PEACEFUL BREEZE
Published: March, 14th 2017


Ceritanya lebih kurang macam "When Breath Becomes Air", heart-breaking true story, mengundang hujan airmata walaupun matahari di luar terik memancar.

Buku ini ditulis sebagai tanda kasih dan ingatan oleh seorang anak (penulis buku ini, Mark Carrington) kepada ibunya yang telah meninggal dunia (pada tahun 2015 disebabkan kanser colon).

Dalam buku ini, Mark menceritakan pengalamannya menjaga sejak dari awal penyakit ibunya diketahui sehinggalah ibunya meninggal dunia. Sebagai seorang anak tunggal, tanggung jawab menjaga ibu terletak di atas bahunya seorang. Beliau mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga ibunya sehinggalah beliau resign disebabkan tekanan oleh pihak majikan.

Beliau juga menghadapi pelbagai kerenah daripada pihak hospital. Ada doktor dan jururawat yang tidak begitu mesra rakyat (bukan semua). Rupanya hospital di UK pun ada juga isu sebegini. 

Buku ini ditulis dengan indah sekali. Sesuai dibaca untuk memberi semangat dan motivasi kepada sesiapa yang mengalami situasi yang sama. Bagi Mark sendiri, beliau mendapat 4 pengajaran:

1. Wajar mencari kekuatan yang tersembunyi bagi menghadapi saat-saat yang sukar.
2. Kemaafan - memaafkan orang lain dan memaafkan diri sendiri
3. Redha melepaskan - walaupun setinggi mana kasih dan sayang kita kepada seseorang, akan tiba masanya kita perlu redha melepaskannya pergi kerana setiap orang mempunyai perjalanan yang berbeza.
4. Use of humor - di saat genting, kadang-kadang kita perlu menjadi kelakar dan ketawa untuk meringankan sedikit tekanan perasaan.