita setiap hari itu dengan sebaik-baiknya. Habiskan 86,400 saat tersebut pada hari itu juga dengan membuat sesuatu yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Buat pelaburan masa dengan bijak untuk mendapatkan kebahagiaan dan kejayaan dalam kehidupan kita. Masa akan terus berlalu tanpa memperdulikan kita dan kitalah yang seharusnya mengejar masa itu.
Untuk menyedari nilai SETAHUN, tanya kepada pelajar yang gagal.
Untuk menyedari nilai SEBULAN, tanya kepada ibu yang melahirkan anak tidak cukup bulan.
Untuk menyedari nilai SEMINGGU, tanya kepada penyunting suratkhabar.
Untuk menyedari nilai SEJAM, tanya kepada pasangan kekasih yang berjanji untuk bertemu.
Untuk menyedari nilai SEMINIT, tanya pada orang yang tertinggal kereta api atau bas atau kapal terbang.
Untuk menyedari nilai SESAAT, tanya pada orang yang nyaris-nyaris terlibat dalam kemalangan.
Hargai setiap saat dalam kehidupan kita. BANK MASA kita dipegang oleh Yang Maha Berkuasa. DIA sentiasa memerhati apa yang kita lakukan dengan masa yang diberikan-NYA. Di akhir penghidupan, kita akan disoal siasat tentang masa, ke mana dan untuk apa kita salurkan masa tersebut. Beruntunglah orang-orang yang menggunakan masa dengan bijak dan amat besar kerugiannya bagi orang-orang yang tidak menghargai masa.
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. (al 'Asr, 103: 1 - 3)
23 Comments
gunakan lah kredit tu itu untuk melabur.
ReplyDeleteSungguh bermakna. Terasa macam banyak masa yang telah Chik bazirkan daripada 86,400 saat tu. Entah berapa saatkah yang betul-betul Chik manfaatkan, laburkan untuk kebaikan? Nak kira terasa malu pada diri sendiri. Moga-moga masa untuk perkara berfaedah lagi banyak dari yang melalaikan.
ReplyDeletesalam kak tirana...betul3x(cara upin dan ipin cakap)he..he..masa tak boleh diibaratkan spt emas dah sekarang nie...sbb emas boleh dibeli..tul tak tapi masa xbleh...he..he..
ReplyDeleteKE..
ReplyDeletekena jugak tengok arah pelaburan tu..samada halal atau pun tidak.
Chik...
ReplyDeleteKita manusia ni banyak kelemahan...tapi andainya kita sedar dan cuba memperbaiki diri, itu sudah dikira bagus..hehehehe
Jue...
ReplyDeletehehehe..masa itu ibarat emas..so emas tu kita simpan aje banyak2 tanpa digunakan..rugi jugakkan sebab tak guna..hehehe
mcm saya pulak...mcm tak cukup je 86,400 saat tu...alahai tamak pulak!
ReplyDeleteNa pun sama mcm Kak Ain, 86,400 saat tu mcm tak cukup...Ni kes tak reti manage masa la ni...Tu sbb hari2 jengok blog Kak Tirana...terapi untuk motivasi diri.Hehehe...
ReplyDeleteHe..he.. gunakan masa yang ada sebaik mungkin, rancang dan susun strategi untuk memanfaatkan masa. Jgn lupa, kita kan kehilangan masa bila2 saja. Jadi gunakannya dengan bijak untuk manfaat ketika didunia dan diakhirat
ReplyDeletehehehe...
ReplyDeletekenapalah masa tidak boleh dibeli..
kan kalau boleh dibeli sangat bagus..
alahai...
Tirana,
ReplyDeleteEntry yang sangat menyedarkan. Tak perasan pula memang banyak masa yang diperuntukkan dalam sehari.
Ana akan belajar menggunakan masa dengan lebih baik. Pagi ni ada dah rugi 14400 kredit tu sebab lewat bangun. Rugi..rugi..
duhai masa...betapa kita dalam kerugian jika tak pandai memanafaatkannya..lihatlah masa sekarang..terlalu cepat berlalu..sedar2 sebulan,dua bulan dan setahun berlalu...apa yg kita lakukan...kita saja yg tahu dan fikirkan.
ReplyDeletekenapa sesetengah org merasakan 24 jam tak mencukupi...sedangkan sesetengah pulak tak tau nak isi masa 24 jam tu....
ReplyDeletehuhuhu..dasyat arr entry ni..
ReplyDeleteterkesima kejap..
betapa manusia sentiasa lalai...
saya akan menghargai masa selepas ini dan selamanya...
tq kak tirana..
selalu menghabiskan masa cam gitu je ishk..ishk..ishk
ReplyDeleteMasa itu emas, kerana itu mesti menghargainya setiap saat....
ReplyDeleteTirana....ramai yang terlupa ada akaun kat bank masa...terima kasih kerna mengingatkan :)
ReplyDeleteTirana....ramai yang terlupa ada akaun kat bank masa...terima kasih kerna mengingatkan :)
ReplyDeleteramai yg ingat duit jer...masa yg ada diabaikan....hmmm...
ReplyDeletesudah kewajiban kita semua untuk saling mengingatkan
ReplyDeletethankyou for sharing
Sukarnya mengurus masa.Masa itu nyawa..
ReplyDeleteMasa ibarat nyawa bagi manusia,
ReplyDeleteMestilah diurus dengan bijaksana,
Hargailah masa dengan sebaiknya,
Supaya tidak rugi,
Renungilah masa yang telah berlalu,
Ia tak akan boleh datang kembali,
Ambillah iktibar untuk diteladani...
Elok guna debit kad dari kredit kad..tak gitu kak?
terima kasih kak tirana..
ReplyDeleteartikel yang sangat menarik..
begitu banyak masa..
namun masih lagi merasakan tidak cukup masa..
sedang masa yang ada belum tentu dimanfaatkan sebaiknya..
Sungguh diri ini terlalu banyak kekurangan..