Best sangat buku ni. I give 5/5 on goodreads. Banyak perkara baru yang saya belajar melalui buku ni. Sekarang saya tahu apa itu endovascular neurosurgeon dan open skull neurosurgeon. Lepas ni saya boleh jadi neurosurgeon (ayat sarcastic...hehehe)

Dr Levy berkongsi pengalaman beliau ketika membuat endovascular procedure to treat aneurysm (his specility). Kes-kes yang dikongsi ialah kes kecemasan. Saya rasa pembedahan yang melibatkan otak adalah yang paling delicate, paling sukar dan very high risk. Silap sikit, pesakit boleh dapat stroke atau boleh mati juga. Masuk bilik procedure, elok boleh gerak kaki tangan, keluar bilik procedure jadi lumpuh. 

Cara penulisan buku ini memang kena dengan jiwa saya. Waktu saya baca buku ni, rasa macam saya ada di sebelah Dr Levy ketika beliau buat procedure/operation. Waktu kecemasan, bukan Dr Levy saja yang berpeluh, saya pun berpeluh sama...hehe..cemas bila tengok blood pressure drop atau bila tengok pesakit tak boleh bergerak.

Selain daripada itu, buku ini juga bercerita tentang konsep kepercayaan kepada kuasa Tuhan.

"Neurosurgery, like life itself is full of surprises. No surgeon, not even the most highly trained, can save life alone. During this dramatic procedure I was reminded that the outcomes of procedures, and of our very lives, are ultimately in God's hands" ~ Dr Levy


Setiap kali Dr Levy nak buat pembedahan, beliau akan memohon pesakit untuk berdoa bersama beliau. He talked a lot about the power of prayer and the power of forgiveness. Kadang-kadang disebabkan kita berdendam dengan seseorang, itu boleh memberi kesan kepada fizikal dan juga kepada emosi kita.