Jika anak tidak begitu menyerlah ketika kecil atau ketika sekolah rendah, jangan fikir dia selamanya akan begitu. Teruskan memberi semangat dan galakan, Insya-Allah anak boleh jadi excellent.

Begitulah yang terjadi kepada Dr Benjamin Carson. Waktu di sekolah rendah, memang beliau berada di kedudukan yang tercorot, selalu diketawakan oleh kawan-kawan sekelasnya sehingga beliau sendiri merasakan dan mempercayai dirinya tidak pandai dan lembab.

Bersyukur kerana beliau mempunyai seorang ibu yang tidak mudah berputus asa dan tidak mudah mengaku kalah. Dorongan dan galakan sentiasa diberikan kepada Ben. Di kala Ben hilang keyakinan, ibunya yang juga seorang yang buta huruf sentiasa memberi keyakinan dan menunjukkan bahawa beliau percaya bahawa Ben adalah seorang anak yang smart.

Ketika remaja, Ben hampir-hampir hilang arah tapi beliau sentiasa teringat pesan ibunya..to have faith in GOD. Akhirnya beliau berjaya menjadi seorang neurosurgeon kanak-kanak.

Nama Dr Ben menjadi terkenal atas kejayaan beliau membuat banyak pembedahan yang rumit ke atas kanak-kanak. Antaranya termasuklah pembedahan memisahkan kembar siam.

Kini beliau telah bersara sebagai neurosurgeon tapi sumbangannya terhadap masyarakat masih berterusan. He is the 17th and current United States Secretary of Housing and Urban Development. Dahulu dicop sebagai budak lembab, tapi Ben berjaya menjadi neurosurgeon, author and politician.