Gambar hiasan

"Mummy, what is he doing?" tanya Amani sambil matanya melerek ke arah seorang lelaki yang sedang memerah air tebu dengan menggunakan mesin pemerah.


"Kak, beli air tebu kak?" tanya lelaki muda itu.


Saya tersenyum sambil membuat isyarat tunggu dengan tangan. Pemuda itu mengangguk.


"Abang tu sedang perah air tebu untuk dijual. Tengok dalam bekas kaca itu.. Itulah air tebu" saya memberitahu Amani.


"Is it nice?" tanya Amani lagi.


"Yeah, it tastes good..sweet. Do you want to try?"


Amani menggeleng kepala. Anak saya ni kalau tengok benda pelik sikit, payah nak mencuba.


"Dulu, rumah mama di kampung ada pokok tebu. Grandma yang tanam. Bila dah cukup besar, grandma akan tebang. Grandma potong-potong tebu itu dan buang kulit luar yang keras. Kemudian isinya grandma potong-potong lagi sehingga sebesar ibu jari. Grandma akan bagi pada mama. Mama kunyah tebu tersebut dengan gigi. Airnya mama telan dan sepahnya mama buang.. Mama tak ada mesin pemerah macam abang tu sebab mama bukan jual air tebu..jadi mama guna gigi aje"


"You must have strong teeth" kata Amani. Saya tersenyum lagi.


"Mummy, what does 'sepah' mean?"


"Ok..cuba tengok abang tu.. Dia masukkan tebu ke celah-celah mesin pemerah. Air tebu akan diperah keluar dan jatuh ke dalam bekas yang disediakan. Yang tinggal itu dinamakan sepah atau hampas. Sepah tu orang tak makan. Cuba lihat, abang tu buang sepah tu kan?"


Amani mengangguk tanda faham.


"Are you sure, you don't want to try air tebu? It tastes good" kata saya memujuk Amani supaya mencuba. Tak cuba mana nak tahu sedap ke tidak.


Amani tetap menggeleng.


"Dik, bagi satu bungkus air tebu" kata saya kepada pemuda yang menjual air tebu itu.


"Satu bungkus aje kak?" kata pemuda itu meminta kepastian.


"Cukupla dik, anak kakak ni tak mau minum air tebu"


Di dalam kereta, saya memujuk Amani lagi supaya cuba minum. Dia tetap tak mahu.


"Orang melayu buat peribahasa menggunakan tebu"


Amani memandang saya dengan wajah yang berkerut.


"Habis manis sepah dibuang"


"What does it means?"


"Sesuatu yang sudah tidak berguna lagi akan dibuang sesuka hati"


"It's not a good action to do, right mummy?"


"Yes, kalau pun sesuatu itu sudah tidak berguna lagi, janganlah dibuang atau dicampak sesuka hati"


"Ada lagi satu peribahasa… Menanam tebu di tepi bibir"


Berkerut lagi wajah Amani.


"How can we plant tebu next to our lips?"


Saya ketawa mendengar pertanyaannya.


"That's called peribahasa..It has double meaning. Menanam tebu di tepi bibir ini maksudnya bercakap atau berjanji yang manis-manis hanya untuk mendapatkan sesuatu. Apabila dah dapat apa yang diidamkan, janji hanya tinggal janji..janji tidak ditunaikan"


"Sweet talk? It's not good too.." kata Amani.


"Come on dear, try this. Tak boleh kata tak suka sebelum mencuba…It's not a good attitude too.." saya menghulurkan bungkusan air tebu bersama sebatang straw kepada Amani.


Amani menyambut bungkusan itu dan meneguk air tebu melalui straw.


"Taste good?" tanya saya.
"Not bad" kata Amani sambil minum air tebu itu hingga habis.


"Kan mama dah kata..belum cuba, belum tahu..."



Anak kita kadang-kadang memerlukan encouragement dari ibubapa untuk melakukan sesuatu. Ibubapa pula jangan berputus asa jika sekali suruh anak tidak mahu melakukannya. Never give up! Cari jalan..guna cara yang kreatif untuk memberi semangat kepada mereka untuk mencuba supaya mereka tidak merasa seperti dipaksa dan terpaksa.