Masih lagi dalam bab 'appreciation'. Saya bagi lagi satu contoh supaya kita lebih jelas bagaimana appreciation (penghargaan) yang suami perlukan dari seorang isteri. Ia adalah cerita benar yang ditulis oleh Dr Gary dalam bukunya.


Jason  seorang peguam (telah bercerai dengan isterinya) yang mempunyai syarikat guamannya sendiri. Perniagaannya baik dan berjalan lancar namun masalah kewangan selalu menjadi issue di antara Jason dan isterinya. Anak-anak mereka memerlukan banyak wang apabila mereka mula bersekolah. Jason merasakan yang isterinya tidak suka kepadanya kerana isterinya selalu saja merungut.


Mari kita lihat apa kata Jason tentang isterinya.

"She had convinced me that I was an underachieving, insensitive husband. And so we kind of settled into this space where we'd be okay for a while and we could still have fun on vacation but if I didn't want to spend as much money on my kid's party, I was the bad guy. If I came home late because I was working like a dog, I was the bad guy. I couldn't win no matter which way I turned. After a while I figure I wasn't a very good husband. Regardless of what I did, I couldn't make wife happy."

Jason cuma mengharapkan sedikit penghargaan dan 'moral support' daripada isterinya tapi oleh kerana rungutan demi rungutan yang didengar, Jason akhirnya berhenti berharap. Barangkali juga Jason tidak cuba untuk berbuat sesuatu supaya isterinya memahami keadaannya atau mungkin juga salah Jason untuk tidak cuba berkomunikasi dengan isterinya secara positif dan tidak meluangkan masa untuk berseronok-seronok dengan isterinya.


Segala-galanya berubah apabila Cheryl, seorang peguam perempuan menyewa ruang pejabat di sebelah pejabat Jason. Menurut Jason, Cheryl bukanlah seorang perempuan yang cantik jika dibandingkan dengan isterinya.

"Cheryl wasn't prettier than my wife, not a better person, not classier, none of that. Cheryl was a person who like to please people and she knew how to make you like her. It's so pathetic when I think it now, but she was so complementary and 'Let me do that for you, you've such a long day already' that I was hooked very quickly."

Cheryl memujuk Jason dengan mengatakan bahawa dia bukanlah seorang suami yang teruk. Jason bagai anjing yang ketagihan tulang dan kebetulan Cheryl pula baik hati untuk melemparkan seketul tulang setiap hari dan lama kelamaan Jason jatuh hati pada Cheryl.

"It just felt so good to hear I was sexy, accomplished. She was starting out as an attorney so she really respected my legal knowledge. Finally someone was telling me how good I was at what I do, sort of like it was when my wife and I started out. My wife made me feel that I must be screwing up because I wasn't writing enough articles for the legal journals. It was always about what I should be doing to get more business, make more money. And my wife may have been partially right, of course. But Cheryl made me believe that I was fantastic lawyer and a great provider (husband)"

Suami memerlukan penghargaan terhadap tanggungjawab yang dilaksanakannya untuk keluarga. Isteri pula selalu menganggap bahawa suami tidak perlu diberi penghargaan kerana sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan nafkah buat keluarga. Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran daripada kisah Jason. Dalam keadaan sekarang, suami yang merasa kosong daripada mendapat penghargaan isteri, mudah terpikat pada wanita lain yang pandai memujuk dan memuji. Mungkin kita fikir suami kita tak akan terjebak dalam kes kecurangan tapi suami kita manusia biasa..iman pun boleh cair jika hari-hari berdepan dengan pujian dan pujukan lebih-lebih lagi jika kita sebagai isteri tidak dapat memenuhi apa yang suami perlukan lalu meninggalkan ruang kosong di hati suami. Kita sebagai isteri kena pandai-pandai beri penghargaan agar hati suami sentiasa rasa penuh.. :)


InsyaAllah next entry, kita akan melihat tanda-tanda suami yang berubah hati... Suami lambat lagi nak mengaku bahawa hatinya telah berubah. Kalau boleh sampai mati pun meraka akan deny. Namun isteri biasanya ada naluri yang kuat untuk merasakankan perubahan suami. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua...:)






Reblog this post [with Zemanta]