Sesiapa yang mengalami CINTA TIGA SEGI, hidup dirasakan bagai duduk di atas bara api, sakit hati, sedih, pilu, geram, kecewa dan pelbagai perasaan lain lagi. Ada atau tidak yang gembira apabila terjerat di dalam kancah cinta tiga segi ini? Sekurang-kurangnya buat permulaan sebelum dapat menerima keadaan, hidup akan menjadi huru hara buat seketika. Cinta tiga segi mungkin dapat dihindari dengan SEGITIGA CINTA. Ini adalah teori yang dikembangkan oleh seorang ahli psikologi dari University Oklahoma, Robert Sternberg. Dikatakan SEGITIGA CINTA, sebab ia ada tiga penjuru. Robert Sternberg meletakkan tiga elemen di setiap penjuru dan saya gambarkan teori ini seperti gambarajah di bawah.


Elemen 1 - COMMITMENT - bersedia untuk memberi yang terbaik untuk memastikan agar hubungan yang mesra akan berkekalan. Ada yang bersumpah dan berjanji sehidup semati..susah senang dilalui bersama. Bila sumpah dan janji dilanggari, tentu yang diterima ialah sumpah seranah dari pasangan.

Elemen 2 - PASSION - perasaan cinta yang amat mendalam yang mendorong kepada  keinginan atau tarikan sex.

Elemen 3 - INTIMACY - rapat dan akrab, bila pasangan tiada depan mata, terasa sunyi dan rindu.

Kombinasi daripada elemen-elemen ini akan membentuk lapan kategori cinta. Dalam atau ceteknya perasaan cinta seseorang terhadap pasangannya bergantung kepada kekuatan ketiga-tiga elemen tersebut. Hubungan yang hanya berasaskan kepada satu elemen sahaja,  menurut Sternberg jarang berpanjangan jika dibandingkan dengan hubungan yang berasaskan kepada dua atau tiga elemen. Saya ringkaskan kategori dan tahap cinta seperti carta di bawah. Di manakah letaknya diri kita dalam kategori tersebut?


Itu teori SEGITIGA CINTA menurut Robert Sternberg. Bagi saya, ada satu lagi elemen yang menjadi kunci dan pengikat kepada tiga element yang tersebut di atas. Elemen yang menjadi kunci itu ialah TRUST. Mungkin segitiga cinta menurut pengamatan saya ( sebagai seorang wanita) boleh digambarkan seperti gambarajah di bawah. 



Tanpa TRUST...

bolehkah pasangan merasa akrab dan rapat?
bolehkah pasangan merasai perasaan cinta yang dalam dan rasa ghairah?
bolehkah pasangan memberi komitmen?

Dengan adanya TRUST, pasangan saling mempercayai di antara satu sama lain dan ini boleh membantu mereka menjadi intim, ghairah dan memberi komitmen.