Idea mencipta berus gigi dikatakan telah tercetus ketika beliau berada dalam penjara. William Addis (1734 - 1808) telah dipenjara kerana terlibat dalam tunjuk perasaan. Beliau mengguna tulang binatang yang ditebuk lubang kemudian menyumbat lubang-lubang itu dengan bulu binatang untuk dijadikan berus gigi. 

Idea William Addis itu kemudian dikembangkan menjadi berus gigi nylon dan dikeluarkan secara komersil oleh syarikat perusahaan Amerika (Du Pont) pada tahun 1938. William Addis akhirnya menjadi jutawan kerana idea yang tercetus ketika dalam penjara itu.

Fizikalnya terpenjara tapi fikirannya tidak. Apa yang sering terjadi kepada kita adalah sebaliknya. Fikiran kita selalu terpenjara walaupun fizikal kita lepas bebas. Bagaimana yang dikatakan fikiran kita selalu terpenjara?

“Tidak mungkin”
“Tidak boleh”
“Tidak mahu”
“Tidak berani”

Ini antara kata-kata yang kerap bermain di fikiran kita sebelum kita berbuat sesuatu atau sebelum kita cuba membuat sesuatu yang baru. Inilah antara kata-kata yang kerap menjadi penghalang untuk kita berkembang.


Allah telah mencipta kita masing-masing dengan potensi untuk dikembangkan. Jangan biarkan kata-kata itu menjadi penjärå kepada fikiran kita.