The Other Side of the Mountain, pertama kali diterbitkan pada tahun 1966 dengan tajuk The Long Way Up. The Other Side of the Mountain part 1 dan The Other Side of the Mountain part 2 adalah dua filem yang dibuat berdasarkan buku ini.



Buku ini mengisahkan cerita benar tentang Jill Kinmont, seorang downhill skier yang berbakat besar. Jill Kinmont dilahirkan pada February 16, 1936  dan meninggal dunia pada February 9, 2012. Pada usia 18 tahun, beliau mengalami kemalangan ketika pertandingan ski Snow Cup di Alta Utah. Kemalangan itu menyebabkan beliau lumpuh dari dada ke bawah. Tangannya tidak dapat berfungsi dengan sempurna. 




This book is about her love story and also her determination to live and be independent as far as she could. Apabila mengetahui bahawa Jill tidak akan boleh berjalan sepanjang hidupnya, kekasih keduanya (Jill telah berpisah dengan kekasih pertama kerana kekasihnya itu bertunang dengan orang lain) pada ketika itu meninggalkannya. Beliau masih beruntung kerana masih mempunyai ayah dan ibu serta dua oorang adik lelaki yang sangat menyayanginya. Apabila ayahnya meninggal dunia, Jill dijaga oleh ibunya seperti menatang minyak yang penuh.




Jill kemudian melanjutkan pelajaran ke UCLA, dan berjaya mendapat degree dalam Bahasa German serta mendapat sijil dalam bidang pendidikan. Beliau memohon untuk mengajar tetapi undang-undang pada masa itu tidak membenarkan seorang yang handicap mengajar di sekolah. She fought for her right and finally she had been accepted to be a teacher in a school in Los Angeles.


Dua orang kawan baiknya menggalakkan beliau berkahwin tapi dengan keadaannya yang begitu, beliau tidak terfikir akan ada lelaki yang sudi. Namun cinta itu buta.. Kekasih pertamanya Dick Buek datang kembali kepadanya (Dick telah bercerai dengan isterinya) dan bersedia untuk berkahwin dengan Jill tapi Dick Buek meninggal dalam kemalangan tidak lama selepas itu.



Jill sangat kecewa dan bertekad tidak akan berkahwin seumur hidupnya. Pada cuti sekolah musim panas, Jill dan ibunya kembali ke kampung tempat mereka tinggal sebelum ini iaitu Bishop. Mereka menyewa sebuah rumah untuk tinggal selama cuti musim panas itu. Tuan rumah yang disewa oleh Jill adalah seorang duda yang masih muda..lebih muda dari Jill. John Boothe telah jatuh cinta pada Jill sejak kali pertama mereka bertemu. Jill sedaya upaya menolak cinta John kerana beliau takut akan kecewa sekali lagi. Setelah puas dipujuk oleh John, akhirnya Jill bersetuju untuk berkahwin. And they lived happily ever after. Suaminya menjaga Jill sehinggalah Jill meninggal dunia.




Buku dan movie ini mampu membuatkan saya mengalir air mata. Ia cerita benar walaupun susah untuk percaya bahawa dalam keadaan 90% lumpuh, cinta masih boleh berputik dan berbuah. This is true love. Walau sekuat mana pun kita menolak, andainya sudah dijodohkan oleh Allah, maka siapa kita untuk menolak.