Released Date: December 25, 2002
Directed by Steven Spielberg
~~~~~~
Filem ini menggabungkan dua pelakon yang saya minat, Leonardo Dicaprio dan Tom Hanks. Filem ini berdasarkan kisah benar, kisah tentang Frank Abagnale Jr. Dalam usia belasan tahun, Frank telah melakukan pelbagai kesalahan di sisi undang-undang. Kesalahan-kesalahannya termasuklah memalsukan cek dan menyamar jadi pilot, menyamar jadi lawyer, jadi doktor dan macam-macam lagi. He has an excellent skill to persuade people. Itu kelebihan beliau yang saya nampak tapi sayang kebolehannya itu digunakan pada jalan yang salah. Pada usia 20an, Frank telah berjaya ditangkap dan telah dipenjarakan. Oleh kerana Frank banyak memalsukan cek yang berjumlah lebih sejuta, maka beliau sangat cekap dalam memastikan samada satu cek itu palsu atau cek betul. Sebab itulah selepas beliau menjalani hukuman penjara, beliau telah diambil bekerja (tanpa gaji sebagai hukuman) oleh FBI. Tugas beliau adalah memastikan ketulinan sesuatu cek. Dengan pertolongan beliau banyak kes cek palsu telah dapat dibongkar. 


Frank Abagnale masih hidup sehingga sekarang dia beliau berusia 69 tahun. Beliau telah membuka syarikat dan beliau sendiri menjadi CEO di syarikat tersebut.



It's a good movie to watch.