Buah mempelam adalah di antara buah yang menjadi kegemaran Amani. Selain mempelam, dia juga suka tembikai. Dua jenis buah ini jika saya beli, memang akan habis dalam sekelip mata.


"Hmmm..manisnya mempelam ni"


"Mempelam ni kawan mummy yang bagi. Pokok mempelam di belakang rumahnya telah mula berbuah. Lebat buahnya sebab itulah dia bagi beberapa biji kepada Mummy"


"Kawan mummy tu tanam pokok mempelam?"


"Menurut kawan mummy, dia tak tanam pokok tu tapi pokok tu tumbuh sendiri"


"Tumbuh sendiri?"


"Kononnya anak tunggalnya makan mempelam, biji mempelam dicampakkannya ke tanah. Tanah di belakang rumah auntie tu subur agaknya jadi biji mempelam itu tumbuh menjadi pokok mempelam, Sekarang pokok itu sudah cukup matang untuk mengeluarkan buah"


"Sedap mempelam yang auntie bagi ni, mummy. Manis macam gula"


"Samada manis atau tidak buah mempelam ini, ia bergantung kepada biji benihnya. Mungkin biji mempelam yang dicampak oleh anak auntie tu, dari species yang baik dan manis"


"Apa yang ada dalam biji mempelam itu hingga ia menjadi manis? Ada gula ke? Semua biji benih mempelam ni nampak sama aje dari luar"


Pertanyaan Amani membuat saya tertawa kecil. Saya mengambil satu biji benih mempelam dan membelahnya lalu saya tunjukkan kepada Amani. Biar dia lihat sendiri apa yang ada di dalam biji benih mempelam itu.


"Nah tengok ni.. Ada gula tak dalam biji mempelam ni? tanya saya sambil tersenyum. 


Amani meneliti kedua-dua biji benih mempelam yang telah terbelah itu.


"Mana ada gula dalam ni.. Kenapa isi mempelam itu boleh jadi manis? 


"Semua biji benih mempelam nampak seakan sama dari luar tetapi unsur yang ada di dalamnya berbeza dan perbezaan itulah yang akan menghasilkan rasa, aroma dan warna buah mempelam tersebut"


Saya mengambil satu lagi biji benih mempelam dan membelahnya. Saya tunjukkan isi biji benih mempelam itu kepada Amani.


"Sama aje rupa kat dalam biji benih mempelam ni dengan yang pertama tadi?"


"Sebab dua biji mempelam ni berasal dari pokok yang sama. Manusia lebih kurang sama aje dengan biji benih mempelam ini"


"Really? How come?" Amani dah mula kehairanan mendengar kata-kata saya.


"Dari segi fizikalnya, kita kelihatan sama..ada dua kaki, dua tangan, satu kepala, dua telinga dan lain-lain kecuali orang yang cacat anggota. Tetapi yang menentukan kualiti atau tidaknya kita bergantung kepada apa yang ada di dalam diri kita. Bila kita ingin menjadi manis dan sedap seperti mempelam ini, kita harus mempunyai kualiti dalaman yang bagus. Apa agaknya yang ada di dalam hati dan fikiran seorang yang jahat dan seorang yang baik?"


"Orang yang baik tentu hatinya putih bersih dan yang jahat pula, hatinya busuk dan hitam kan mummy?"


"Jadi, kalau nak jadi baik, kena jaga hati supaya sentiasa putih dan bersih. Buang perasaan hasad dengki sesama manusia, jangan tinggal solat, jangan tinggal puasa yang wajib, selalu memberi dan bersedekah, pendek kata lakukan banyak amal kebaikan dan jangan melakukan kejahatan, membuat semua perintah Tuhan dan meninggalkan semua yang dilarang-Nya. InsyaAllah, itu akan memelihara hati kita supaya sentiasa bersih dan putih."



Sedar tak sedar mempelam yang saya kupas dan hiris isinya, telah selamat di telan oleh puteri yang seorang itu. Orang lain tak sempat merasalah jawabnya..:))