Sudah menjadi rutin saya setiap hari minggu pergi ke pasar dan ke pasar raya untuk membeli keperluan harian untuk seminggu punya stock. Dan menjadi kebiasaan saya juga jika ke pasar saya akan membawa salah seorang dari anak saya(samada anak sulong, kedua atau ketiga, anak keempat masih kecil). Jika ke pasar raya, saya akan angkut keempat-empat sekali. Memang ada yang kata, buat apa susah-susah angkut anak kerana ia akan melambatkan aktiviti membeli-belah. Memang betul, kalau bawa anak, memang lambat jadinya especially anak yang kecil (so energetic, lari ke sana sini dalam pasar raya). Tapi bagi saya ada matlamatnya kenapa saya bawa anak-anak untuk membeli-belah barang-barang keperluan dapur.


Banyak sebenarnya yang boleh dipelajari oleh anak-anak kita di pasar dan di pasar raya. Mereka boleh belajar mengenal barang-barang keperluan harian, mengenal jenis-jenis sayuran, buah-buahan, ikan dan sebagainya provided ibu kena rajin bercakap sambil aktiviti membeli-belah dilakukan. Bukan bercakap kosong tapi memberitahu dan mengenalkan nama barang-barang yang dijual untuk menambah vocab dan pengetahuan mereka. Dan juga dalam keadaan terdesak, kita boleh mengharapkan pertolongan mereka untuk pergi ke kedai sebagaimana yang terjadi kepada saya dalam bulan puasa baru-baru ini. Cadangnya saya nak masak meehoon untuk makan sahur tapi bila check rupanya stock meehoon dah habis. Nasib baik ketika itu masih awal, kedai belum tutup jadi saya minta dua beradik (yang sulong dan adiknya yang no2) pergi ke pasar raya yang berdekatan dengan tempat tinggal saya (depan kondo ni aje) untuk beli meehoon. Di samping beli meehoon, saya juga senaraikan barang-barang lain yang perlu dibeli. Bila balik dari pasaraya, saya check barang-barang yang mereka beli. Semua ada kecuali meehoon. Kemudian saya jumpa satu peket kecil soohoon. Bila ditanya, si adik menjawab meehoon tak ada, yang ada soohoon. Bunyi dan rupanya nak dekat-dekat sama jadi mereka ingat bendanya sama. Tersenyum saya. Selama ni saya hanya perkenalkan meehoon pada mereka (saya jarang guna soohoon dalam masakan). Salah saya jugalah nampaknya sebab tidak perkenalkan soohoon itu pada mereka sebelum ini. Sahur malam tu..makan roti saja..


Apa yang saya ingin highlightkan di sini ialah anak-anak perlu dilatih untuk mengendalikan kehidupan seharian. We need them to be involved in everyday tasks, Kalau nak diikutkan, lagi mudah rasanya bila kita buat sendiri..cepat siap tanpa perlu banyak bercakap. Nak minta anak-anak buat sesuatu, kadang-kadang ambil masa..banyak alasan dengan kata-kata "nanti sekejap". Lagi pulak, sesuatu yang mereka buat kadang-kadang tidak menepati piawaian kita (tak perfect).


Tugas kita sebenarnya ialah mendidik mereka supaya menjadi bertanggungjawab dan berdikari. Sometimes, raising responsible kids isn't so much about what we do, but about what we don't. By being "too good", we rob our children of opportunities that help them develop tools for success in adult life - tools that can't be bought or given, but must be forged by experience.


Proses membentuk anak-anak untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berdikari perlu dimulakan di peringkat awal (di bawah usia enam tahun). Kecenderungan kita sebagai ibubapa (lebih-lebih lagi ibu) untuk melakukan semuanya untuk anak, memang kuat. Saya pun tidak terkecuali tapi bila memikirkan bahawa anak-anak saya perlu belajar untuk hidup, saya tahankan hati, mata dan telinga. Ada perkara-perkara yang mereka perlu belajar buat sendiri. Those are living skillls. Dan itu jugaklah yang akan menyemaikan rasa tanggungjawab ke dalam diri mereka. Setiap kali hati saya ingin menyelesaikan tugas yang diberikan kepada mereka (contohnya kemas bilik masing-masing), saya akan katakan kepada diri sendiri "DON"T do that for their own good". Walaupun mata kadang-kadang tak tahan tengok, tapi kena pejamkan saja sambil-sambil itu saya latih mereka membuat sesuatu dengan lebih sempurna. Semuanya bukan mudah sebenarnya. Ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi bila berhadapan dengan anak-anak yang kreatif memberi alasan.

Point to ponder:
1. beri tugas kepada anak mengikut tahap umur
2. biarkan anak melakukan kesilapan (yang tidak serious) kerana dari situ dia belajar
3. ibubapa perlu mempunyai kesabaran yang tinggi dalam proses membentuk sikap tanggungjawab dalam diri anak-anak.
4. pendidikan melalui pengalaman lebih berkesan dari pendidikan melalui teori