Sebelum saya menyambung tulisan saya tentang suami curang, saya ingin "highlight" kan tiga perkara:
1. Saya menulis tentang topik ini bukan untuk menimbulkan provokasi. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak samada pihak isteri atau suami. Saya tidak menyatakan bahawa isteri 100% bersalah dan suami 100% betul. Saya cuma buat review tentang buku di bawah ini sebab ada yang meminta saya berbuat demikian sambil berkongsi apa yang saya dapat daripada buku tersebut.

2. Penulis buku ini iaitu Dr Gary juga tidak menyalahkan isteri dan juga bukan menjustifikasikan kecurangan suami. Beliau membuat kajian  dan menulis buku ini khas bagi wanita untuk meningkatkan kemahiran dalam menangani kecurangan suami. Beliau adalah seorang family counsellor dan yang selalu datang bertemu beliau adalah wanita. Biasalah, kalau ada masalah rumahtangga, isterilah yang selalu pergi mendapatkan bantuan. Suami, agaknya berjumpa marriage counsellor adalah perkara terakhir yang akan dilakukan mereka. Banyak fakta dan kemahiran yang terdapat dalam buku "the truth about cheating" yang boleh kita pelajari. Mungkin nanti Dr Gary akan menulis buku khas untuk para suami pula. Kita tunggu dan lihat. Sebagaimana yang dikatakan oleh Pn Kartini dalam komen pada entri sebelum ini, dua-dua pihak kena memainkan peranan masing-masing. Untuk memainkan peranan, samada isteri atau suami, memerlukan kemahiran dan itulah yang perlu kita fokuskan, mencari dan mempelajari kemahiran sama seperti kita mencari dan mempelajari kemahiran untuk kerjaya kita.

3. Teman-teman especially wanita yang ingin membaca buku tersebut, bacalah dengan hati dan minda yang terbuka. Jangan fokus kepada mencari kesalahan siapa tapi fokus kepada mencari kemahiran untuk memperbaiki diri kerana itulah yang saya buat ketika membaca buku ini dan juga buku-buku lain. Kita tidak mampu mengubah orang lain hatta suami atau anak kita sendiri tapi kita mampu mengubah diri sendiri untuk menjadi lebih baik.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Daripada entri sebelum ini, kita tahu bahawa "emotional dissatisfaction" atau ketidakpuasan emosi adalah yang penyumbang tertinggi terhadap kecurangan suami. Apakah yang dimaksudkan dengan ketidakpuasan emosi? 37% suami dalam kajian Dr Gary menyatakan bahawa mereka merasakan isteri tidak memberi penghargaan(appreciation) sementara 17% lagi merasakan "emotionally disconnected" atau tidak ada hubungan emosi dengan isteri.


Selama ini mungkin kita menganggap lelaki kuat (memang kuat dari segi fizikal) dan tidak beremosi jika dibandingkan dengan perempuan. Lelaki mempunyai 9 akal, 1 emosi manakala perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Rupanya emosi lelaki yang satu itu jika tidak dibaja dengan betul, akan menjadi layu dan mati.


Jom kita tengok contoh yang Dr Gary tulis dalam buku "the truth about cheating". Ini contoh yang benar berlaku tentang appreciation (penghargaana) yang diharapkan oleh suami. Saya translate supaya senang nak faham.

Seorang suami bangun pada pukul 5.30 pagi. Hari itu harijadi isterinya. Sejak kebelakangan ini isterinya kerap merungut tentang ketidakperihatinan dia terhadap isteri dan anak-anak. Jadi pada hari yang istimewa itu, dia ingin dan cuba untuk menunjukkan  rasa kasih dan sayangnya  dengan membuat kejutan "surprise birthday breakfast". Plannya tidak berjalan dengan baik apabila dua orang anak mereka yang masih kecil juga ingin membuat kejutan untuk si ibu dengan popcorn. Popcorn yang dimasak dengan microwave terlebih masa. Bukan setakat popcorn jadi hangit malah satu dapur berasap sehingga smoke alarm berbunyi. Isteri kesayangan terjaga apabila mendengar kekecohan. Tentu itu menimbulkan kemarahan isteri kerana kekecohan itu bukan saja telah mengganggu tidurnya yang tenang tapi jadi satu kerja pulak untuk dia membersihkan dapur yang lintang pukang. Understandable, sapa yang tak marah. Sepatutnya pada hari istimewa itu, isteri diraikan tapi suami pulak bagi kerja awal-awal pagi lagi.  Si isteri membebel sepanjang hari. Niat suami yang baik pada awalnya telah menyebabkan perang dingin.


Saya bagi contoh kedua yang saya saksikan sendiri..

Hari itu suami baru dapat gaji. Suami bukanlah berpangkat besar dan gaji yang dia dapat tidaklah tinggi. Dalam perjalanan pulang, dia terfikir untuk membeli makanan kegemaran isterinya iaitu apam balik kerana isterinya selalu merungut bahawa suami langsung tidak ingat nak beli apa-apa makanan ketika balik kerja padahal berhampiran tempat kerja suami macam-macam gerai makanan ada. Ada satu tempat menjual apam balik yang sedap tapi tempat itu agak jauh. Si suami mengayuh basikal ke tempat itu dan tentu mengambil masa yang lama untuk balik ke rumah. Sesampai di rumah, isteri menunjukkan mulut muncung. Suami memberi alasan dia balik lewat kerana pergi membeli apam balik kegemaran isterinya. Dengan acuh tak acuh isterinya menjawab bahawa dia dah kenyang makan mee goreng yang dia masak sendiri. Bungkusan apam balik langsung tidak disentuhnya.

Keesokan harinya pula, dalam perjalanan pulang dari kerja, si suami singgah di pasar membeli ikan, ayam, daging dan sebagainya. Dia menyangka ini tentu akan menyukakan hati isteri yang sepenuh masa menjadi surirumah. Rupanya tidak. Tiada ucapan terimakasih sebaliknya isterinya merungut kerana terpaksa menyiang ikan, ayam dan daging tersebut. Menurut isterinya, waktu petang seperti itu bukan masanya untuk siang ikan, ayam dan sebagainya. Sepatutnya dia berehat sambil menonton tv.

Selepas beberapa kejadian yang serupa, si suami telah tawar hati untuk membeli apa-apa untuk isterinya. Apa yang dia beli tidak pernah menyukakan hati isteri kerana ada saja komennya. Tapi bila tak beli apa-apa pun isterinya merungut juga.

Saya pernah bertanya kepada seorang suami (bukan suami saya), bagaimana kepuasan emosi ini dapat dipenuhi oleh isteri. Adakah perlu sentiasa bercakap tentang hati, perasaan, cinta dan kasih sayang? Jawapan yang diberi oleh suami tersebut selari dengan apa yang diceritakan oleh Dr Gary dalam bukunya. Suami memerlukan penghargaan. Penghargaan boleh diberi dalam bentuk verbal, gesture atau kedua-duanya sekali dalam masa yang serentak.


Ucapan terimakasih adalah yang paling simple untuk menyatakan penghargaan. Secara gesture pula, mungkin dengan senyuman boleh menunjukkan kita suka dan menghargai apa yang dibuat oleh suami. Dalam dua contoh di atas mungkin suami mess up. Understanable jika isteri melenting. Tapi fikirkan sejenak susah payah suami membuat sesuatu semata-mata dia ingin mengambil hati kita dan menunjukkan kasih sayangnya cuma plannya jadi huru hara. Niatnya baik cuma perlaksanaannya tidak menjadi. Simpan dan kawal kemarahan kita sebaik mungkin sebalik fokus pada niat dan usahanya terlebih dahulu. Beri penghargaan pada dua perkara itu dahulu kemudian slowly bantu suami dengan memberitahu dia apa yang kita harapkan dan mahu dia lakukan untuk kita.


Kadang-kadang kita berfikir suami tidak perlu kepada penghargaan atau tidak perlu diberi penghargaan kerana sememangnya apa yang mereka lakukan memang menjadi tanggungjawab mereka. Kadang-kadang kita terlupa (atau sengaja buat-buat lupa) untuk mengucapkan terimakasih bila suami bagi duit elaun (surirumah macam saya dapat elaun sebab tak kerja luar..hehehe) sebab kita rasa duit itu memang hak kita yang sepatutnya diberi oleh suami. Mulai hari ini, tukar cara kita. Samada kita suka atau tidak dengan pemberian suami, samada pemberian itu menjadi tanggungjawabnya seperti nafkah atau sekadar hadiah biasa seperti hadiah harijadi, ringankan mulut, ucap terimakasih dan senyumlah. Ada isteri peluk dan cium suami - itu terpulang kepada cara masing-masing asalkan mesej untuk menunjukkan penghargaan (appreciation) itu sampai dan dapat dirasai oleh suami. Kita sendiri pun perlukan kepada penghargaan terhadap sesuatu yang kita lakukan untuk suami bagi merasakan bahawa dia sayang pada kita, begitu juga suami. Saling menghargai, itulah yang sebaiknya.


Saya quote satu "appreciation exercise" yang Dr Gary tulis dalam bukunya.

Women often feel their husband don't deserve to be appreciated for things they are expected to do. Men's roles have shifted to include many more expectations. All of us, yourself included, want and desire appreciation for our efforts no matter what.

Create an appreciation list for your husband - even for things he's expected to do. Verbalize to show your appreciation with a thoughtful gesture at least three times a week.

Setakat ini  dulu. Nanti saya sambung lagi… Banyak cerita dan contoh menarik dalam buku ini. Itu yang membuatkan saya tak jemu baca…hehehe..


Reblog this post [with Zemanta]