The Last Lecture
Buku terbitan tahun 2008 (April 6). Ada dua orang author untuk buku ini. Both authors passed away. Seorang meninggal kerana kanser pancreas dan seorang lagi disebabkan kemalangan jalan raya. Buku ini ialah tentang author yang kena kanser pancreas.
Menitis airmata saya membaca buku ini terutama pada bab-bab terakhir. Buku ini lebih kurang sama macam buku TUESDAYS WITH MORRIE, TELL MY SON dan WHEN BREATH BECOMES AIR.
Apabila doktor mengatakan beliau cuma ada masa lagi 3 hingga 6 bulan untuk hidup sihat, Prof Randy merancang untuk meninggalkan legacy buat anak-anaknya. Pada waktu itu anaknya yang sulong baru berusia 6 tahun, yang kedua berusia 2 tahun dan yang ketiga berusia 2 bulan.
Buku ini bukan cerita tentang sakitnya atau rawatan yang dibuat tapi tentang legacy yang bakal ditinggalkan kepada isteri dan anak-anaknya dan juga community.
Dalam masa yang begitu terhad, Prof Randy merancang kehidupan isteri dan anak-anaknya apabila beliau telah tiada. Dia mesti meninggalkan sesuatu supaya anak-anaknya mengenali siapa ayah mereka. Beliau menulis surat untuk setiap orang anaknya dan juga merakamkan video saat-saat gembira mereka sekeluarga. Beliau cuba menghabiskan masa yang berkualiti bersama isteri dan anak-anaknya.
Dalam pada itu university tempat beliau pernah mengajar membuat satu program yang dinamakan THE LAST LECTURE dan Prof Randy telah dijemput untuk memberi lecture terakhirnya. Pada mulanya, isteri beliau tidak bersetuju kerana pada pendapat isterinya, Prof Randy harus menghabiskan masa-masa terakhirnya bersama keluarga. Kebetulan pada masa itu mereka baru saja berpindah balik ke tempat asal isterinya. Namun setelah dipujuk dengan mengatakan lecture itu akan menjadi legacy yang akan ditinggalkan buat anak-anaknya, akhirnya isterinya bersetuju. Waktu itu beliau baru saja selesai buat rawatan Chemo.
Beberapa bulan selepas itu, kesihatan beliau semakin merosot. Pada July 25th 2008, Prof Randy Pausch meninggal dunia pada usia 48 tahun.
Buku ini merupakan complementary kepada 'the last lecture'. Prof Randy banyak memberi panduan dan nasihat melalui 'last lecture' dan juga melalui buku ini. Bagus dibaca terutamanya oleh golongan pelajar dan ibu bapa.
The Last Lecture on youtube ~ https://youtu.be/ji5_MqicxSo
0 Comments