Hidup Sesudah Mati
Saya minat membaca. Saya suka membaca hampir semua buku yang bermanfaat. Waktu remaja, saya suka baca majalah hiburan dan majalah-majalah lain tapi sekarang saya sudah berhenti membeli majalah. Cuma sekali-sekala saya beli majalah RASA untuk tengok resepi.
Saya masih ingat selepas peperikasaan SRP tingkatan 3, saya tercari-cari buku yang boleh dibaca. Nak beli buku baru, memang tak berkemampuan waktu itu. Arwah ayah ada sebuah almari kecil yang dipenuhi dengan buku-buku. Selepas ayah meninggal, ibu masih menyimpan almari usang itu.Saya meneliti buku-buku di dalam almari tersebut. Boleh dikatakan 80% daripadanya ialah kitab yang bertulisan jawi. Saya boleh membaca tulisan jawi tapi apabila bahasanya ialah Bahasa Melayu kuno, saya surrender, memang tak faham.
Tiba-tiba mata saya terpandang buku "HIDUP SESUDAH MATI". Wahhh..macam menarik dan apabila dibaca, memang menarik. Macam-macam perasaan ketika membaca buku itu..perasaan takut, gerun, insaf..semua ada. Saya baca buku itu dari kulit ke kulit dan selepas itu, saya rasa ilmu saya bertambah. Banyak perkara baru yang saya pelajari. Saya telek diri sendiri. Rupanya sangat banyak kekurangan pada diri saya. Semenjak itu saya berazam untuk menjadi lebih baik.
0 Comments