Sungguh trauma bagi seorang kanak-kanak sekolah rendah (namanya Eric) yang terpaksa melihat ibunya membunuh seorang wanita yang menjadi jiran mereka hanya kerana jirannya itu 'busy body'

Ayah Eric meninggalkan mereka sejak dia dilahirkan. Eric mempunyai seorang abang tiri (anak ibunya dari perkahwinan dengan suami pertama). Eric selalu dibuli oleh abangnya secara fizikal tapi ibunya selalu memihak kepada si abang sehinggalah pada suatu hari si abang mati lemas di kolam renang rumah mereka. Ibu Eric menyalahkan Eric atas kejadian itu dan juga menyalahkan jiran mereka kerana masuk campur hal mereka. Wanita jiran tersebut masuk campur kerana rasa kesian kepada Eric yang selalu dibuli dan dibiarkan oleh ibunya yang ketagihan alkohol. Pergaduhan terjadi dan ibunya memukul wanita tersebut hingga mati di hadapan Eric. Mayat wanita tersebut dicampak ke dalam belukar tidak jauh dari situ dengan harapan akan dimakan oleh binatang buas.

Selepas itu ibu Eric dan teman lelakinya merancang untuk berhijrah ke Mexico. Pada hari mereka sepatutnya bertolak ke Mexico, telah terjadi pergaduhan antara Eric dan teman lelaki ibunya yang berakhir dengan teman lelaki ibunya itu mati ditembak oleh Eric. 

Perjalanan ke Mexico diteruskan. Eric dalam diam-diam menghubungi seorang guru sekolahnya dan menceritakan apa yang berlaku. Polis telah bertindak pantas dan telah dapat menahan mereka. Ibunya telah dipenjara sementara Eric diletakkan di rumah kebajikan (foster home)