Female circumcision menjadi adat atau culture penduduk nomad Somalia. Namun mereka memberi alasan bahawa itu adalah kehendak agama Islam. Setahu saya yang wajib circumcision hanyalah lelaki. 

Di Malaysia pun ada female circumcision tapi tak seteruk yang berlaku di sana. Dalam buku 'DESERT FLOWER' hasil tulisan Waris Dirie, ada beliau ceritakan tentang isu ini. Dalam movie adaptasi dari buku ini, memang ngilu tengok prosesnya. Saya tak dapat tahan air mata apabila melihat Waris yang menjalani proses circumcision ini di waktu usianya 3 tahun. Menangis meronta menahan kesakitan tapi dia tak berdaya melawan. Kesian.. 

Private part dipotong kemudian diikat. Ikatan ini hanya dibuka ketika wanita itu akan berkahwin. Macam tu lah kalau tak salah saya. Kejam sungguh. Proses itu biasanya dilakukan oleh seorang bidan wanita dengan menggunakan pisau atau apa saja alat tajam tanpa sterilization. Ramai yang meninggal disebabkan pendarahan yang tidak berhenti. Ada yang terkena jangkitan tetanus, hepatitis dan macam-macam lagi. Adik Waris sendiri meninggal dunia akibat pendarahan yang tidak berhenti. 

Buku Desert Flower ialah kisah perjalanan Waris melarikan diri ketika berusia 12 tahun dari Somalia ke London apabila beliau dipaksa kawin dengan orang tua. Ketika dia sampai di London, dia tidak tahu berbahasa Inggeris, tidak ada duit dan tidak berpelajaran. Dia bekerja sebagai orang gaji di sebuah rumah. Kemudian dia melarikan diri dan hidup di jalanan. Untung ada seorang wanita yang sudi menjadi kawannya dan mengajak Waris tinggal bersama. Dia diambil bekerja di sebuah restoran makanan segera. Kemudian seorang photographer yang menjadi pelanggan restoren itu telah terpandang Waris. Kemudian beliau menawarkan untuk mengambil gambar Waris. Bermula dari situlah Waris membina kerjayanya sebagai model.


Kini beliau telah bersara dan menjadi aktivis dan cuba untuk memberhentikan amalan female circumcision di kalangan puaknya di Somalia dan juga di seluruh dunia. Usia beliau sekarang ialah 52 tahun