Temple Grandin
Biography type of movie
Released date 6th February 2010
---------------------------------

Ini kisah Mary Temple Grandin, seorang kanak-kanak yang ada disablity. Beliau hanya boleh bercakap ketika berusia 4 tahun. Pada usia 2 tahun, ibunya membawa beliau berjumpa doktor dan doktor mengesahkan Temple mengalami brain damage. Kemudian pada usia belasan tahun, pakar perubatan mengatakan Temple adalah anak autisme. Walaubagaimana official diognosis tidak dilakukan sehinggalah beliau berusia 40 tahun. 

Ciri-ciri autisme memang ada pada beliau. Beliau tidak suka dipeluk oleh manusia sebaliknya lebih selesa dipeluk oleh "hug box" yang dicipta sendiri oleh beliau. Idea untuk mencipta "hug box" ini tercetus apabila beliau melihat ia digunakan untuk menterteramkan lembu-lembu di ladang ternakan

Ibu Temple memasukkan beliau ke sekolah biasa walaupun doktor mencadangkan untuk memasukkan beliau ke sekolah khas. Menurut ibunya, Temple ada kebolehan yang luar biasa seperti beliau berkebolehan untuk visualize. Otaknya mampu beraksi seperti scanner. Beliau juga mampu memahami tingkah laku binatang. Beliau bernasib baik kerana dilahirkan oleh ibu bapa yang kaya. Mereka mampu menyediakan seorang nanny ketika masih kecil dan ketika di sekolah, beliau dibantu oleh personal mentor.

Sekarang beliau berusia 69 tahun dan merupakan seorang professor dalam animal science di Universiti Colorado. Beliau ada menulis beberapa buah buku. Antaranya ialah THE AUTISTIC BRAIN, THINKING IN PICTURES, THE WAY I SEE IT, ANIMAL MAKE US HUMAN dan beberapa buah lagi.

Ibu bapa yang ada anak autistik, boleh tonton movie ini. Jadikan ia sebagai motivasi. Beri peluang kepada anak-anak ini untuk belajar dan menjadi cemerlang. Anak-anak autistik ini biasanya mempunyai kebolehan yang luar biasa. Tugas ibu bapa untuk mencari dan menggilap kebolehan itu.