Intan tidak pernah terduga yang suaminya berlaku curang. Pada Intan, suaminya sentiasa berlaku jujur sebab itulah dia tidak pernah mengesyaki apa-apa apabila suaminya kerap pulang lambat dari kerja sejak akhir-akhir ini. Apabila ditanya, suaminya memberitahu dia terpaksa buat overtime kerana syarikat tempat suaminya bekerja kekurangan staff. Namun apa yang dibacanya melalui handphone suaminya tempoh hari terasa menggegarkan seluruh jantungnya. Entah kenapa hari itu, hati Intan tergerak untuk melihat mesej yang sampai ke handphone suaminya sedangkan selama ini dia tidak pernah peduli. Di dalam inbox handphone suaminya terdapat berpuluh-puluh mesej cinta dan mesra dari seorang perempuan yang sama. Hancur luluh hatinya, tergamam dan Intan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia masih mencari kekuatan untuk bersemuka dengan suaminya mengenai perkara itu. Sesungguhnya dia belum bersedia untuk berhadapan dengan kecurangan suaminya itu.

Daripada hasil kajian yang dibuat di Amerika, di antara 22% - 70% suami berlaku curang. Dan dari hasil kajian Dr Gary 69% kecurangan itu dilakukan oleh suami yang kita istilahkan sebagai "pijak semut pun tak mati". Suami begini bukan kaki perempuan, bukan kaki joli dan berpoya-poya malah mereka tidak pernah plan atau terniat untuk berlaku curang kepada isteri. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan mereka terjebak di kancah kecurangan dan kajian yang dilakukan oleh Dr Gary adalah untuk meneliti sebabnya. Hasil kajian dituliskan oleh Dr Gary dalam bentuk buku yang telah habis saya baca baru-baru ini.

Sebagaimana yang saya katakan dalam entri sebelum ini, pada saya buku tersebut memaparkan skill untuk para isteri menambat hati suami. Di antara tanggungjawab isteri yang telah diajarkan kepada kita oleh Islam ialah 'melayan suami' dengan baik. Namun mungkin pada kita masih kabur apakah maksud 'melayan suami' dengan baik itu. Dunia semakin maju. Ada kemungkinan skill yang diturunkan oleh nenek moyang kita dahulu dalam menjalankan tanggungjawab isteri melayani suami tidak lagi sesuai digunakan pada zaman kita. Kita kena cari satu skill baru. Untuk mencari skill baru itu kita harus mengkaji apakah yang diperlukan oleh suami-suami sekarang (lelaki) dan mengapa agaknya mereka berlaku curang.


Di bawah ini ialah hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Gary untuk mengetahui sebab suami (suami yang baik dan bukan kaki perempuan) berlaku curang.

48% - Primarily emotional dissatisfaction
32% - Equal emotional dan sexual dissatisfaction
12% - Other / no dissatisfaction
8%   - Primarily sexual dissatisfaction

Overall:
59% - Dissatisfaction in marriage was emotional
29% - Dissatisfaction in marriage was sexual
12% - Other


Harus diingat, kajian ini dibuat di US. Mungkin hasilnya akan berbeza jika dibuat di Malaysia. Tapi apa yang lebih penting ialah kita mempelajari skill untuk mengelakkan kecurangan. Lelaki Malaysia yang beragama Islam mungkin akan berkata "saya ada hak untuk kawin lebih dari seorang" untuk men"justify"kan kecurangan mereka. Hak itu tidak dinafikan tapi itu tidak bermakna mereka boleh menipu dan berlaku curang kepada isteri. Poligami dan kecurangan adalah dua perkara yang berbeza.

Menurut hasil kajian, TIDAK mendapat kepuasan emosi menjadi sebab utama suami berlaku curang. Apakah yang dimaksudkan dengan kepuasan emosi? InsyaAllah, next entry saya akan menulis tentang perkara tersebut. Do'akan saya ada kesempatan.


Sekali lagi saya ingatkan, mungkin hasil kajian ini nampak berat sebelah, seolah-olah suami berlaku curang adalah kerana isteri semata-mata. Kita, sebagai isteri harus pandang dari sudut yang positif. Tujuan kita adalah untuk belajar segala kemahiran dan kita ubah diri kita sendiri (sebab kita tidak berupaya mengubah suami kita). Jangan terlalu fokus kepada mencari salah siapa kerana itu tidak akan membawa kita ke mana-mana. Mudah-mudahan dengan perubahan yang kita buat, Allah akan membuka pintu hati suami kita untuk sama berubah. What we give, we get back! Kebaikan yang kita hulurkan, InsyaAllah kebaikan juga yang kita dapat.




Reblog this post [with Zemanta]