Budak Kripton ialah tajuk sebuah buku. Budak Kripton adalah buku pertama yang ditulis oleh Ammar Kamilin. Melihat kepada tajuknya, mungkin kita akan ingat ia sebuah novel. Ia bukan novel tapi ia adalah sebuah buku parenting yang dipersembah secara santai dan dalam bentuk penceritaan. Ia sangat sesuai dibaca oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Cerita-cerita yang dipersembah dalam buku ini merupakan kisah atau kerenah yang saban hari dihadapi oleh ibu dan ayah. Oleh kerana Tuan Ammar Kamilin (FB: ) mempunyai background dalam psychology, maka kisah yang diceritakan dalam buku ini ada psychological explanation contohnya kenapa anak suka (terutamanya di peringkat sekolah rendah) suka mengejek.
 
Saya yakin ibu bapa yang membaca buku ini akan dapat mengutip banyak tips daripadanya. Ia tidak terlalu susah untuk difahami. Bahasa yang digunakan adalah bahasa yang mudah. 40 cerita dalam buku ini adalah cerita seharian, cerita-cerita biasa yang ibu bapa hadapi dengan anak masing-masing. Lain padang, lain belalang, lain hulu, lain parang, lain anak, lain ragam tapi dengan membaca buku ini, sekurang-kurangnya kita akan mendapat idea bagaimana untuk menghadapi kerenah anak yang kadang-kala membuntukan fikiran kita.


Dari segi fizikal, buku ini tidak tebal dan tidak berat, cuma ada 146 mukasurat, mudah dibawa ke mana saja kerana saisnya kecil.  Muka surat yang berwarna-warni menjadikan ia lebih menarik untuk dibaca dan yang paling penting adalah harganya murah sahaja (SM: RM24, Sabah/Sarawak: RM26) jika dibandingkan dengan isi kandungannya.