Saya ambil masa agak lama untuk baca buku ni sebab susah nak faham. Pertama mungkin disebabkan ia ditulis oleh neurosurgeon dan yang kedua ia menceritakan sesuatu yang ghaib.

Eben dibawa mengembara secara spiritual dalam masa 7 hari beliau koma (disebabkan meningitis). Sebelum daripada kejadian tersebut, beliau agak payah untuk menghubungkan antara kehidupan jasad, spiritual dan keujudan tuhan. Walaupun beliau tahu NDE (Near-death experience) dirasakan macam betul berlaku tapi beliau menganggap bahawa itu hanya satu fantasi otak yang sedang mengalami stress yang keterlaluan..

Segala-galanya berubah apabila beliau mengalami sendiri NDE. Beliau ditemani oleh sesuatu (kelihatan seperti gadis yang cantik) dalam perjalanan tersebut. Dan menurut beliau, perjalanan itu adalah nyata, bukan mimpi atau halusinasi. Sekarang baru beliau percaya bahawa roh dan tuhan betul-betul ujud. Kematian bukanlah penamat kehidupan. Ia cuma perpindahan roh. Roh tetap hidup cuma dalam dimensi yang berbeza daripada kehidupan sekarang.

Untuk mengetahui cerita tentang perjalanan spiritual ketika beliau koma, kena baca sendiri buku ni. Macam-macam dia jumpa, macam-macam yang dia lihat. Gadis yang menemaninya sepanjang perjalanan sangat cantik dan mereka ada hubungan tapi bukan macam hubungan cinta seperti di dunia. No sexual interest tapi ujud rasa kasih dan rasa kasih itu tidak dapat dinisbahkan kepada rasa kasih di dunia kerana ia sangat berbeza. Kita yang tidak mengalami sudah tentu susah nak faham.