Brain on Fire: My Month of Madness

Published: November 13, 2012

Kisah benar seorang gadis (Susannah Calahan) yang didatangi penyakit ganjil. Something was wrong with her brain. Tapi bila doktor buat MRI, they found nothing. Everything was normal according to the doctor but her condition was getting worse. Her mental was disturbed, meracau..sekejap sedih, sekejap happy. Doktor cadangkan kepada keluarganya untuk menghantar Susannah ke hospital sakit mental tapi bapanya tidak bersetuju sebab beliau tak rasa Susannah sakit mental. 

Macam-macam test untuk virus dan bacteria dibuat tapi keputusannya semua negatif.. Susannah semakin hari semakin teruk sehingga dia tidak boleh berjalan, tidak bercakap seolah-olah dia tidak berada dalam dirinya. She was not herself.


Kemudian seorang doktor pakar (DR Souhel Najjar) dipanggil untuk merawatnya. Dr Najjar mengarahkan supaya biopsy dibuat ke atas otak Susannah. Akhirnya, penyakit Susannah dikenal pasti iaitu “NMDA-receptor autoimmune encephalitis.” (her body attacked her brain). Boleh google untuk tahu lebih lanjut tentang penyakit ini. Dr Najjar memberitahu bahawa penyakit ini boleh diubati. Susannah sembuh sepenuhnya dan kembali bekerja dan buku ini ditulis untuk menyebarkan ilmu pengetahuan tentang penyakit tersebut. Selalunya doktor silap diagnose sebab symptomnya lebih kurang sama macam penyakit mental.