Anak-anak saya jika dibawa pulang ke kampung, sangat suka memperhatikan ayam. Kebetulan, ibu saya masih memelihara beberapa ekor ayam. Ada ayam jantan, ada ayam betina dan ada anak-anak ayam yang masih kecil.


"Mommy, see this.. It's so big…"


"Itu ayam jantan"


"How do you know it's ayam jantan?"


"Itu ayam betina..Nampak perbezaannya tak?"


Amani mengangguk. Itu pertama kali dia melihat ayam secara live. Waktu itu dia masih berada pada tahap satu sekolah rendah. Sebelum itu, dia hanya pernah melihat gambar ayam yang ada di dalam buku atau melihat melalui kaca tv.


"Ini ayam kampung kan Mommy?" tanya si abang Long


"Yang kita selalu makan, yang mommy selalu masak tu, ayam bandar" tambahnya lagi.


Saya tergelak. Ada pulak istilah ayam bandar.


"Apa beza ayam kampung dengan ayam bandar?" tanya si abang Ngah.


"Ayam kampung dibela di kampung yang macam grandma bela ni.. Ayam bandar dibela khas untuk dijual kat pasar-pasar bagi kegunaan orang ramai" terang si abang Long.


" I heard they inject something into the chicken to make them grow faster. Is it true mommy?" tanya bang Long.


"I heard it too but I don't know whether it's true or not. I haven't seen with my own eyes that they do such thing to the chicken" 


Anak-anak saya sangat leka memerhatikan ayam-ayam kampung. Saya membiarkan mereka meneliti ayam-ayam yang ada di situ dari segi fizikalnya. 



"Benar atau tidak jika mommy katakan ayam-ayam ini sama dengan manusia?"


"Mommy, there are lots of differences between us and the chicken. You can see that, can't you?"


Saya tersenyum. Abang Long memang seorang yang peka, suka memerhati dan meneliti. Tidak hairan jika suami saya mengagak Abang Long bakal menjadi surgeon bila dia besar nanti. Like father like son. Now he's moving toward it.


"Cuba agak apa yang ayam-ayam ni buat sepanjang hari" tanya saya.


Anak-anak saya terdiam.


"Subuh pagi, ayam jantan akan berkokok.  Lepas tu apabila hari telah terang, mereka akan keluar mencari makan, kais sana kais sini.. Bila malam, mereka akan masuk semula ke reban. Bagitulah yang dibuat oleh ayam tiap-tiap hari. Itu rutin mereka"


"Wow..mommy perati all those details?" 


"Mommy tinggal di kampung waktu mommy kecil dulu. Ayam-ayam ni dah jadi macam kawan mommy..tentu la mommy tahu"


"Manusia pun ada rutin. Tidur, bangun, makan, minum, kerja, tidur semula, esok pagi bangun lagi dan buat perkara yang sama."


"Manusia ada rutin, ayam ada rutin, sama ke tidak manusia dengan ayam?"


"Tapi rutin ayam tak sama dengan rutin manusia"


"Memang la tak sama tapi kita ada rutin, ayam pun ada rutin dia"


"Apa yang membezakan manusia dengan ayam?" tanya saya.


Anak-anak saya terdiam..Berfikir barangkali.


"Kata Einstein..'Try not to become a man of success but rather to become a man of value.'"


Makin berkerutlah muka anak-anak saya..hehehe..


"Yang lebih perlu kita tekankan ialah NILAI yang dimiliki oleh seseorang, bukan kejayaannya semata. Manusia menjadi semakin bernilai apabila dia banyak memberi manfaat atau kebaikan kepada yang lain. Seorang tukang kutip sampah misalnya, rutinnya setiap hari mengutip sampah. Bayangkan jika tidak ada tukang kutip sampah di tempat kita tinggal, tentu persekitaran menjadi kotor dan berbau busuk. Mungkin kerja mengutip sampah itu tidak dipandang tinggi, namun ia tetap bernilai dan si tukang kutip sampah itu mempunyai NILaI. Dan yang akan membuatkannya lebih BERNILAI, selain dari membuat rutin mengutip sampah, si tukang kutip sampah itu akan mengingatkan penghuni rumah, mungkin ada yang terlupa untuk mengeluarkan sampah pada hari-hari tersebut"



Saya memandang muka anak-anak saya. Ada tanda-tanda kurang faham.



"Ok, mommy bagi contoh lain, seorang doktor rutinnya merawat pesakit. Apa yang dapat dilakukan oleh seorang doktor untuk menjadikannya lebih BERNILAI? Mungkin seorang doktor boleh memberi rawatan dan ubat-ubatan secara percuma kepada orang-orang yang kurang berkemampuan. Mungkin juga seorang doktor boleh memberi ceramah mengenai kesihatan secara percuma di kampung-kampung yang terpencil untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa betapa pentingnya kita menjaga kebersihan dan kesihatan. Apa yang dilakukan yang diluar rutin harian seorang doktor, yang banyak memberi manfaat kepada orang lain, maka itu akan menjadikannya lebih BERNILAI."



"Itu pilihan kita sendiri - samada nak buat atau tidak. Tidak salah jika kita hanya melakukan apa yang menjadi rutin dalam pekerjaan kita tapi jika mampu melakukan sesuatu yang lebih, yang dapat memberi manfaat kepada orang lain, apa salahnya kita buat? Dan juga rutin kita, selagi tidak merugikan orang lain, itu tidak menjadi kesalahan tapi apabila ia merugikan orang lain, jelas, kita akan menjadi lebih hina dari ayam.



"Tapi kita bukan ayam. Kita, Allah bagi banyak sangat kelebihan. Kita mampu melakukan sesuatu yang lebih dari sekadar rutin kita. Tidak kira apapun pekerjaan kita, sebagai tukang kutip sampah atau doktor atau lecturer atau polis, askar dan sebagainya, kita mampu untuk melakukan sesuatu yang lebih dari biasa, yang bisa dimanfaatkan kelebihan itu oleh orang lain. That's what Einstein meant when he said 'Try not to become a man of success but rather to become a man of value'. Itu yang membezakan kita dari ayam selain dari bentuk fizikalnya.."



"Amboi anak beranak ni…rabung bersembang" tiba-tiba ada suara menegur dari belakang. 


"Jom makan, gulai ayam kampung dah siap. Makan panas-panas dengan nasi putih, lagi sedap" kata ibu saya.


"Wahhh…grandma masak gulai ayam kampung… nak makan..nak makan"


"Cuci tangan bersih-bersih dulu, baru boleh makan" 


Berlumba-lumba anak-anak saya mencuci tangan. Tak sabar nak rasa gulai ayam kampung. Memang tengahari itu mereka makan nasi dengan berselera sekali.. Nenek yang masak, tentulah sedap!