Irreplaceable you...
Sam dan Abbie berkawan baik sejak mereka berusia 8 tahun. Mereka belajar di sekolah yang sama. Persahabatan mereka semakin rapat sehinggalah mereka sama-sama dewasa. Sam menjadi lecturer dan Abbie bekerja dalam bidang perniagaan. Kemudian mereka bertunang. Langit tidak selalu cerah. Kebahagian yang mereka harapkan untuk kekal hidup bersama tidak menjadi kenyataan apabila Abbie telah disahkan mengidap kanser tahap 4.
Abbie cuba sedaya upaya menyediakan Sam untuk hidup tanpanya. Usaha Abbie termasuklah mencarikan jodoh baru untuk Sam kerana dia tahu Sam tidak ada pengalaman berdating dengan perempuan selain dari dirinya. Dia bimbang Sam akan dipermainkan oleh perempuan yang tidak baik. Walaubagaimana pun usaha murninya tidak dipersetujui oleh Sam. Ini membuatkan perhubungan mereka renggang kerana mereka sering bertengkar.
Apabila doktor memberitahu bahawa Abbie hanya ada beberapa bulan saja untuk hidup dan masa itu harus digunakan sebaiknya bersama orang-orang yang tersayang, Abbie mula berfikir. Kemudian dia mengambil keputusan untuk berbaik semula dengan Sam dan melupakan niatnya untuk mencarikan jodoh untuk Sam. Mereka meneruskan rancangan mereka untuk berkahwin secepat mungkin. Abbie meninggal dunia pada hari yang sepatutnya dia dan Sam berkahwin.
Sedih cerita ni..tapi ada part yang lawak. Cerita ini termasuk dalam kategori romantic drama so kalau nak tengok, kena tunggu anak-anak semua tidur dulu.. Saya menonton cerita ini di Netflix. New movie.. released February 2018.
0 Comments