Alhamdulillah habis baca buku 'OPTION B'. It's a good book (at least for me). Buku ini ditulis oleh Sheryl Sandberg (Facebook COO) dan diterbitkan pada April 2017. 


Kematian Dave Goldberg (suami Sheryl) secara mengejut meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kehidupan Sheryl dan dua orang anak mereka. Tidak mudah untuk menerima kehilangan orang yang tersayang Buku ini menceritakan hari-hari yang dilalui oleh Sheryl selepas kematian suaminya dan bagaimana beliau menghadapinya.



Apa yang saya suka tentang buku ini ialah kombinasi cerita dan kajian yang yang dibuat oleh Adam Grant (seorang psychologist) bagaimana seseorang yang kehilangan atau ditimpa tragedi boleh menghadapinya, bangun mencari kekuatan dan menjalani kehidupan normal.