Wang boleh membeli kebahagiaan???
"Duit boleh membeli kebahagiaan dan kegembiraan hanya jika kita membelanjakannya (memberi) kepada orang lain." Begitulah yang dinyatakan oleh sekumpulan penyelidik yang melakukan penyelidikan tentang perkara ini (22 March 2008).
Membelanjakan wang walaupun sedikit kepada orang lain boleh membuatkan seseorang itu berasa bahagia dan gembira. Inilah hasil kajian oleh pasukan pengkaji dari University of British Columbia dan Havard Business School..
Ujikaji dijalankan ke atas lebih dari 630 orang penduduk Amerika menunjukkan mereka yang membelanjakan wang kepada orang lain lebih bahagia dan gembira walaupun mereka berfikir bahawa membelanjakan wang untuk diri sendiri akan membuatkan mereka lebih bahagia.
"Kami ingin menguji teori kami iaitu bagaimana seseorang membelanjakan wang adalah sama pentingnya dengan berapa banyak wang (gaji) yang dia perolehi" kata Elizabeth Dunn, seorang ahli psychology di University of British Columbia.
Kumpulan pengkaji tersebut terlebih dahulu meminta 600 orang sukarela memberi markah (to rate) kepada kebahagian mereka secara umum, memberi laporan tentang pendapatan tahunan dan memberitahu secara terpeinci tentang perbelanjaan bulanan mereka termasuk membayar bil, membeli hadiah untuk diri sendiri, membeli hadiah untuk orang lain dan menderma untuk kebajikan. "Tanpa mengira berapa banyak pendapatan yang setiap sukarela itu dapat, mereka yang membelanjakan wang kepada orang lain dilaporkan lebih bahagia jika dibandingkan dengan mereka yang membelanjakan wang untuk diri mereka sendiri" kata Dunn.
Kumpulan pengkaji itu juga menjalankan kaji selidik kepada 16 orang pekerja di sebuah syarikat di Boston sebelum dan selepas menerima keuntungan syarikat - berkongsi bonus tahunan di antara US3000 dan US8000. Pekerja yang membelanjakan bonus mereka kepada aktiviti amal didapati lebih bahagia SELEPAS menerima bonus. Hasil kaji selidik itu juga menunjukkan BAGAIMANA mereka membelanjakan bonus tersebut adalah lebih menentukan kebahagiaan mereka jika dibandingkan dengan BERAPA BANYAK mereka membelanjakan wang bonus tersebut.
Akhir sekali para peserta kajian itu dipilih secara rawak dan diberi US5 atau US20. Separuh daripada peserta kajian tersebut diberi arahan bagaimana untuk membelanjakan wang itu. Hasil kajian mendapati bahawa mereka yang membelanjakan wang itu kepada orang lain lebih bahagia jika dibandingkan dengan mereka yang membelanjakan wang itu kepada diri mereka sendiri (tidak termasuk keluarga sendiri)
"Hasil kajian itu mencadangkan kepada kita bahawa cara kita membelanjakan wang walaupun sekecil US5 mungkin cukup untuk memberi kebahagiaan kepada kita untuk hari itu" kata Dunn. Ini juga mungkin boleh menerangkan mengapa kita tidak merasai kebahagiaan walaupun masyarakat setempat kita kaya raya. "Sudah tentu...walaupun pendapatan kita semakin meningkat pada masa kini tapi paras kebahagiaan kita tetap mendatar dan tidak menaik" lapor para pengkaji tersebut.
Sabda Rasulullah saw, "Makanan dua orang adalah cukup untuk tiga orang dan makanan tiga orang adalah cukup untuk empat orang" Inilah dia keindahan bersedekah dan beramal kebajikan.
27 Comments
memang benar membelanjakan sedikit pendapatan boleh mendatangkan bahagia contohnya membayar zakat...
ReplyDeletesalam tirana,
ReplyDeletebetul tu..berbelanja utk keluarga juga ibarat berzakat..mmg membahagiakan dan satu kepuasan kalau melihat orang yang kita sayang seronok dengan pemberian kita.
Haaa....memang rasa gembira dan puas bila dapat membahagiakan orang yang memerlukan....
ReplyDeleteSebab duit yg ada kat tangan kita tu mungkin ada juga milik orang lain..
ReplyDeleteMeh belanja saya makan..ngeh3X
aduhai..
ReplyDeletekalau duit dah membeli kebahagiaan, mungkin dah lama zara beli~
huhuhu~
Zara..duit boleh beli kebahagiaan tapi ada caranya iaitu dengan bersedekah dan berzakat...
ReplyDeleteRamai orang setuju secara dasarnya duit tidak boleh membeli kebahagiaan atau segalanya.....walaupun pada hakikat dan praktikalnya entah berapa juta orang yang dah dengan mudah dibeli dengan duit.....hehehe
ReplyDeletebetul tu tirana...saya setuju...
ReplyDeletelagi2 kalau si suami bebelanja utk anak2 dan isteri...pahala besar...kebahagian bertambah hihihi
DUIT bukan segala-galanya..
ReplyDeleteZureen suka belanja duit elauan utk beli buku2 anak2(seronok bila melihat mrk baca buku yg zureen belikan)..
ReplyDeleteBahagia relatif sifatnya.
ReplyDeleteNelayan yang sekadar cukup makan lebih bahagia dan lena tidurnya, drp orang kaya yang tidur malamnya tak lena takut dirompak penyamun.
Islam menggariskan beberapa kaedah mengecap kebahagiaan.
Zakat dan sedekah itu sebenarnya memberi jaminan rezeki kita adalah milik orang lain juga.
Orang Islam dilatih percaya bahawa lagi banyak dia memberi sumbangan, lebih banyak rezeki bakal diterimanya.
bila tangan kanan memberi,sebaiknya biarlah tgn kiri tidak mengetahuinya...
ReplyDeleteSgt gembira bile dapat beri hadiah pada kawan semasa hari jadi dia ^_^
ReplyDeletejuga sgt gembira bile dapat hadiah dari kawan, daripada beli sendiri...
ReplyDeletesgt gembira bile tgk kawan gembira dapat hadiah dr kita...
bkn setakat kawan shj, tetapi ibu bapa, guru dan masyarakat
Sayang sekali tak seorang pun yang kaya mendengar jeritan hati orang-orang yang memerlukan duit ini. Bila dah masuk papor (loghat neghori) dan TV baru ada bantuan ramai.
ReplyDeleteKita mendengar bagaimana orang2 kaya membelanjakan duit mereka secara membazir, dan adakalanya kita sendiri akan berkata 'Bagi sajalah duit itu kat aku... kan bagus'
Kalaulah mereka2 ini mendengar keluhan itu dan membelanjakan duit mereka ke arah kebajikan, tentunya mereka akan lebih berbahagia kerana sudah melakukan kebaikan ke jalan Allah.
duit akan lebih berkat bila kita bersedekah dan berzakat!!
ReplyDeleteso..duit memang la boleh membeli kebahagiaan ya... caranya? bersedekah.. insyaallah, akan dipergiatkan lagi...nak 'beli' kebahagiaan di akhirat juga
ReplyDeleteSetuju sangat wang boleh memberi kebahgian apa bila wang tersebut kita guna untuk bersedekah atau menolong orang yang di dalam kesusahan. Saat-sangat yang sangat membahagiakan ialah ketika dapat menghulurkan pertolongan kpd mrk yang sedang ditimpa kesusahan. Dengan penuh harapan kita berharap agar Allah pula menolong dan merahmati kita jika kita pula ditimpa kesusahan.
ReplyDeletehai salam kenal... walauspun dah lame kenal...
ReplyDeleteemm sy sokong ape yg akak cakap..
lgi pun allah penah cakap kan
kalau kita sedekah nnti kita akan dpt rezeki yang lebih dari apa yg kita sedekah
salam tirana..
ReplyDeletewang bukan segala2nya..tapi zaman sekarang wang sgt penting..apasalahnya berkongsi sedikit yang ada pada yang tiada..lebih berkat bila sedikit sama dirasa..lebih2 lagi jika yang dibantu itu adalah yg betul memerlukan..
Salam Akak Tirana.....
ReplyDeleteWang? Wang bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan wang utk meneruskan kehidupan.
Take care ye,Akak Tirana Deary.
mungkin itu salah satu kurnia yang diberi Allah apabila kita bersedekah....
ReplyDeleteselamat malam kak tirana...moga kita semua tetap berada dalam rahmatNya selalu..
Wang ni ada kuasa yang tersendiri.. terpulang cara pembawakan seseorang
ReplyDeletebetullah kan..saya rasa happy sgt bila belikan maid tudung..sbb dia pun happy sgt..
ReplyDeletebuat org happy akan buat kita happy gak..
meh nyanyi lagu happy dari amy mastura tu hihi...
Setuju. Tapi sy percaya perlu ada hadnya. Jng smpai nanti menyusahkan diri.
ReplyDeletesaya sgt2 setuju ngan artikel ni... bila kita menyumbangkan sesuatu seperti wang, harta & tenaga akan membuatkan kita rasa happy... itulah salah satu tujuan hidup di dunia ini, kan?... tolong-menolong meringankan beban...
ReplyDeletepay it forward... akan menunjukkan hasil di kemudian hari....
duit banyak mana pun x kan cukup...
ReplyDeleteadakalanya rasanya orang yang susah dan miskin tu lebih berbahagia daripada kita yang ade sket sumber tetap tapi sentiasa fikir nak bayar ni la, tu la... rasa x pernah cukup. ingin ku didik hati ini supaya sentiasa bersyukur kepadaNya...