Suami yang berlaku curang atau suami yang hampir berlaku curang menunjukkan tanda-tanda atau 'cheating signals'. Isteri (lebih-lebih lagi yang telah lama hidup dengan suaminya) akan dapat melihat perubahan pada suami secara tiba-tiba. Tiba-tiba saja suami rajin ke gym, rajin jogging, concern tentang permakanan, asyik menimbang berat badan padahal sebelum ini dia tidak pernah hiraukan tentang itu semua. Jika perubahan ini berlaku, ada dua kemungkinan. Mungkin suami kita telah timbul kesedaran tentang penjagaan kesihatan lebih-lebih suami yang telah agak berusia (usually the wives believe, this is the reason). Dan ada juga kemungkinan suami kita telah atau akan ada kekasih gelap (usually the wives deny this possibility until they get more concrete evidence).


Ada seorang teman saya (perempuan) menceritakan bahawa dia notis suaminya berperangai agak berlainan daripada biasa. Jika biasanya si suami tidak berapa kisah tentang pakaian tapi sekarang dia begitu ambil berat tentang penampilannya. Jika dulu, untuk keluar bertemu kawan-kawan, pakai t-shirt serebeh, sekarang pakai kemeja, matching pulak tu seluar dengan baju, setokin dan kasut (hehehe..). Dan setiap kali nak keluar, si suami akan minta pendapat (tanya) isterinya iaitu kawan saya. "How do I look? Ok tak baju dengan seluar ni? Rambut I ok tak?" Banyak benar soalannya. Jika dulu, tengok cermin sekali aje sehari, sekarang ni sebelum keluar rumah, berkali-kali posing depan cermin, dan tiba-tiba saja jadi peminat minyak wangi. Bila ditanya, si suami menjawab dia kena jaga penampilan untuk bertemu dengan client..Wahhh..rupanya client dia seorang wanita yang sama setiap hari (hehehe..)


Menurut kajian Dr Gary, ada beberapa signals yang isteri patut beri perhatian jika signals itu ada pada suami mereka. Tapi tidak semestinya jika ada tanda-tanda ini bermakna suami ada affair. Just be alert!

1. Selalu meluangkan masa di luar rumah. Ini bagi suami-suami yang biasanya homely type, tiba-tiba saja jadi kutu rayau dan tak lekat di rumah. Di antara 55% - 61% suami yang ada affair banyak menghabiskan masa di luar rumah bersama kekasih gelapnya. Suami bijak mencipta alasan supaya isteri tidak syak.


2.Hubungan sex yang semakin berkurangan. 34% - 43% suami yang ada affair menunjukkan signal ini (menurut kajian Dr Gary). Jika sebelum ini suami aktif ( 3 or more times a week) tapi sekarang menjadi once a week or less than that. Jika sebelum ini, dia yang selalu minta dan merajuk kalau kita tak bagi tapi sekarang dia dah tak kisah. Namun kisah seorang kawan saya ni terbalik pulak. Jika sebelum ini, suaminya not so active in sex (dari segi kekerapan dan performance) tapi sekarang lain macam - semakin aktif dan semakin hebat performancenya (hehehe..). Tak lama kemudian kawan saya dapat tahu bahawa suaminya ada affair. Mungkin bagi yang beragama Islam, ada guilty conscious (takut berzina, berdosa besar) jadi lepas memadu asmara (setakat yang ringan-ringan) dengan kekasih gelap, balik rumah lepaskan nafsu sex pada isteri sendiri pulak. Saya pernah terbaca satu artikel bahawa suami yang ada affair di luar, sejenis hormon (tak ingat namanya) akan meningkat dan hormon itu menyebabkan sexual desire bertambah. Jadi tidak hairan jika kekerapan dan performance semakin hebat hingga disedari oleh isteri sendiri.


3. Mengelak untuk menghubungi isteri (24% - 29% suami berbuat begini). Biasa-biasanya sehari berkali-kali talipon isteri tapi sekarang isteri talipon pun, susah nak jawab. Biasanya alasan yang diberi ialah sibuk. Kadang-kadang handphone sengaja dimatikan.


4. Suami akan mula mengkritik (19% - 25%). Apa saja yang dibuat oleh isteri ada saja yang tak kena. Selalunya dia tak kisah pun apa kita buat, apa kita masak, apa kita pakai tapi sekarang seolah-olah dia sengaja cari pasal dengan kita.


5. Pergaduhan kerap berlaku (20%). Bila dah mula mengkritik, tidak hairanlah jika selalu berlaku pergaduhan. Pergaduhan itu dijadikan alasan untuk suami keluar dari rumah (untuk mencari ketenangan kononnya tapi rupanya pergi berjumpa kekasih gelap..hehehe)


Isteri harus alert dengan perubahan-perubahan yang berlaku walaupun TIDAK semestinya perubahan itu membuktikan suami ada affair. Ada suami yang berlari keluar bilik atau masuk bilik air untuk menjawab talipon padahal sebelum itu, dia tak kisah pun jika isteri ada di sebelahnya. Ada suami yang set mobile to 'silent' dan mobile itu sentiasa ada di tangan atau di poketnya bimbang isteri akan perasan jika sms kerap masuk dan isteri terbaca (hehehe…). Ada juga suami yang bercerita tentang kekasih gelapnya kepada isteri tapi dengan cara yang tidak membuatkan isterinya syak apa-apa. Mungkin banyak lagi tanda-tanda lain. Isteri biasanya mempunyai naluri yang kuat dan tahu suami sedang menipu tapi disebabkan tiada bukti yang kukuh, isteri biasanya membiarkan sahaja naluri itu berlalu. Bila dapat concrete evidence, tentu bergegar rumah jadinya..hehehe… Sesiapa yang mengetahui signals lain, bolehlah berkongsi dengan saya di sini.


InsyaAllah, next entry we'll learn how to understand the male mind and get connected with them emotionally.


Reblog this post [with Zemanta]