Nujeen dilahirkan pada tahun 1999 (muda setahun dari Amani) dalam keadaan yang istimewa (tidak boleh berjalan), berbangsa Kurdish (Muslim) yang tinggal di Syria.


Berdebar baca buku ni sebab Nujeen menceritakan detik-detik cemas bandar tempat beliau dan keluarganya tinggal dibom oleh rejim Bashar. Conflict yang berlaku di Syria memaksa beliau menjadi pelarian. Tempat yang dituju ialah Germany. 

Bahagian kedua buku ini meceritakan tentang perjalanan beliau dari Syria ke German yang terpaksa melalui jalan darat disebabkan tiada dokumen perjalanan yang sah untuk terbang melalui udara. Dari Syria ke Turki kemudian melalui beberapa negara Eropah sebelum sampai ke German. Total distance 3593 miles, total cost 5045 euros for her and her sister.


Tak tergambar di mata, situasi yang dilalui oleh gadis istimewa ini..mengembara dengan wheelchair yang hanya ditemani oleh kakak. Ayah dan ibu terpaksa ditinggalkan di Turki. Rasanya kita yang boleh berjalan pun akan rasa kesusahan dan kepayahan apatah lagi beliau yang bergerak guna wheelchair berhimpit-himpit dengan beribu-ribu orang pelarian yang lain.

Sekarang Nujeen berada di German menjalani kehidupan yang lebih baik. Kalau di Syria, beliau tidak pernah ke sekolah tapi di German, beliau masuk sekolah khas. Walaupun beliau tidak pernah ke sekolah sebelum ini tapi beliau bijak, boleh membaca, banyak simpan maklumat dan yang paling best sekali beliau belajar bercakap Bahasa Inggeris hanya dengan menonton drama "Days of Our Lives" (drama yang menjadi kegemaran saya juga waktu muda dulu)

Pengajaran yang boleh dikutip daripada kisah ini ialah:
1) keazaman yang kuat akan mendorong kita untuk berusaha
2) tidak cepat berputus asa walaupun terpaksa menempuhi pelbagai halangan
3) kreatif dalam mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi
4)ikatan kekeluargaan yang kukuh, kasih sayang tanpa batasan (tanpa syarat) memberi semangat kepada kita untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan serba serbi kekurangan


Banyak lagi pengajaran lain. Boleh baca sendiri buku ini. Diterbitkan oleh HarperCollins UK pada 22 September 2016 dengan 304 mukasurat. Saya bagi 5 bintang untuk buku ini